MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, January 24, 2014

Majlis Aqiqah Adelea


Aku ni la kan..dah tahap pemalas dewa 18 ke apa ni, malas nau rasa hapdet blog. Teruk nau malasnya. Haha.

Ni nak habaq mai, aku syukur sangat kenduri aqiqah puteri kecik aku Adelea Sofea telah berlangsung dengan jayanya. Memang aku happy sangat dah selamat tunaikan tanggungjawab ibubapa yang satu ni.



Dress Adelea ni aku tempah khas. Cewaahhh perlu ke mention ditempah khas?? Haha. Bukan apa, anak iols kan thumbelina, takut kang beli yang readymade kang besar pulak. Jadi tempahlah siap beria aku amik tali tape ukur badan Adelea bagai. Rupanya bila pakai baju tu dah jadi singkat pulak sebab Adelea dah makin bam bam. Mujur ada seluar kat dalam. Legaaa.haha



Kumpulan marhaban ni memang aku suka sangat. Nanti aku buat entri review vendor vendor k. Tapi memang aku suka group ni. Siap masa diorang nak balik sempat lagi aku tinggal pesan:

"Nanti kalau saya ada yg no. 3 nanti saya contact lagi k."

Hahaha..kemahen ko yong. Siap verangan yg no 3 dah. Luka czer pun tak elok betul lg. Haha.



Sebenarnya majlis ni kira joint venture antara aku dengan adik aku. Kebetulan adik ipar aku, sakinah pun baru dapat 2nd baby september lepas, so kita naik buai sekali lah. Cuma aqiqah tu aku sorang je buat sebab sakinah dah aqiqahkan anak dia dah. Mujur la majlis ni share. Kalau tak botak kepala den nak bayor semua.haha


 

Haa..yang debab tu Faiha. Kira sepupu Adelea la tu. Beza sebulan lebih je umur deoa tapi badan...mak aih. Macam langit dengan bumi. Haha. Faiha ni betul anak didik aku ni. Adelea bakal mengikut jejak. Nantikan!!



Aku puas hati sangat dengan majlis kali ni. Tetamu ramai, makanan tak membazir  doorgift licin, cuaca baik, adelea pun behave sepanjang majlis..memang aku lega sangat. Syukur alhamdulillah.

Paling best bila geng geng gojes pun ada yang datang. Suka hoi!! Antara yang hadir Airenz, Fariza, Kayrul, Aznor, Leenda, Kak Diya, Kak Mimi, Ika, Liza, Ros Anis, Wawa Donut, Dayah, Umie, siapa lagi eh? Adeh memori aku dah shut down gamaknya. Gambo adalah takde sebab tuan umah kan bizi. Hahaha. Nanti tunggu gambo fotografer. Yang ada ini je, gambo cilok dari fb orang.hahaha.




Geng geng member lain pun buat aku happy. Team bomba aku!! Lama gila tak berkumpul. Tak cukup korum tapi takpelah. Gambo mana gambo. Jap, nak curik kat fb orang lagi.haha.


Dalam fon aku memang ada 2 3 keping je gambo yang sempat aku snap. Tak taulah nape, sibuk sangat layan tetamu sampai lupa nak keluarkan fon amik gambo. Aku hari tu kalau rasa nak bergambo je aku panggil suhaimi fotografer tu je amikkan gambo. Dah tentu tentu cantik gambonya. Haha.

So nantilah bila gambo op dah siap, aku tepek lain.

Yang penting entri aqiqah anak dah setel. Esok kamu dah besar, bolehlah kamu baca ye nak.

Eh, ada tertinggal pulak sekeping gambo lagi.

Tatap je lah yek.



Bye!

3 comments:

  1. Wow...comelnyer...ada buaian lg....meriah...

    ReplyDelete
  2. kembang setaman nya saya...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Brapa bajet kndri ni yea n bqgapa jmptn tetamu.thanks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...