MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, June 19, 2013

Saya Benci Petai


Tentiba semalam kan..aku rindu pulak nak balik kampung mentua.

Lahaiiii..rindunya Kg Pecah Batu.

Eh ini bukan makna aku tak rindu rumah sendiri ye, rumah sendiri lagilah berganda ku rindu. Tak sabar nak balik je ni. Tapi rumah sendiri kira baru jugaklah balik Mac hari tu. Umah mentua last balik December hari tu. Sambut besday Aidi. Itu pun balik tanpa incik suami.

Pelik ke eh balik rumah mentua tanpa suami??

Bagi aku okey je.

Pagi-pagi mak siap buat breakfast. Kadang abah pegi beli roti canai. Menantu dia ni dok sedap bawah selimut lagi. Dah lah terbongkang depan TV. Hahahaha. Aku memang tak senonoh sikit, tapi aku pandai amik hati, so mak abah pun...biarlah dia nak tido tu. Kehkehkeh.

Malam malam tido sebelah mak. Abah kena "usir" tido sorang-sorang. Ko hado tido bawah ketiak mak mentua?? Ahaks!!

Buat masa ni aku kira menantu bongsu la belah sana. Sebab tu boleh nak manja-manja sikit. Tunggu lah 2 3 tahun lagi dapat menantu baru, baru aku tarik diri. Hiuhiuhiu.

Apa petua nak disayangi mentua?? Ewaaahhhh!!

Tak payah nak melabur labur intan berlian sangat, diorang bukan kesah sangat harta benda ni. Kau tabur kasih sayang je cukup. Pastu sesekali amiklah hati dengan belikan sesuatu yang dah lama depa nak. Alah, aku dulu belikan heater air je, rege pun tak sampai 50 hengget, Senyum sampai telinga mak aku tu sebab rumah sana dah sekian lama masak air pakai cerek atas dapur tu. Yang bila air dah masak cerek tu membingit bunyik. Lama pulak tu nak tunggu air masak. So beli heater, senang. Tak sampai 5 minit air dah masak. Mak abah jugak senang, kan?kan?kan?

Pastu rajinlah melayan depa sembang. Sembanglah apa pun labuuuuu...abah ajak sembang bola, ko layan je lah walaupun kau cuma tau dalam permainan bola sepak ada 11 orang pemain je. Yang lain memang hapah tak tau. Huhu.

Hari Bapa baru ni, aku sajalah call abah sana. Yelah, abah takde fesbuk. Kalau abah sendiri ada fesbuk, senang boleh post kat wall pastu main komen komen je. Ahaks!. Jadi aku call lah abah sana, nak wish selamat hari bapa kan.. Sekali abah kata dia tak tau pun hari tu hari bapa. Hahaha. Takpelah, yang penting menantu mu ini ingat. Pastu pung pang pung pang lah sembang sampai setengah jam. Ni kalau pakai kredit ni habis kredit maunya ni. Entah apa-apa je yang kami sembangkan.

Abah cerita dia pegi makan kenduri lah.
Cerita dia pegi makan restoran kat ipoh jual ayam seketul 6 hengget lah.
Cerita dia sakit pingganglah.
Cerita suruh kami anak beranak cepat cepat balik semenanjung lag. Sudah-sudahlah duduk Labuan nun. Hahaha.

Macam-macamlah.

Aku layaaaannnn je.

Itu tak masuk bab balik rumah opah incik suami lagi. Lagi best bersembang dengan opah. Aku pernah tido rumah opah satu malam.

Uuuu aiiii..

Bersembang kisah zaman Jepun kata ko!!

Seronok betul.

Sat gi opah bukak cerita macam mana mak dengan abah boleh kenal sampailah cerita depa kawen. Kihkihkih. Aku senyum senyum je lah dengar. Mak kat sebelah dah malu-malu opah bukak rahsia. Kehkehkeh.

Pastu paling tak tahan opah suruh aku makan petai.

Hamagaddd!!

Petai???

Oh no!!

Mana nak larik ni..incik suami takde masa tu. Mana nak larik hoi.

Opah siap amik petai, ulam, sambal tempoyak apa semua dia letak dalam pinggan aku.

Cubalah...katanya.

Gulp!!






Sebiji petai tu aku makan sikit sikit sampailah nasik aku habis.

Tak suka petaiii!!!!


Haha.

Jadi taju entri kali ni adalah Saya Benci Petai.

Voley??

Haha..bye!

10 comments:

  1. hoi haku klu dpt petai, mmg makan bertambah, tapi jarang makan sbb malu takut mulut bau..hahaha, so mmg makan petai time balik kampung je, lps tu gosok gigi 2-3 kali..hahahaha

    ReplyDelete
  2. sy pulak suka makan petai...hahahah..kalu de petai siap berebut2 dgn encik suami...kahkahkah,...

    ReplyDelete
  3. tidur kt ketiak MIL?
    dasattttttt.....

    ReplyDelete
  4. Hehe..akk.suka petai..tp petai yg boh dalam sambal je..kalau yg mcm ulam tu xmkn jgk..bahaha.tak berani nk cuba

    ReplyDelete
  5. Mila suka petai yong!! Sggup mulut, kentut, kencing berbau busui..xkish tu semua,heaven oi mkn petai..mabeles!!

    ReplyDelete
  6. Hamboiii..menantu kesayangan gtu..
    Aini pn xmkn petai. Bukan tak suka. Tapi tak pandai nak makan. Budu ai suka...

    ReplyDelete
  7. daku pn jarang beli apa2 kt mil.ade le 2-3x kot daku belikn baju je.haha.tp bab nyembang mmg daku layankn le mil aku tu.lps tu bwk g jenjln sbb ktorg mmg kaki jln.bahaha.

    ReplyDelete
  8. Baru jer kelmarin msk sambal petai ikan bilis.. Smpai hari ni angin satu badan penangan petai..huhu

    ReplyDelete
  9. iouls takde mak mentua dah nak tido celah ketiak...kalau ade pun laki iouls dulu kepit bawah ketiak mak dia...hihihi....petai????sodap la petai walaupun ade bau sikit.........cuba la yong...hehe

    ReplyDelete
  10. Hi,

    Feel free to browse Gymboree original clothes for baby girl and baby boy here http://mybabylane.blogspot.com/ ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...