MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 22, 2013

Resepi Donut Bola Bola


Roh buat kuih dah mai daaahhh..dia mai daaah. Haha.

Ini semua Mommycha punya pasal. Minah tu kalau masak apa pun mesti akan jadi fenomena. Kelmarin dia buat donut, dah habis berduyun tiba geng geng gojes meroyan nak buat donut jugak termasuklah aku.

Donut hoi!!

Mana aku pernah buat. Nak buat donut yang aku kena guna yis, masalahnyaaaa......yis pun aku tak kenal macam mana rupa. Kena google ko tau? Bahahah.

Pastu bila sampai kedai, cari yis yang sebijik macam gambo google tu tak jumpa pulak. Jumpa yang brand apa entah, siap tulisan kat kotak bahasa Perancis. Hapah aku tak paham. Yang aku paham dia tulis "yeast" je. So aku assume itulah yis. Sauk je jah masuk troli.

Balik sekolah, mandi-mandi..bukak tv dua-dua biji bagi Aidi tengok, longgok toys banyak-banyak bagi Aidi leka..aku bersilat kat dapur.

Nak mendonut katanyaaa...

Nak resepi??

Nah salin.


RESEPI DONUT BALL

Bahan-bahan:

6 sudu besar gula.
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis / 11g yis
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
Gula aising untuk golekkan donut.


Cara buat:

1. Bancuh gula + susu pekat guna air suam. Kacau sampai gula hancur.

2. Kendian masukkan 1 paket yis dalam bancuhan tadi. Kacau lagi bagi sebati. Biarkan 10 minit. Nanti air bancuhan tu akan jadi berbuih-buih. Kau biarkan je.

3. Sementera nak tunggu 10 minit tu, kita cairkan mentega. Aku cairkan atas api kecik. Kendian pukul telur sebiji, then campurkan mentega dengan telur bersama-sama. Kacau sebati.

4. Amik satu bekas agak besar, masukkan tepung gandum. Kendian, masukkan bancuhan air gula + susu pekat + yis dan juga bancuhan mentega + telur dalam tepung. Kacau sebati sampai jadi macam doh lembik.

5. Biarkan adunan doh selama lebih kurang 45 minit. Lebih masa tak pe. Tak de hal. Lagi lama kau biarkan adunan, lagi kembang gebu adunan tu.

6. Lepas cukup 45 minit, bolehlah kita bulat-bulatkan doh. Oh ye, doh ni memang lembik sikit, so kalau nak buat bentuk donut cincin tu memang susah sikit. Paling senang, kita bulat-bulatkan je. Sebab tu tajuk resepi adalah donut ball. Heh.

7. Pastikan kita sapu tepung kat tapak tangan untuk elakkan adunan doh melekat kat tapak tangan.

8. Eloknya bulat-bulatkan kecik-kecik je, sebab nanti bila goreng..donut akan mengembang. Dah donut ball aku jad besor bola tennis dah aku rasa. Hahaha.

9. Lepas dah bulat-bulatkan, gorenglah apa lagi. Goreng api sederhana. Dah kuning cantik, angkat. Boleh golek-golekkan dalam gula aising. aku lupa beli gula icing, so aku blend je gula pasir. Sama jugak hasilnya.


Tadaa!!! Inilah donut ball aku.




Huduh la sikit..almaklumlah..pertama kali. Uhuk uhuk. Tapi serius donut ni lembut gebu je. Incik suami pun puji. Tanjat boboy gamaknya dia balik-balik keje tengok bini buat donut. Haha.



Disebabkan aku ni kretip lebih..matiklah puji diri sendirik. Haha.

Maka aku telah memvariasikan kegunaan doh donut dengan membuat sosej donut.

Doh yang sama...aku uli panjang-panjang macam nak buat ular guna playdoh tu, pastu aku lilit-lilit kat sosej. Oh ya, sosej sila rebus dulu ye untuk elakkan kejadian sosej mentah bila dimakan.


Lepas tu goreng macam biasa.




Sedap ohh!!

Ini lagi sedap dari donut ball. Nak nak kalau ko lelehkan sos cili ke mayonis ke atas dia. Pheww!! Feeling bakeri ko tau??

Jadi sekian sahajalah resepi kita untuk hari ni.

Terima kasihlah pada Mommycha sebab bagi inspirasi. Bukan takat donut ball ko je aku buat semalam Mommycha, daging lekat-lekat pun aku hauk sekali. Sedap hoi!! 3 pinggan aku bertambah nasik. Bahahahah!!







14 comments:

  1. hahahaha yong.
    aku rase pasni benti ngajor lah kau.
    pastu pegi beli satu shop lot bukak bakeri.
    nama bakeri "yong & anak-anak bakeri"
    muahaha.
    :)

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak mendonut jugak...
    yang roll ngan sosej tu anak2 suka la..

    ReplyDelete
  3. fenomena sungguh resipi2 gojes mom ni ye...kang ade yg tk rajin mendonut ni pun buat jugeks..hahaha~~

    ReplyDelete
  4. nk kena buat ni.smlm tgk k.erin mendonut.miggu depan lah ku buat!

    ReplyDelete
  5. Amboi rajin ibu mgndung ni..msti ank rajin..,

    ReplyDelete
  6. Akak ni dah bertahun2 tak buat donut...Agak2 3 cawan tepung tu banyak sgt tak donut yg dapat?

    ReplyDelete
  7. Tak pernah jugak buat donut. Nak lah buat jugak nanti! Hihi. Fenomena Fenomena.

    ReplyDelete
  8. yong ko mmg terrror bab yang last sekali...sampai aku teruja nak buat ok...sosej roti

    ReplyDelete
  9. senang rupanya nak men donut.. terpikat tgk kat bawah tu yang dgn hotdog tu...
    garam tak payah ek?

    ReplyDelete
  10. yong saja bg org jeles kan..buat sosej roll ala-ala bakery..jelesssss

    ReplyDelete
  11. saya br buat..blh thn sedap...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...