MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 16, 2013

Hapdet Bilik Anak Anak


Selamat Hari Raya Aidiladha!!

Kemain lambat lagi aku nak wish kan? Haha. Biasalah, raya di perantauan ni takde best mana. Serupa tak raya je. Jadi malaslah nak up entri raya. Takde cerita pun.

Baik up entri persiapan baby. Muntoh lah mengkeme baca. Haha.

Okey, dengan ini nak umumkan persiapan baby A dah complete. Errr...boleh kata 97% complete lah. Lagi 3% tu tinggallah kat aku kot kot nanti tershopping lagi, takdelah rasa bersalah sangat sebab ada 3% lagi tak cukup. Bahahaha!!

So keseluruhannya aku kira-kira balik, kami laki bini habis dalam RM2 500 kot untuk beli barang-barang baby A ni. Mungkin jugak lebih sebab kira pakai jari je ni. Heh.

Memandangkan next gaji adalah pada 25 November dan aku punya EDD adalah pada 1 December, rasanya memang ini last la shopping. Ada kemungkinan jugak aku akan bersalin sebelum gaji November keluar. So be ready je lah jaaahhh.

Last weekend, aku telah bertungkus dan berlumus mem make over bilik anak-anak. Waaahhh, sekarang no more bilik Aidi, bilik anak-anak katanyaaa. Haha. Nasiblah Aidi, share bilik dengan adik molek-molek yek.

Aku cadangnya nak lepak dalam bilik anak-anak je masa pantang nanti. Kira nak tido ke nak mengepam ke nak tengok tv ke apa ke dalam bilik ni je lah, senang. Bilik ni pun memang ada TV, ada astro. So aku boleh lenjan sampai lebam. Malam-malam pun sama, aku akan tido dengan baby A dalam bilik ni. Aidi sila tido dengan abah dalam bilik sebelah. Yelah, tak sampai hati nak suruh Aidi tido sorang-sorang dalam bilik dia ni pastu aku, incik suami, dengan baby A sedap sedap berkubang tiga beranak. Sian Aidi nanti. So biarlah Aidi dengan abah, mama dengan adik. Adil gituuu.

Jadi last weekend, aku telah 'menghalau' incik suami dengan Aidi keluar rumah buat sementara waktu. Aku nak mengemas sorang-sorang. Kang ada dua beranak tu kang buat keje aku jadi lagi lambat. Jadi silalah keluar pergi mana-mana untuk tempoh sejam dua.

Tertonggeng tonggeng aku sorang-sorang.

Alihkan itu
Alihkan ini
Vakum itu vakum ini
Pasang playpen
Pasang langsir 

Sorang-sorang aku buat hoi.

Mengah.

Tapi puas hati.

Dan hasilnya..


Tada!!!





Takdelah berubah mana pun.

Dan takdelah cantik mana pun. Bilik kecik. Ko pusing pusing macam tu jugak rupa dia. Yang penting ruang nampak lebih luas.

Aku saja beli langsir baru sebab langsir lama tu dah buruk nau. Setahun tak tukar kata ko!! Kebetulan kat Parkson ada jual langsir kartun kartun dengan harga RM47. Aku rembat je jah. Walaupun tingkap bilik Aidi ni takde railing, ada aku kesah?? Aku pasang je cangkuk langsir tu pastu sangkut je kat wayar tingkap. Siap!!

Haha.


Aidi pun nampaknya suka benau bilik baru dia ni.

Takde pun dia heran kan katil adik dia tu. Dia tengok je dari jauh. Tak usik pun. Bagus. Esok ada adik dalam tu jangan kau usik usik pulak.




Aku ni teringin nau nak pasang wall shelf kat bilik anak-anak ni. Boleh letak frame gambar ke, display toys ke apa. Tapi sini mana ada IKEA. Yang aku tau IKEA je banyak jual wall shelf murah-murah. Kat Labuan ni aku tak tau mana ada jual.

Nak mencari??

Alahaiiii malasnya.

Oklah..itu je. Bai!





5 comments:

  1. hehe..bilik anak2 ye kata ko yong!saited aku nk tgk baby A!

    ReplyDelete
  2. Paling aku eksaited biler anak2 berkongsi bilik bermain...besh nanti tgk derang men sama2.... :)

    ReplyDelete
  3. Anak2 wooo. Arissa xd bilik lagi. Tunggu nt dh dok kl sesame. Daku balas dendam. Sekali nak bagi kwn main kt arissa. Haha.

    ReplyDelete
  4. jangan kan kata aidi..kak mi yang besor mak budak ni rasa nak tido gak ok

    ReplyDelete
  5. yong, kat giant pun ada wall shelf aku rasa, labuan ada giant tak? takpon kedai DIY hardware, pun ada jual, harga x sure, tp rasa kat giant lagi murah, tp aku x jumpa kaler putih, ceklat ada, klu ko nak putih, nanti ko suh je abg askarmu cat kan..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...