MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, October 12, 2011

Baby Dah 8 Bulan, Cerita Balik Bersalin, Dan Rezeki Anak.


Hohoho. Harini bermula dengan perasaan sedikit neves.

Anak sudah 8 bulan ohh!!

Alhamdulillah...setakat ini semuanya berjalan lancar. Syukur jugak aku masih lagi sehat walafiat, mampu berjalan walaupun sudah ala-ala penguin gayanya. Haha!

Cakap pasal berjalan ni, memang sekarang penguin sangat cara berjalan aku. Kalau jalan berdua dengan incik suami, memang sebatu lah aku kena tinggal. Jadi untuk elak kena tinggal, cepat-cepat aku paut lengan incik suami bila berjalan..biar dengan dia sekali kena berjalan mamcam penguin serupa aku. Baru adil kan? Hehe.

So sekarang dah masuk 8 bulan. Esok ada rutin check up. Hopefully HB tak turun lagi. Last check up HB dah turun cecah 10.5, terus nurse suruh makan iron tablet 2 biji sehari. Pada buku pink pun nurse dah tulis HB rendah pada bahagian risiko. Ohh takutnya.

Jadi sepanjang dua minggu ni memang tak skip makan iron tablet 2 biji sehari. Lauk pulak, pantang aku nampak hati ayam ke hati lembu ke paru ke..memang aku akan makan. Mengharap esok bacaan HB boleh naik balik at least cecah bacaan 11. Wish me luck!

Nak citer tentang balik bersalin ni...

Yabedabedu!! Berjaya dapatkan permission untuk cuti 2 minggu awal dari pengetua. Pengetua izinkan amik CRK (Cuti Rehat Khas) yang berbaki 5 hari lagi, campur dengan MC klinik 4 hari. Cukuplah 9 hari cuti untuk balik KL 4 November nanti.

Incik suami tak dapat nak hantar balik sebab susah nak apply cuti, nanti bila dah dekat due beliau nak cuti lagi. Nak cuti banyak-banyak kali sila jangan jadi tentera okey? Jadi mak dengan penuh kasih sayangnya telah meng ofer kan diri untuk terbang ke Labuan pagi 4 Nov tu, then sama-sama terbang pulang ke KL petang 4 Nov tu. Wahhh..mak buat KL-Labuan macam dekat je. Boleh balik hari gitu. Kelasss!

Moga penerbangan pulang ke KL nanti selamat dan lancar. Harap-harap tiadalah apa-apa yang tak diingini berlaku. Aminn.

Eh nak tukar topik jap..tentiba rasa nak cakap tentang Bajet 2012 baru ni. *sambil angkat-angkat kening*

Sebenarnya nak panjat syukur banyak-banyak sebab guru dapat kenaikan gaji tahunan yang akan wauu wee junior juss jugaklah bagi aku. Untuk cikgu gred 41 macam aku ni dengar kata kenaikan tahunan cecah RM220 setahun compare to sekarang yang kenaikan tahunan tak sampai pun RM100. Jadi alhamdulillah...memang rezeki kamu la wahai anak bertuah dalam perut ni.

Rezeki lagi....aku baru je dapat surat tawaran Lantikan Tetap dari jawatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah baru-baru ni. Gaji pun alhamdulillah ada sikit naik. Dapat pulak dalam bentuk tunggakan selama kurang lebih 14 bulan. Tapi belumlah dapat lagi, paling awal pun mungkin hujung tahun nanti. Hehe.

Tak tahu nak kata apa...cuma boleh syukur banyak-banyak sebab semua rezeki ni tiba pada masa yang tepat sangat.

Sesungguhnya perancangan Allah memang yang terbaik untuk kita semua.


Aku harap tahun depan, keadaan kewangan akan lebih stabil.

Bila ada anak, memang belanja bulanan akan meningkat berganda-ganda. Tapi percayalah anak itu pembawa rezeki.

Harap juga aku tak lupa pada famili. Rasa ralat sangat tak dapat nak hulur belanja pada famili secara konsisten setiap bulan buat masa ni.

