MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 10, 2013

Orang buat surprise...dia pun nak buat jugak. Tapi tak reti. Bahahaha.


Aku ni tak habis senyum lagi ni. Dari semalam senyum je sampai nampak pipi tembun. Hehe.

Bila pikir balik...eeeiiiii comellah awak ni. Pang!!!

Hahaha. Laki iols comel tau. Sekali sekala datang kiutnya tu..eiiiii rasa ak gigit gigit je. Bahahahah.

Nak dikisahkan..semalam kan Ahad, last day cuti sekolah kan, so aku ni malas lah nak keluar outing ke mana mana dah. Konon nak rehat je lah kat rumah, ngabiskan sisa sisa cuti yang ada. Sekali bila dah petang dalam kul 3 lebih macam tu..aku pulak ngada pegi tanya soalan kat incik suami.

" Abang...takde aktiviti ke hari ni abang?"

Kehkehkeh..dah boring ler tu. Tak sangka pulak incik suami reply positif.

"Jomlah kita keluar, abang nak tukar skrin protector telefon ni la."

Ohoi!!

Dia nak tukar skrin protector hoi. Jom jalan hoi. Haha. Hepi mak jemah..padahal pagi tadi azam takmau keluar kheennn.

Jadi moh ler kita ke Ujana. Shopping mall paling best kat Labuan ni. *matakeatas*

Benda 1st buat...dah tentulah tukar skrin protector incik suami. Itu pun kemain lama. Dia nak yang kesat kesat lah, nak yang hitam lah, yang privacy lah apa lah. Sudahnya beli yang lima belas hengget jugeekkkk. Hahaha.

Pastu pegi beli botol air Aidi. Saja gatal nak botol air baru. Abah nak blanja..biarkan. =)

Pastu dah tak tau nak pegi mana. 

Laki aku dah macam kucing nak beranak. Tak senang duduk.

Aku ngajak pegi masuk kedai toys...dia buat muka separa redho.

Aku ngajak makan KFC...dia kata kenyang lagi.

Aku ngajak beli corn in cup...dia larikan diri.

Coi sangat!

Abang ni dah kenapa??

Rupanyaaa...pakcik tu gedik gedik nak pergi kedai jam. Eiiiii laki aku ni memang tau, kalau pegi ujana tak sah kalau tak masuk kedai jam tu. Aku pun sound baik punya.

"Abang ni suka nau p kedai jam tu, ada awek eh kat situ? Eh? eh?"

Hahahaha.


Suami aku ni bukan apa. Dia ni dok tergila-gilakan jam Protrex tu. Entah hapa yang bestnya jam tu entahlah. Dah lah rege sampai seribu tiga ratus. Jangan kata dia nak bagi hint nak suruh aku belikan pulak yek. Besday  u dah lepas. Iols dah hadiahkan galaxy grand dah. Sama rege dengan jam tu tau. Kopak dah bini. Haha.

Dia senyum je masuk kedai.

Buat buat tengok jam.

Tapi aku tau dia tak kusyuk. Ada sesuatu meganggu jiwa kekdahnya. Heh.

Tentiba kan....ini suspen ni. Haha.

"Ayang..ayang suka jam mana?"

Ohoi!!

Dia tanya aku daaahhhh.

"Oh yang ni cantik, yang ni pun lawa, yang ni pun best". Saja lah aku melawak. Aku tau dia pun melawak je tu. Bahahah.

"Ayang pilihlah satu."

Gulp!!

Aku buat buat pusing kedai. Tak percaya ni dengan apa yang aku dengar. Dia ni melawak je ni. Jangan percaya, kang aku je malu kang.


"Dah jumpa ke?"

Ohoi!!

Nak kena pilih betul betul ke ni??

Kena buat keputusan hari ni jugak ke?

Ewaaahhh dah macam dia tanya "will u marry me" pulak kan, tak tau nak buat keputusan. Kehkehkeh.

Oh ye..Aidi mana Aidi?

Aidi macam takde sikit dalam babak ni sebab dia sibuk main dengan SA kedai. Rajin nau bebudak tu nak layan Aidi. Jadi aku memang lebih fokus pada permintaan suami banding nak amik tau mana Aidi. Hahaha. Kong ajo kan mama.

Lama jugaklah kami kat kedai tu. Dari orang ramai sampai orang dah takde sampai kedai pun nak tutup. Aku tak boleh jugak buat keputusan nak pilih jam. Susah nau.

Laki aku ni itulah...orang nak buat surprise, dia pun nak buat jugak. Tapi tak reti kan. Sudahnya dia seret aku aku terus pegi kedai. Ha pilihlah mana suka. Gituuu..

Tapi laki aku ni jarang nak buat cenggini. Dia memang jarang nak beli beli benda ni. Tu yang hari tu dia belikan casing henfon jenama Coach " to be" pun aku dah melompat suka. Hahaha.

Ini pulak nak suruh pilih jam.

Harga?? suka hati katanya.

Aku pilih jam Bonia kang..pengsan pulak dia nak bayar. Hahaha.


Sudahnya aku pilih lah jugak satu.

Brand BUM je.

Aku pernah ada jam BUM ni dulu. Aku pakai lama betul. Lebih 10 tahun. So aku macam jatuh chenta dengan jam brand ni.

Harga jam??

Aku memang main pilih je. Dah pilih, bawak keluar lemari baru tau harga dia sekian sekian. Incik suami kata okey, maka okeylah. =)

Inilah jam nya.





Cantik tak cantik kat mata uols tak tau lah.

Aku pun berpuluh kali dah tanya kat incik suami, cantik ke bang?cantik ke bang? Sampai aku suruh SA kedai pun sama pilihkan jam untuk aku. Punyalah tak reti nak buat pilihan. Huhuhu.

Dah bayar apa semua baru aku terpikir nak tanya.

" Ni jam ni hadiah sempena apa bang??"

"Alah...kira pakejlah, hadiah anibeseri campur hadiah hari jadi."


Anibeseri dah lepas....

Besday aku 2 minggu lagi.


Incik suami takut duit habis sebelum sampai besday lettew.

Hehe.


Apapun thanks abang.

Kite akan pakai jam ni sampai dia kiok. Baru kite mintak jam baru. Ngeeeeee..

6 comments:

  1. yong bertuah la tu dapat present jambam...dia offer amik je.heheh

    ReplyDelete
  2. ahaaakkss...tang gelabah kucen semate nak buat sepelais tu memang ar sweet...:)

    ReplyDelete
  3. serius cantik!
    sy suka sebab shape dia bukan bulat...nice!

    ReplyDelete
  4. hihih..comel ape..at least dia berusaha gak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...