MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, June 17, 2013

Marilah melawat rumah iols..jemput jemput.=)





Hari ni rasa macam nak tayang rumah pulak. Hihihihi,

Bukan apa, nengok geng geng kat group Gojes sana lepas sorang sorang ngajak bertandang rumah masing-masing walauponnnnn hanya di alam maya. Seronok aih nengok rumah orang. Jadi rasa macam nak ngajak mengkeme datang jenguk rumah aku pulak lah walaupoonnnnn rumah iols bukan ada apa pun. Aku bukan reti deko deko. Sebenarnya deko deko tu boleh je nak blajar buat, tapi sebab askar kenit ni ada dalam rumah, maka sorilah ye. Frame gambar sekeping pun aku takde. Huh

Rumah aku ni cenonet je.

Tapi takpelah kan, cenonet cenonet pun inilah rumah aku untuk hampir 3 tahun kat Labuan ni. Mula-mula masuk rumah ni takdelah cenggini keadaannya. Tido pun atas tilam bujang size single. Itupun penyewa lama punya. Tapi sebabkan masa tu baru kawen, apa ada hal kan tido berhimpit tilam kecik?? Hahahaha.

Okey meh lah tengok rumah.

Jemput jemput masuk.

Ni gambar ni semua aku baru snap kejap tadi. Baru balik sekolah katakan, so rumah pun bersepah larat la sikit ye. Pepaham sudahlah ye. Alah, macam lah rumah mengkeme tak pernah bersepah. Keh keh keh.



Okey ini ruang tamu.

Tak besar pun. Ngam ngam je letak sofa 3 2 1, kabinet tv. Adalah ruang sikit untuk golek golek masa berbonding dengan Aidi. Dengan abahnya kita bonding tempat lain la ye. Hehe.

Tu nengok, sofa 3 seaters aku tu...daaaahhh rabaaakkkk. Jenuh ku soletep, tapi asik tertanggal jugak. Ni nak raya ni malu la wei, sofa buruk. Abaaaaangggggggg........ekekekeke.




Okey ini dining hall. Eh macam tak layak je panggil hall. Dining space voley? Hahaha..ke laut english aku.

Dining table aku kecik je. 4 kerusi sebenarnya tapi dah tinggal 3 sebab 1 lagi aku hempuk sebab bercekau dengan incik suami. Hahahaha. Ko jangan main main, patah kerusi tu aku hempuk. Jangan cari pasal na. Bahahaha. So tinggallah 3 bijik je. Jadilaaahhh. Bukan selalu guna pun meja ni. Selalu buat tempat letak barang je. Tapi tak boleh letak macam-macam atas ni, Aidi suka tarik runner table tu bagi barang-barang jatuh, dia nak main. Heh.




Okey inilah tempat daku bersilat dengan kuali periuk belanga segala. Dapur.

Pun kecik. Sempit. Kalau kami laki bini dua-dua kat dapur memang dedua kena jalan macam ketam. Senget. Sebab tak muat. Haha.

Bersepah sikit dapur aku hari ni. Biasalah, balik sekolah tak dan lagi nak kemas. Kome hadap je lah dulu ye. Nanti nanti aku kemas bagi kilat.




Ha nengok...tak bersusun semuanya.

Lantakkan je lah yek. Asal bila nak makan ke apa, bendanya boleh jumpa sudahlah. Jangan sampai nak buat susu anak, tin susu pun tatau duduk ceruk mana. Itu parah.

Kome nampak tak drying rack botol susu Aidi kat belah kiri nun? Ewaaahhh...drying rack sangat kan? Padahal itu penyangkut gelas cawan je tu. Aku malas nau nak beli online drying rack botol. Kalau kat Labuan ni banyak jual yang mahal-mahal je. Tak kuasa. Pakai je lah penyangkut cawan tu. RM4.90........=)




Ini bilik pengantin. Kahkahkah. Nak jugeekkkk. Bilik ni ada bath room. Standardlah kan. Tapi bilik air tu aku sorang je guna. Aidi dengan abah mandi bilik air kat depan.

Wall sticker tu dulu masa aku lekat lekat dia duduk betul betul atas kepala katil. Ni dah katil aku dah patah kiok...iyeeee...katil aku dah patah. Itu yang tido bawah je tu. Senang. Tak kuasa nak membeli katil baru lagi. Kang roboh lagi kang terus trauma pulak. Hahaha.




Ini bilik Aidi. Bilik yang paling selalu interprem dalam fesbuk, dalam segram, dalam blog. Glamer sudah bilik ni.

Aidi ni pun aku bagi tido atas tilam size single je dulu. Nak belikan katil, macam berani berani takut je aku ni. Kang jatuh pulak anak tu kang. Budak ni dah la tido melasak. Ni tido bawah pun aku kena buat benteng bantal keliling tilam. Itu pun selalunya dia terbabas jugak. Mimpi apa entahlah Aidi ni malam-malam.