Sedih.

11 comments:

  1. waahhhh... terer, mak ida! eh, mak ayah pon hebat, gi jakarta balik hari... ^_^ hehe... yong balik awal, yay! siap le kne tolong kakak, hihi...

    ReplyDelete
  2. jom beli breast pump jenama AVENT...insyaALLAH murah

    http://beautifulgirlshop84.blogspot.com/


    blh add FB

    for info
    http://beautifulgirl84.blogspot.com/2011/10/bahaya-air-putih-kepada-baby.html

    ReplyDelete
  3. wow kita punya due date lebey kurang laa...amacam, ada rasa nebes x?

    bestnyaaa dapat lantikan tetap cikgu..rezeki anak katakan ;)

    ReplyDelete
  4. Tira Miss U...Memang tak boleh lawan Pak Nyah and Mak Nyah la, pergi jakarta balik hari je. Siapa tak sayang anak oiiii..sanggup!

    Beautiful Girl..thanks drop link..Insyaallah akan singgah sebab memang belum beli lg pun breast pump.=)

    Puan Enatt..yeay!!ada geng nak bersalin nnt.hihi..nebes tu dah mula rasa dah. Selalu cakap dgn baby, jgn keluar skrg..keluar after baby 36 weeks is ok.huhu..risau!

    ReplyDelete
  5. ye ke..hehe..
    saya selalu pujuk dia, plissssssss la baby kuar awl..tp jgnla awl sgt..hehe..nak pujuk dia kluar 1 Dis..haha..sbb saya ada GDM, so doc ckp if xkuar by 9DIs, knpom2 kena induce..huhu

    dah scan jntina baby ke? wo-ha!

    ReplyDelete
  6. Enat..ooo..takpe, 1 Dis tu kira okey dah tu. Baby dah matang. Saya risau baby keluar before 36 weeks which is baby belum matang lagi. Kesian nanti kena duduk dalam inkubutor..uhuk uhuk.

    Eh, saya pun berangan nak anak lahir 1 Dis..mcm cantik pulak tarikhnya. 11211..pheww!

    ReplyDelete
  7. yongnana..kita terbalik..suami sy cikgu..sy pulak tentera...mmg susah nk cuti...
    lg xbest,husband kat msia timur..sy kt semenanjung..harap2 dia dpt posting..

    ReplyDelete
  8. ala...mintak simpang laaa anak dlm inkubutor...huhuu

    jom jom kita pakat teran anak kuar 1hb! muahaha

    me = 26dis
    hubby = 19dis
    hope baby nanti pon Dis gak ;)

    Semoga semuanya selamat ya Yongnana!

    ReplyDelete
  9. Ika..bangganya ada puan tentera drop komen kat sini. Nak angkat tabik sikit..hehe. Biasanya cikgu sng sikit nak posting banding tentera, cumanya bila alasannya mengikut isteri..terus jadi susah jugak.huhu..apapun harap2 dapatlah sebumbung dgn suami tak lama lg. Gud Luck!

    Enot..wah bestnya tarikh lahir sama bulan..jimat belanja..sambut sekali harung jek. Esok nak ada anak lain pun plan la bg beranak bulan 12 jugak.hehe..

    ReplyDelete
  10. hehe..xpayah nk tabik2 bagai...xnak..
    tu la yong...my husband dh isi e-tukar sept hr tu...mmg boleh ika ikut pergi sana..tp hubby pn dh lama kat sana..dia nk balik..lg pun..tahun depan ika nk kena gi kursus..lg leceh...
    arap2 ada rezeki utk baby.. :)

    ReplyDelete
  11. ok syg...nnti kalau nk order bgtau la ek.. :) ema pun dh nk dekat due ni.tp Mr Hubby akan uruskan nnti order u dear. hope my baby keluar 1/11/11 nnti :P

    nak masuk 39 minggu dah..
    berjauhan jugak ngn Mr Hubby.. :(

    TO ALL MOM TO BE.. SEMOGA KO ORANG SELAMAT OK?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...