Hari ni Jumaat kan? Sekolah habis pukul 11.30. Laju-laju buat lesson plan yang tertunggak, kendian submit pada pengetua, pastu terus pecut balik rumah. Eh silap, pegi amik Aidi dulu kat rumah mak long dia. Haha.
Lepas Jumaat nak keluar jalan katanyaaaa..
Hari ni memang banyak misi. Nak bayar bil itu ini, beli barang dapur, barang aidi bla bla bla. Paling teruja nak shopping baju raya Aidi. Hoyeaahhh!!
Baju raya aku dah siap dah. Tinggal tunggu depa pos je. Aku tempah 2 pasang je. Je je pun..harganya tak kurang RM400 hoi! Fengsan mak!
So sekarang masa untuk baju bajan Aidi pulak. Tahun lepas kemain boleh buat menara baju Aidi. Aku sakan beli baju baru untuk Aidi pakai sepanjang syawal. Sampai ke baju duduk rumah, baju tido pun aku beli baru. Sakaaaannnn.
Tapi tu tahun lepas la ye. Barang yang lepas jangan dikenang ye. Nanti meroyan sendiri. Haha.
Tahun ni dah belajar lah sikit dari kesilapan. Tambah pulak tahun ni 80% kata maybe kami beraya kat Labuan je. Tak balik semenanjung langsung. Tahun lepas dapat jugak balik walaupun raya ketiga baru balik. Tahun ni macam takde rezeki je. Uhuk uhuk.
Jadi baju raya Aidi tak payah lah nak meriah sangat. Nak ke mana sangat pun. Ada jugak raya pertama je kita berjalan raya, raya seterusnya kita di rumah sajork. Pakai baju pagoda. Haha.
So aku memang set nak beli baju sikit je lah.
1 jeans
1 kemeja
2 t shirt
Itu je.
Bajet RM200. Cukup.
Maka marilah kita ke Parkson.
Pilih punya pilih punya pilih. Siap bertelagah laki bini apa semua, hujung hujung inilah yang aku bawak balik.
Hasil rembatan...
selai seluar 3 quarter.
selai kemeja
3 helai t shirt.
Ter rembat extra t. shirt selai..maka total damaged pun ter over lah RM30. Okla tu..takdelah lari banyak sangat. Dahlah takde sale sini. Berapi je aku bayar baju selai selai rege dekat RM50. Huh.
Yang paling kiri tu kemeja..satu-satunya brand Anakku yang aku beli. Yang lain semua brand Disney. Aidi dengan Mickey kan sahabat baik. Haha. Kemeja tu aku pilih, dan incik suami setuju. Rege RM60++. Pheww!!
Yang hijau sebelahnya tu aku pilih, incik suami tak berapa setuju. Tapi aku fedulik apa. New arrival tu, baju gantung paling tinggi..haruslah ku rembat. Rege RM40++.
Yang biru belang belang tu...ha yang tu laki aku berkenan sangat. Tapi aku langsung tak berkenan. Tapi takpelah, anak dia jugak kan..kita bagi chance la dia pilih sama. Rege RM40++ jugak.
Yang kanan sekali tu t shirt rembat saat akhir. Sleeveless. Aku memang suka bagi Aidi pakai sleeveless, tayang body. Hahaha. Raya hoi..biasanya memang panas rimas lemas. Pakai sleeveless je lah. Yang ni murah. RM30.90 je.
Seluar dalam kata nak beli jeans terus jadi seluar tiga suku. Jeans Aidi dah ada 3 helai. Hitam ada, biru ada, putih ada. Seluar K Pop lagi ada 2 helai. Aidi tak pernah ada seluar tiga suku. Tentiba berkenan pulak nak bagi dia pakai seluar style gitu. Maka rembatlah selai. Rege RM67 lebih. Fengsan!!
Kopak pun kopak lah..yang penting aku gumbira sebab
Misi dah setel. Tinggal baju melayu je lagi. Abahnya nak tema hitam..payahnya nak cari.kalau ada pun dah sold out.
Kasut raya pulak..tunggu abah belila.kata nak beli
kasut nike kat anak. untunglaaaa...
klu shopping baju anak, xde duit pun sggup korek tabung ayam, gitu perumpamaannya, selalu lari bajet, sbb semua pun berkenan, tu pun nasib anak kita boy, cer girl, berpinar mata kot
ReplyDeleteKalau time nak beli baju ank mesti mgeletar tgn..sedp memilih tp byr..adoii, seb baik bapaknya byr..kalau gegirl lg laa,kus semangat,hehe
ReplyDeleteBaju bdk laki mahal weyyhh..tu jugak roper nyer kan..mmng pengsan membeli....seluar jeans jer dah same rega atau lg mahal dr suap kpop maknyer...uhukkss...
ReplyDelete