MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, September 19, 2013

Aidi dah ada insurans sendiri. Alhamdulillah




Hola!!

Entri semalam aku ada mention padal kad insurans, ada beberapa orang yang bertanya tentang insurans aidi ni. So meh lah mak jemah bercerita. Heh.

Aku bukan agen insurans ye kawan-kawan. So jangan cari aku kalau nak beli insurans.haha.


Asalnya..aku tergerak hati nak beli insurans aidi bila kenangkan kami ni laki bini keje gomen. Memang tak de lah klinik panel ke apa ke kan? Kalau anak sakit, kau keluarlah duit sendiri bayar bil perubatan anak.


Mula tu aku tak terasa sangat sebab aidi jarang demam. Tapi tu la..bila pikir jauh, rasa macam insurans ni penting. So aku mula godek godek, menjemah jemah dengan beberapa orang yang ada amik insurans untuk anak anak jugak.

Target aku...aku nak insurans yang boleh cover

Bil klinik aidi

Bil hospital if aidi warded

Saving untuk masa depan aidi

Premium bulanan dalam rm150

Itu yang aku cari. 


Dan aku jumpa sorang agen insurans ni.

Nama dia Hakim zakaria

No tel  012 2903143

Beliau ada fesbuk, tapi sebab aku taip entri ni pakai fon, so aku vodoh skit nak link link ni.hahah.

Oh lupa..aku pilih insurans PRUDENTIAL ASSURANCE.


Hakim ni kat KL. Aku kan kat labuan. Tapi memang takde hal lah nak berurusan. Pakai fon and emel je jahhhh. Lepas dah gedebak gedebuk finally sampai jugak benda ni kat tangan aku.






Aidi dapat dua kad.

Satu kad untuk klinik.

Satu kad hospital.

Sebab kat labuan ni takde private hospital, so kad hospital tu tak berapa berguna lagi lah. Kalau ada pape emergency (mintak dijauhkan), kita terbang balik semenanjung je lah. Pergi private hospital kat sana je. Tak pun kat kota kinabalu.

Tapi kad klinik memang berguna. Aidi demam je bawak je pergi mana mana klinik yang terima kad insurans prudential. Tak payah bayar pape dah. Hulur kad je.


So far..premium insurans bulan bulan aku bayar rm168 macam tu lah. Ada sen sen tak ingat. Premium aidi mahal sikit sebab mamanya over berat badan. Abahnya pulak merokok. Jadi risiko lebih..premium pun terpaksa lebihlah. Uhuk uhuk.


Kalau uols bangsa yang selim melim sehat walafiat..premium rm100 pun boleh. Bergantung pada bajet dan keperluan kita jugak lah.

Aku ni nak terang panjang lebau memang tak reti lah.

So kalau ada yang nak tanya pape, boleh terus zaasss contact encik HAKIM ZAKARIA kita.


No tel: 012 2903143


Penutup entri..saksikan betapa budimannya aidi melayan anak si hakim tu masa hakim sefamili datang beraya ke rumah hari tu.









Daa!!


7 comments:

  1. yehh..aidil bleh geng dgn SB..ada dua kad..tu sbb ambik yg conventional..kalau takaful x dek lg pru clinic tu..

    ReplyDelete
  2. nah..FB en akem kite..
    https://www.facebook.com/hakiem.zakaria

    hehehhe...
    nasib baik mami asyraf masa ambik premium dulu still kuwussss..kalau skrg? nan hadooooo...hehehhe

    ReplyDelete
  3. daddy naila kn..nayli pn amek insurance ni juge..:)

    ReplyDelete
  4. sama laa...
    anak sy pun PRUDENTIAL jugak..:-)
    haritu warded 5 hr kat hosp gomen sbb rotavirus..tp agent kata claim je...dptla Rm1,200..boleh la guna utk saving..sbb kan govt free...tp sbb mencarum so we r entitle to claim..:-)

    ReplyDelete
  5. Aku pon buat sejak laki aku tukar kerje ni takde coverage tuk satu family lagi... jd buat tuk qaleef..2 2 pon amik klinik ngn spital...senang kalau ape2..susah nak jangka kan penyakit sekarang ni.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...