MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 26, 2011

Marah Dengan Diri Sendiri Ni!

Tak paham! Tak paham!

Sejak akhir-akhir mood asik nak swing jek. Yang jadi mangsanya tentulah incik suami kesayangan..yang jadi pemangsanya tentu-tentulah aku. Hoh.

Bayangkan...


Aku order nasi goreng Singapore + sup kosong + air cincau, tapi incik suami pergi beli nasi goreng singapore + sup ayam + air cincau.


Agak-agak aku happy ke marah??


Aku sentappp wei!!


Melenting-lenting hanya kerana sup kosong dah bertukar jadi sup ayam!


Gila pompuan ni.

Tak cukup lagi...


Incik suami TER makan makanan aku. Beliau ingat sama je makanan aku dengan dia. Jadi dia makan je mana-mana pun. Padahal makanan dia lauknya udang, aku punya ayam.


Nak menambahkan sentap aku adalah aku adalah bukan pemakan udang.


Maka menangis la aku kat meja makan tengok lauk ayam aku dah tinggal separuh kena ratah dek incik suami.


Coi sangatlah!!


Hey Yongnana..pasal sup kosong bertukar jadi sup ayam dengan kau punya ayam tukar jadi udang pun dah melenting-lenting kat suami ke??


Syukurlah jugak ada jugak makanan sedap-sedap nak makan time tu.

Buatnya laki kau hidangkan nasik putih dengan kicap jek????


Baru padan muka!!

Marah sampai sekarang dengan diri sendiri.

Mujur incik suami dah maafkan aku semalam. Kalau tak...tak dapat bayangkan kalau Tuhan turunkan kesusahan masa nak bersalin nanti sebab marah-marahkan suami.

Nauzubillah..



Moral of the story: Sayangilah suami kita.


Heh.

3 comments:

  1. harap2 incik suami awak faham.. tapi start 7 month n above start la minta maaf dgn suami hari2 b4 tidur.. dh nak dekat bersalin.. harap2 yg terbaik utk awak

    ReplyDelete
  2. Farhanna..itulah, kesal sangat sampai kadang rasa takmau mengandung lagi dah sebab asik nak sentap jek. Huhu..Tapi memang sekarang ni kalau marah-marah pun cepat je rasa nak minta maaf. Restu suami tu penting nak nak bersalin ni kan? Beside..siapa tak sayang laki oiii...hehe

    ReplyDelete
  3. ms ayu peknen pun mcm tu..sensitip tahap dewa..benda2 kecik pun nak marah n melenting..bila ingat balik,sian en.suami..hehehehe..tp sib baik die faham n takdelah kite kena mrh balik..huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...