MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, January 8, 2014

Adelea yang berkembang




Adelea.

Apa cerita??

10hb ni cukuplah Adelea 2 bulan. Sekejap je rasa. Macam baru je lagi rasanya aku ulang alik ke hospital jaga Adelea kat nicu dulu. Sekarang dah beso dah anak dara aku.

Berat Adelea yang terkini aku tak tau. Esok baru nak pegi monthly check up. Tapi berat dia masa cukup sebulan harotu 2.3kg. Sekarang tak taulah. Macam berat je...macam montel je..haha

Adelea so far takdelah pandai apa pun.  2 Baby 2 bulan apa je yang dia pandai. Susu berak tido susu berak tido. Itu je lah keje dia.

Kalau bab nyusu, anak dara ni boleh tahan. Takde cukup der dia minum 2oz je sekarang. 5 oz pun dia slamber je telan. Sampai nak tercabut bra mama ngepam susu bagi dia. Huhu.

Adelea masih macam dulu. Tak banyak ragam. Dia meragam kalau lapar je. Ko sumbat je susu, diam lah dia situ.


Ini gambo Adelea yang latest.

Boleh tahan gebu.

Kalau dulu tiap hari kena pakai rompers size nb siang malam. Sekarang dah boleh melaram gown kembang kembang. Baju size 6-12 pun dia sarung je jah. Haha.

Tak sabar tunggu esok. Berapalah berat si kecik ni sekarang.

Nanti aku kabor k. 








3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...