MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 19, 2011

Aidi Baby Girl??


Pheww!!

Arini ada temujanji dengan doktor untuk scan. Ini kiranya last scan yang dibuat oleh klinik kesihatan. Lepas ni kalau nak tengok baby lagi, sila keluarkan ongkos sendiri.

Oh ye, cakap pasal scan..baru dapat tahu yang kat Labuan dah ada klinik yang buat 3D 4D scan. Teruja pulak aku dengar, tapi mengenangkan sang anak pun dah besar dalam perut ni..rasa macam tak berapa berbaloi nak pergi buat scan 3D lagi dah. Takut tak nampak muka baby dah sebab ruang perut dah makin sempit.

Tadi pergi scan baby pun aku dah tak boleh nampak clear dah mana badan mana tangan mana kaki..tak reti aku nak baca mesin scan tu. Yang aku nampak, kepala baby je..dah makin besar. Pastu dahi ala-ala jendul macam dahi aku jugak. Muahaha!!

Berat baby pun dah cecah 2.1 kg. Kata doktor, kalau aku jenis makan banyak..baby boleh lahir dengan berat lebih 3kg. Tapi kalau aku makan macam biasa je, berat baby masa lahir maybe dalam 2.8kg. Aku lebih suka baby tak terlalu besar. Aku dulu pun lahir 2.8kg je. Lepas dah lahir baru berat naik mencanak-canak sampai boleh membesar dengan sehat dan montel sehingga kini. Huhu..

Alang-alang dah scan tu aku saja lah suruh nurse tu tengok jantina baby..walaupun aku dah tahu gender anak. Sekali.................doktor kata apa??

" Kalau tengok kat skrin ni, baby awak macam GIRL!!"


DANGG!!

Aku pulak terkesima sendiri dengar doktor kata anak girl. Eh eh, bukan tak suka baby girl..suka jek. Aku memang tak kisah anak dalam perut ni lelaki ke perempuan ke..memang inilah buah hati pengarang jantung, intan payung, payung pasar malam, payung pasar tani...pendek kata semuanyalah untuk si kenit dalam ni.

Tapi sebab dari awal lagi 2 orang doktor dah macam konfiden kata baby adalah boy, siap aku sendiri tengok jelas "kelakian" baby, persiapan pun hampir 60% adalah untuk baby boy, siap nama baby pun dah kemain announce nama baby boy.....mahu tak ter tanjat boboy bila doktor kata baby macam girl?

Alasan doktor..dia kata dia tak nampak apa-apa kat bahagian tuttt tu. Doktor kata maybe jugak birdienya tersorok sebab time scan tu baby memang tengah aktif main. Gerak sana sini sampai susah doktor nak scan. Haiii la anak.

Bila cerita kat incik suami, incik suami senyum je sambil berkata...


"takdelah..baby boy tu."


Yakin!!

6 comments:

  1. kalau dpt baby gurl lg sonok yong.. warghhh best la

    ReplyDelete
  2. dear,

    nk tau la, kat mana klinik labuan yg leh scan 3d/4d tu?

    tq

    ReplyDelete
  3. Hye sis, I follow husband stay at Labuan. Currently pregnant, can I know where have ultrasound scan private clinic? Yang sis pergi tu mana ah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..sy pegi Klinik Bakti. Dkt sebelah pasaraya D' One Mart. Tp rasanya mana2 klinik pun ada scan service ni. Klinik Permai ada, Klinik Ong ada...boleh try tanya. =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...