Insyaallah lepas raya ni nak mula beli barang baby A pulak. Aku memang aim nak beli baby cot and almari baju untuk dua beradik ni nanti. So bilik Aidi ni nak kena rombak balik lah susun aturnya. Takde idea lagi nak deko deko macam mana, tengok je lah nanti apa jadi. Heh.




Ini bilik ketiga.

Bilik serbaguna gitu. Haha. Nak panggil stor pun boleh jugak sebab dalam bilik ni lah aku sumbat macam-mcam. Nak amik gambar pelbagai angel pun aku takut korang ngeri nak tengok. Tu...kat bawak tu..bakul baju Aidi selonggok tak basuh lagi. Ngeri tak? Hahaha.





Keseluruhannya ginilah view rumah aku.

Dalam gambar memang nampak luas sikit, tapi realitinya takdelah luas pun. Jalan 3 langkah sampai bilik Aidi. Jalan 5 langkah, sampai dapur. Gitulah kekdahnya. Kalau aku memasak kat dapur pun aku still boleh intai intai Aidi main sama ada kat hall atau dalam bilik dia. Tapi bilik stor tu memang kawasan larangan untuk Aidi sebab banyak benda bahaya kat situ. Situlah aku sidai baju, situlah abah simpan helmet, situlah aku iron baju semua. So Aidi dilarang masuk. 


And satu lagi dapur. Pun sama..Aidi dilarang masuk. Since ada safety gate so memang takde masalah. Kadang kalau Aidi nampak gate terbukak, dia sendiri akan pegi tutup. Dia paham dah. Hehe.

So inilah rumahku syurgaku.

Pergilah tido hotel 5 bintang mana pun..

Rumah comel ini jugaklah yang akan aku rindui.

Ewaaahhhhh!

17 comments:

  1. assalamualaikummmmmmmm...air sirap ade???

    ReplyDelete
  2. comel je rumah.. hihihi... rumah kecik pun syurga okey.... :)

    ReplyDelete
  3. tergelak tengok part katil patah tu..bukan gelakkan awak tapi sebab teringat katil sendiri..pun dah patah baru2 ni, hahaha tak tau nak salahkan kitorang yang berat ke ataupun katil sekarang memang tak kukuh. Dah cakap dah kat hubby, tak yah beli katil baru..kite tido bawah aje..trauma teringat masa syok tido katil patah..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Heh. Sorang2 mommy yg gojez dok update psl umh kediaman. Ai is sentap uols bila baca. Tapi nak bava jugak. Huhu. Btw, rumah ku syurga ku. Place like no others kata nya..

    ReplyDelete
  5. hohoh..sweet ape rumah.rumah su kecik jugk..tapi bahagiaaa

    ReplyDelete
  6. Okla tu.kalau tengok rumah sy...lagi ngeri.haha

    ReplyDelete
  7. Apesal semua patah yong? Kerusi katil,haha..rumah kecik xpe, janji kemas trsusun..sedap mata mandangg..

    ReplyDelete
  8. yer ar yong...macamane hebat pon kat tempat lain..nak gak balik tidor umah sendiri..even aku kat umah family ade bilik sendiri..siap akon bagai..tapi tak kose dah nak tido lama2 kat umah family tuh..2 malam tinggal dah tak sabar2 nak balik umah..walaupon kat umah sendiri tidor peloh tiak ni weeyyhh...

    ReplyDelete
  9. Berkenan la stiker bulat2 kat hall tu, cantik..beli kat mana yer? Sofa yg rabak tu, akak nak bagi cadangan sikit, cuba hampar kain ke selimut buat tutup, mat salleh selalu buat, orang panggil throw..ala pakai buat sementara kot2 ada tamu datangkan sblm beli sofa baru :) dapur pon comel je, janji boleh masak kan.

    ReplyDelete
  10. hehe..betul tu..tak kiralah camne pun rumah kita..kalau duk hotel 4 5 bintang pun..mesti rindu nak balik rumah jugak kannnn...

    ReplyDelete
  11. kita geng ar..umah cenonet jer..tp comel kan? hehhe.. umah ku syorgaku..gitew.. :-)

    ReplyDelete
  12. kahkah..tragedi katil runtuh n patah ni memang kenangan..dh pnah patah kaki sambung balik..pastu runtuh plak alang kayu kat tengah..haha bakal merindui bilik umah mama xlama lagi..ke lama lagi..postponed smpi bersalin baru pindah agaknye hehe

    ReplyDelete
  13. muehehe...terkekeh gelk baca entri ni...sempoiii..!! baiti jannati! =D

    ReplyDelete
  14. ala kecik ke besar janji kita selesa kat sana kan.. tapi jeles tgk rumah kemas je.. rumah MQ sedih sangat.. tak pernah yg kemas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...