MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, June 27, 2013

Dah pandai jaga air muka keluarga

Hari ni nak bukak topik aidi. Heh.

Rindu pulak nak gosip pasal anak sendiri. Aidi so far dah umur setahun setengah lebih sikit. Kira memang dah abang abang lah. Tapi manjanya tu ada jugak. Huhu.

Aidi ada satu perangai...perangai yang aku tak tau nak klasifikasikan sebagai positif ke negatif. Ke dudua pun boleh. Baca pun dah fening kan? Haha.

Aidi ni kan...dia ada perangai pandai jaga air muka mama abah dia. Gituuuuu. Hehe. Nampak macam positif kan? Tunggu sat lagi aku keluarkan yang negatifnya.

Maksudnya gini...aidi ni dia pandai jaga diri bila mama abah jauh dari dia. Time dia kat rumah mak longnya tiap hari, dia akan jadi budak baaaaaiiikk sangat. Rumah mak longnya tu memang takde banyak hiburan untuk dia. Toys tak banyak, chanel 613 feveret aidi pun takde. Tapi aidi tak bising pun. Dia layan je apa yang ada. Kalau mak longnya nengok filem tamil..maka tamil lah dia layan.hahaha.

Bila amik aidi balik, aku selalu akan tanya kat anak buah suami yg sulung tu..si amsyar. Aku tanya tentang aidi lah. Apa aidi buat hari ni, nakal ke tak. Aku suka tanya amsyar sebab dia budak..budak kan tak pandai bohong. Biasa dia akan cakap jujur. Kakau aidi nanges..dia akan cerita and bagi reason siap. Kalau aidi berebut bantal dengan kawan sebaya dia kat situ..si widad tu pun amsyar report. Selalunya kes rebut bantal tu je lah kes disiplin paling berat aidi buat.hahaha. Mama kawenkan kamu dengan widad nanti baru tau. Suka nau rebut bantal dengan kawan tu.

Itu hal kat rumah pengasuh. Kalau berjalan kat luar pun aidi biasanya akan behave. Jaranglah nak buat perangai kecuali dia dah ngantuk or lapar or boring duduk dalam buggy. Selalunya sebelum turun kereta kau akan analisa dulu aidi ni. Dia bakal ngantuk ke bakal lapar ke apa. Kalau agak agak dia nak ngantuk, aku letak dia dalam stroller.


Ha tengok, dia nak tido dah tu.



Ok Ini takde rupa nak tido. Tapi muka boring tu ada. Kejap lagi dia merempan nak balik.haha

So selalunya...selalunya lah kan, memang senang nak bawak aidi keluar. Kalau pegi makan pun okey je. Dia boleh duduk dalam baby chair tu diam diam and makan. Dengan syarat jangan bagi dia air minum awal sangat. Kang berdepan lah kau dengan drama mintak air sampai ke sudah. Haha.

Bab mintak mintak mainan memang aidi belum terer lagi. Selalunya memang mama dia ni yang gedik lebih belikan mainan. Kalau aidi take part pun aku mintak dia pilih 1 antara 2 toys yang aku dah pilih. Ala..dia sukati je tu pilih tu. Kadang dia pilih sebab warna, kadang sebab size. Okla jugak..at least aku belum lagi merasa berdepan dengan adegan aidi merempan guling guling nak kan toys. Ngeriiiiii...


So semua nampak macam bestnyaaaa lah aidi ni kan?

Haha..jangan tak tau. Ini budak ada 2 personaliti. Haha.


Balk rumaaaaahhhhh....ohoi!!

Urut dada dulu sebelum cerita. Haha.

Kat rumah..aidi bukan lagi little prince. 

Dialah king of the king. Dia perintah rumah hoi.

Ha nengok nengok..




Dia akan buat apa saja yang dia nak buat. Terutama kat area dia. Bersepah jangan cakaplah. Aku sampai tak larat nak halang dah. Sekali dia nak sepahkan toys dia gaya dah macam resaksa serang bumi. Hiyaaakkkkk!!

Lepas tu asiklah nak mama abah dia ada depan mata dia 24 jam
 Selalu anak orang lain tu depa yang suka ngekor mak bapak ke hulu hilir. Aidi ni terbalik. Dia nak kita pulak ngikut dia ke sana ke mari. Kalau boleh salah sorang je 

ikut takpe jugak. Ni nak dua dua sekali ikut dia. Dia akan gigih tarik tangan mama abahnya ni. Aku yg tengah membuyong ni letihnya lahaiii nak bangun duduk bangun duduk melayan abang sorang ni. haha.

Tapi takpelah..dah tinggal tak banyak bulan dah aidi dapat jadi anak tunggal. Lepas ni aidi dah abang. Aidi ada tanggungjawab aidi sendiri kat adik dia. So takpelah manjakan dia kejap.

Yang penting...aidi sayang mama, mama sayang aidi.
  
I love u..u love me. We are happy family. Gituuuuu.

Ok bye.  


4 comments:

  1. hehehe..hai abg long..nanti jaga adik elok2 tau..jgn jd raksase lg..

    ReplyDelete
  2. Anak sy baru setahun lima bulan, perempuan lak tu, tapi bila tak dapat toys ke apa yang dia nak.. memang berguling kat mall.. hahaaha.. malu jeeee... tapi buat masa sekarang rasa benda tu lawak je, sebab dia budak kecik taktahu apa.. takdela memalukan sangat.. hahhahaha.. adeh..

    ReplyDelete
  3. Hihi. Ok lah tu yong. At least kat luar dia behave. Kat umah takper. Mak ayah je. Nt dh ad adik dia ok insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. aidi ni macam fayel...kt luar behave..takde la nk ngamuk sakan...tapi kalau kat rumah mmg dia king la..apa pun tak boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...