MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, June 7, 2013

Dating degan abang seluar merah.



Hari ni bosan.

Bila pikir cuti sekolah nak habis, lagilah bertambah bosan. Bangun pagi pun malas. Incik suami pergi keje pun aku tak sedar. Tau tau je rasa macam ada orang kiss pipi ini. Auwww!!

Bila Aidi dah bangun, mandikan dia dulu. Kendian aku meligatlah kejap kemas rumah apa yang patut. Rumah takdelah sepah mana. Sebelum tido biasa aku memang dah kemas siap-siap toys Aidi. So pagi-pagi ni lap-lap, vakum vakum je lah. Penyapu is takde ye. Iols moden sikit pakai vakum. Bahahahah!



Idok ler mama paham apa ujikaji yang aidi sedang buat tu.


Lepas tu mula aku boring.

Nak breakfast apa?

Nak masak apa?

Apa yang ada dalam peti ais nun?

Adeh rajin ke aku?

Malas malas malas.

Aku takde mood masak hari ni. 

Nak jalan. Ohoiii! Nak jalan. Dah berapa hari terperap kat rumah. Kesian Aidi tak tengok donia.

Call la incik suami nak mintak ijin. Berpuluh kali call asiklah perempuan lai yang jawab. Not in coverage area la apa lah. Haiiii....ke mana pulak laki den. Last last aku sms je lah. Enjin kereta dah start baru aku sms. Abang bagi ke tak ke kite keluar jugak. Hahahaha.


Pergi mana je pun. Ala Labuan....tau tau je lah. Apa yang ada.

Sudahnya kami ke Mc Donalds sajorkkkkkk. Haha.

Order makanan kemain banyak macam makan 3 orang. Eh betullah 3 orang kan? Aku, Aidi, and baby A. =)
Tak habis pun makan, big mac aku simpan dalam henbeg bawak balik.

Sebelum balik, moh ler kite bawak Aidi main kat playground dalam Mc D ni.

Ni 1st time ni bawak dia main sini. Sebelum sebelum ni selalu datang makan je. Tak pernah bawak dia main. Entah kenapa. Haha.


Untung pulak playground kosong waktu tu. Takde orang. Memang Aidi lah beraja.


Seluar merah abang long kita hari ni. Aummm!



Kemain suka dia!


Jakun nengok...tak pernah jumpa ke?



Siap terbaring bergolek apa semua. Buat macam rumah sendiri ye tak?


Banyak lah aksi dia.

Main gelongsor kemain nak panjat dari bawah. Tak mau guna tangga. Nasib baik awak sorang je situ, bolehlah mama ijinkan. Kalau ada bebudak lain sama memang tak dapatlah nak climbing climbing macam tu.


Yang nak lawaknya...tengah aku bizi bizi nak haplod gambo segram, tentiba Aidi dah hilang dari playground. Toleh toleh nun haaaa dia dah berjalan kedek-kedek ke ruang makan. Dengan takde seliparnya. Kelam kelibut ku kejar. Lagi kite kejar lagi dia lari. Sudahnya sampai ke kaunter order dah ha. Malu mama tau Aidi kejar kejar kamu. Dah la dua-dua kaki ayam, tak sempat sarung selipar. Uhuk uhuk.


Dia letih dah la tu maknanya tu. Nak balik eh? eh?

Okeylah jom kita balik.

Elok je sampai rumah, mama tarik hand break, toleh belakang...


Lorh......





7 comments:

  1. Kesian aidi penat ek..homei..dia tidur

    ReplyDelete
  2. Salam.. nk mintak tlg LIKE page ni blh? =)

    AZ Collection ada menjual pelbagai jenis tudung AKEL bidang 50' dan 60'.. Nk tempah kraf felt pn blh.. Jom singgah sini..

    https://www.facebook.com/pages/AZ-Collection/199515420202002

    Terima Kasih.. =)

    ReplyDelete
  3. haha kita sama.. xde penyapu kat rumah. pakai vacuum terus! senang. ai is pemalas nak sapu2 huhu..

    ReplyDelete
  4. Ni kt mcd airpot labuan eh..pnah mkn cni thn lpas smntara tggu flght

    ReplyDelete
  5. hari tu pun fes time dating berduaan dgn aisya... nasib senang handle...hehehe tp balik ada kisah kecewa gile...tp takpelah...eh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...