MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Tuesday, October 29, 2013

Rasa Nak Buang Toys Aidi Ni.


Anak teruna aku sorang tu sekarang....haihhhh!! Banyak nau akal dia.

Sekarang ni memang dah mula nampak dah perangai merampus dia tu. Kalau kita marah dia sikit je, terus merempan. Siap pakej meniarap atas lantai. Dia jarang nak berguling guling. Biasaya terus tertiarap jek sambil buat muka.

Kadang tu pandai dah buat aksi marah sambil peluk tubuh. Mana belajar entah.

Selalunya kalau dia marah gitu aku tengok je dari jauh. Kadang aku gelakkan je dia balik ejek perangai dia. Nanti dia sama ketawa balik. Kehkehkeh. Berlakon je lebih budak tu.

Paling aku tak tahan sekarang ni, dia suka sepahkan toys. Kalau dia marah, memang dia akan baling je apa yang ada depan mata dia, Kalau toys, toys la jadi mangsa. Kalau remote yang dia nampak dulu, maka remote la melayang. Nasib baik dia tak daya nak baling mama dia ni ha. Kalau tak, terbang jugak aku gamaknya. Hahaha.

Uuuu aiiii.

Dia baling baling je toys dia ikut suka.

Kadang ada yang hinggap kat kaki aku.

Kadang hinggap kat kepala aku.

Ha lepas tu merasalah kau sedebik lepuk hinggap kat tangan kau ye nak. Biasa tu!

Semalam, aku dengan incik suami ada bual-bual. Kami rasa, next week kami nak kemaskini lah toys Aidi. Macam dah banyak sangat.

Mana yang rasa dia tak mau main dah tu aku nak simpan. Nak simpan kat mana tu aku pun tak boleh nak pikir lagi. Almaklumlah, rumah takde stor. Tapi nak simpan jugak.

Tinggalkan mana yang dia suka main je.

Bukan apa...

Satu nak kurangkan kesepahan rumah.

Lagipun new baby is coming soon. Risau jugak aku kang habis kepala adik kena baling baling dek kereta kereta mainan si abang.

Korang tengoklah..

Kalau setiap hari cenggini punya tongkang pecah bilik budak ni kerjakan, tak pengsan ke aku nak kemas??

9 comments:

  1. ko jgn buang...kot nak preloved nak beli hehehe...tang aidi merajuk tu aku rasa mmg time dia ar...fayel pun dah gitu sekarang...merajuk muka muncung tegak berdiri...klu suh kemas tak nak...pitam

    ReplyDelete
  2. eh, gini ke bersepahnya?? kemain kemas, toys dlm bakul lagi, klu aish, dia tonggangkan bakul, bersepai penuh atas lantai..pening aku

    ReplyDelete
  3. Byk yer mainan... Jgn buang kak, bg kat org memerlukan... Salah mama la beli mainan byk2...hahahhaha :p

    ReplyDelete
  4. Meriahnye. Dah macam tmn permainan dah. Ada adik nnti lagi la seronok dia main.. sbb dah ada geng.

    ReplyDelete
  5. byk nau menan aidil..dh boleh buka kedai preloved yong

    ReplyDelete
  6. simpan2.... nnt kasi adik pulak..

    ReplyDelete
  7. byknye mainan abg long...eh yong..ko bukan baru tambah koleksi mainan aidi ke?haha!

    ReplyDelete
  8. mak aii banyaknya mainan....boleh buka kedai nie...hehehe

    ReplyDelete
  9. yong cari rak yong..lepas tu beli toy storage tu letak kt rak tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...