MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, September 27, 2013

Aidi the Brave Boy *wah english sangat aku hari ni*


Last week bawak Aidi pegi gunting rambut. 

Rambut budak tu dah panjang. Kalau buat aksi lompat bintang je mesti basah basah rambut dia berpeluh. Oh ye, Aidi sekarang memang tengah fasa suka melompat. Dia baaaru nak blajar melompat. Itu pun tak berapa betul lagi gaya melompat dia. Lompat sebelah kaki. Kadang aku geleng kepala je tengok Aidi dengan abahnya melompat bersama-sama dalam rumah tu. Anak dengan bapak sama je ribena perangainya. Lantaklah bang oiii.

Oh masuk balik cerita gunting rambut.

Rasanya ini kali keempat Aidi gunting rambut. Ke kali kelima eh? Lupa dah aku.

Tapi aku seronok bawak Aidi pegi gunting rambut sebab dia langsung tak meragam. Dari 1st time gunting rambut dulu, sampai sekarang..setitis air mata pun tak pernah tumpah di kedai mamak tu. Hebatlah Aidi. *matiklah puji anak sendiri*

Kali ni bawak pergi, 1st time aku dapat tengok Aidi duduk sendiri atas kerusi tu. Takde abah riba riba dah. Mamak alas dengan papan, ha..kau duduklah situ. Sebenarnya ni kali kedua Aidi duduk sendiri atas kerusi tu sendiri tanpa beriba. Tapi masa 1st time dulu aku tak ngikut, so inilah kali pertama aku dapat tengok dengan mata kepala sendiri keberanian anak bujang iols. Heh

Dia tak takut.

Nangis pun tak.

Cuma muka je blur sikit. Maybe pikir apa yang berlaku saat dan ketika ini. Hahaha.



Tengoklah...abang abang sangat kan Aidi.

Bangga kejap aku dalam kedai mamak tu sebab ada anak berani cenggini.

Aku bukan nak kata apa lah...setakat ni, aku tak nampak lagi apa benda yang Aidi takut or fobia.

Tak jumpa lagi.

Gelap tak takut.

Hujan guruh kilat pun tak takut. *aku dulu takut gila*

Kucing pun tak takut. Kucing takutkan dia adalah sebab Aidi suka gigit kucing. Bahahaha.

Ketinggian pun tak takut sebab dia tau skil nak turun dari tempat tinggi.

So far, aku belum jumpa fear factor Aidi. Ewaaahhh fear factor gitu. Huhu. Esok esok tak tahu lah kot ada benda yang dia takut. Harap harap takdelah. Sebab aku memang tak pernah ajar Aidi takutkan sesuatu atau momokkan dia dengan apa apa.

But lately aku nampak laki aku tu suka nau takut takutkan Aidi dengan vakum. Saja gatal tak mau bagi Aidi kacau dia memvakum lantai.

Kalau aku ada depan mata tu memang kena sound la cik abang kita tu.

Bang, takde cara lain ke bang??



2 comments:

  1. rara pon sofar x jumpa lg fear factor princess,lasak sgt dye,myb sbb dulu nk anak laki.then dpt anak pompuan.tu lasak semacam kot.hehehe.bagus lah abg aidi ni.xtakut lah~

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..singgah dan follow sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...