MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 6, 2013

Surirumah separuh jalan


Hari ni dah Khamis. Maknanya cuti sekolah tinggal beberapa hari je lagi. Sigh....

Aku bahagia betul cuti sekolah kali ni.

Walaupun tak balik ke semenanjung...duduk memerap kat Labuan ni, tapi aku seronok. Seronok hoi dalam rasa jadi surirumah sepenuh masa walaupun untuk 2 minggu je.

Celik mata pagi-pagi...nampak Aidi. Ada hari aku celik mata, dia tido lagi. Ada hari aku celik mata, dia tengah sengih kat aku. Yang itu memang buat aku melting sangat.

Kendian bermulalah rutin melayan Aidi sepanjang hari.

Mandikan dia 3 kali sehari.
Masak and suap dia makan. Seronok tengok dia makan masakan kita.
Teman dia tengok TV. Biarlah sepanjang siang cuma chanel 613 je yang dia layan, aku tak kisah. Yang penting pukul 9 malam mama nak tengok masterchef. =)
Pastu teman dia main.


Cakap pasal main.

Ohoi. Ini budak betul betul dah pandai ajak mama abahnya main. Semua ni berlaku sejak-sejak aku belikan dia lego baru-baru ni. Kalau mainan lain dia boleh main sorang-sorang. Tapi bila main lego dia nak berteman. Teman bukan just teman tengok je, dia nak kita main sekali lego tu. Jenuhlah mama tiap kali nak pikir nak buat apa ni dengan lego ni. Kuda mama dah buat, kereta dah buat, robot dah buat, rumah pun dah, tower sudah, building sudah..sampai buntu dah nak built apa lagi nak bagi Aidi seronok. Haha.



Inilah rupa dia tarik tangan kita ngajak main. Bersunguh-sungguh.



Ini pulak apa gaya tak taulah. Mama berani berani takut je ni masa ni.

Muka happy main lego dengan mama.


Memang letih jugak melayan anak. Tapi enjoy. Alah, kat rumah je pun kan, kalau letih baringlah, tidurlah. Apa susah. Aidi pun pesen tido 2 kali sehari. Jadi aku pun sama join tido 2 kali sehari. Bahahahah.


Tapi yang untungnya....

Walaupu aku cuti 2 minggu, tugas jaga Aidi tetap suami share. Takdelah dia nak claim.."alah, ayang kan cuti, ayanglah buat semua".  

Takde.

Kalau incik suami ada kat rumah, memang dia amik alih tugas mandikan and basuh berak Aidi. Kadang dia yang tidokan Aidi walaupun semalam dia dah duty 24 jam and esok dia kena duty lagi 24 jam.

Untung jugaklah aku rasa dapat suami macam tu. Tak lokek tenaga.


Alahaiiiiiii...


Kalaulah boleh cuti lagi lama-lama. Tapi gaji jalan. Hahahaha.


Hujung tahun ni Insyaallah...bolehlah cuti panjang lagi. 3 bulan.

Tak sabar pulak nak tunggu Baby A lahir.

Ada anak kiri kanan.

Indahnya.




2 comments:

  1. seronok kann..hehehe..dah pandai ajak main yer...nanti baby lahir..aidi ajak baby main eh..hehehe

    ReplyDelete
  2. Dah brp bulan tu?Besnya nak dpt org baru..smoga dpermudahkan,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...