MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

ANAKKU SAYANG..INI ADALAH BAJU PERTAMA KAMU.



Tadaaa!!!!





Ini adalah baju pertama baby. Satu-satunya baby stuff yang kami baru beli setakat ini. Heh.

Beli dah agak lama dah..adalah dalam 3 minggu lepas tapi baru nak pahat memorinya dalam belog. Huhu.

Rompers Chelsea ni kalau sekali tengok pun dah boleh agak..ni tentu-tentu pilihan incik suami. Kalau aku takde kuasa pulak aku nak membeli baju bola-bola ni untuk anak. Tapi dah abahnya berkenan bebenau, maka aku order je la..bukak susah pun, kat fesbuk jek. Tukang bayar dah tentulah incik suami.=)

Harga? RM20...Postage pulak RM10. Maka total harga adalah RM30. Agak mahal bagi sehelai rompers. Tapi dah laki aku meroyan nak jugak beli..layankan aje.

Memandangkan ini adalah baju pertama sang anak, maka sentimental value tu agak tinggi sikit di sini.

Aku dah pesan pada incik suami, baju ni kita mesti simpan sampailah anak besar. Kalau boleh aku nak frame kan baju ni nanti buat hiasan dinding. Heh.

Baju ni adalah tidak boleh dibuang, atau di let go, apatah lagi dijadikan kain buruk. Mesti simpan simpan simpan sebaik-baiknya..bikin pusaka.

Over.

Incik suami pulak kata....




Ini adalah baju pertama yang baby akan pakai lepas lahir ke dunia nanti.


Wahhh!! Teruja lebih pakcik tu.





2 comments:

  1. Amboii. Terus bg semangat bola pada anak tu ye yong..Kalau baby girl camana? Hehe..Apapun knur harap sempga semuanya selamat ;-)

    ReplyDelete
  2. Kak Nur...itulah pasalnya. Hubby selalu sgt sebut nak baby dalam perut ni jadi footballer..sekali keluar perempuan..camno??

    Tapi baju tu boleh je baby girl pakai. Jersi pun no hal la baby girl nak sarung cuma kalau betul baby girl, jgnla di bawak pergi main bola.huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...