MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, October 30, 2011

Intai Barang Aidi.

Dah lama rasanya tak menjengah baby stuff department kat mana-mana supermarket. Rindu pulak rasanya nak membeli belah barang anak. Tapi atas kesedaran tak mahu membazir beli itu ini yang belum tentu suit dengan baby...jadi hold dulu la misi membeli barang baby buat masa ni.


Barang baby pun kebanyakannya ada kat rumah Ampang. Yang ada kat rumah Labuan ni cuma sipi-sipi je. Yela, tak kuasa pulak nak memborong banyak-banyak kat Labuan, kendian nak berangkut ber beg-beg ke KL jugak nanti. Yang sakit tangan lenguh bahu nak seret beg nanti akkkaaaakkk jugek kan?


Tapi barang anak yang sipi-sipi ni lah yang selalu aku dok bukak lipat bukak lipat peluk cium selalu.


Asal terasa rindukan baby..mulalah aku selongkar bakul baju anak. Belek baju, belek mitten..cium booties..kadang tu losyen anak pun aku pakai in advance konon nak bagi ada aroma baby gitu. Itu bila dah rindu menggila kat anak dalam perut la tu.




Ini je koleksi baju yang ada dalam simpanan di Labuan. Kalau terberanak kat Labuan paling tidak ada jugaklah baby baju nak dipakai. Heh.




Mitten & booties pun just ada beberapa pasang jek. Tak ingat kat Ampang ada ke tidak mitten & booties ni. Cukup ke ni agak-agak?



Towel just ada 3 helai. Ada yang suggest beli towel banyak pun takpe, sebab towel memang boleh pakai lama.




Hooded blanket kat Labuan cuma ada selai. Kat Ampang ada selai lagi. Selimut ada 2 helai kat Ampang. Yang bercorak-corak tu bedung moden. Cukuplah 2 jek. Setakat nak bedung anak, guna kain lampin pun boleh jaaahhh.



Set mandian baby, beli yang kecik jek dulu. Takut tak serasi dengan kulit baby. Diaper stacker pun sompat jaahh aku rembat. Ikut hati aku nak amik untuk kegunaan sendiri jek, buat tempat simoan tudung pun okey benda alah ni. Huhu..Satu lagi tu changing mat. Bosan pulak asik tengok changing mat kaler sebelah biru sebelah pink tu. Jadi aku beli yang macam gini la. Konon nak lain sikit. Coi!


Okey sambung balik cerita..

Anak yang dok 24 jam dalam perut tak tinggal ke mana-mana pun aku boleh rindu rendam. Esok kalau dah lahir, kena tinggal rumah pengasuh ke hapa ke..mau sendu sepanjang hari aku ni gamaknya. Haha.


Eh tiba-tiba tak tahu nak cot cet apa dah. Blank tentiba..boleh?


Yang penting ini Ahad last aku kat Labuan sebelum bersalin nanti. Lepas ni hari Ahad di Labuan adalah bersama dengan baby Aidi. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan *berapa banyak mudah laaa...*


Okbai!

4 comments:

  1. bnyak nyer brg aidi.. almost complete

    ReplyDelete
  2. Mrs Chenta..a'ah dah ada nama.Harapnya betullah Aidi dalam perut ni. Sekali keluar "Aida"?? Terkesima jugak nanti tu.hehe

    Farhanna..barang Aidi hampir cukup dah. Belen-belen yang x cukup lagi beli kat KL je la. Ingat nak serbu maternity and baby expo kat mid valley 20hb nnt..sempattttt..=)

    ReplyDelete
  3. salam.. semoga semuanya selamat yer. baby belum lahir dh ada nama. syoknyaa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...