MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, September 18, 2013

Anak buat neb memang drama kan?



Pheww!!

Lamaa betul tak hapdet blog. Ritu konon nak hapdet, sekali pengetua pulak mengamuk dalam bilik disiplin. Eh bukan mengamuk marahka cikgu tau, marahkan bebudak kekdahnya. Jadi aku terus tutup laptop. Gerun hoi!

Lepas tu aku dah mula sibuk sibuk sibuk sampai tak tau apa benda yang aku sibukkan. Tapi memang sibuk. Tapi bab menjoyah kat group wasap gojes ada pulak masa. Ekekekeke.

Ni...Aidi demam Jumaat lepas.

Sian nau anak bujang aku tu. Dah berapa lama dia tak demam. Ubat-ubat dalam peti ais tu pun aku tengok paling latest punya pun 2012 punya ubat. 2013 punya memang takde. Nampak nau lama dah dia tak demam. Baguslah kan?

Tentiba last week dia mula selsema.

Hari Rabu selsema.

Aku buat tak tau je dulu.

Khamis pun selsema. Makin teruk. Pun aku buat dono je. Bukan apa, saja nak biar antibodi dia lawan sendiri sakit tu dulu.

Masuk hari Jumaat, Aidi tido petang. Dalam tido tu dia dok hok hek hok hek merengek apa entah. Bila aku pegang badan dia...

Ohmai!! Panas hoi!!

Laju-laju call incik suami yang tengah duty. Suruh balik jam jam tu jugak sebab aku dah panik ni. Badan Aidi panas betul.

Sementara tunggu incik suami balik, aku mandikanlah Aidi dengan harapan suhu badan akan turun. Tukar baju siap siap nak ke klinik.

Kat klinik drama lain pulak jadi.

Kemain lamaaaaaaa nak tunggu giliran. Padahal patient ada 3 4 orang jek. Dari kul 5.30 kitorang sampai, pukul 7 kot baru kena panggil nama. Pheww!! Aidi sampai dah berapa kali dok ajak balik. Hahaha.

Jumpa doktor...

Suhu badan Aidi dah turun. 37 darjah macam tu je. Berkat aku mandikan dia la tu.

Tapi dada dia berbunyi bunyi. So doktor kata kena buat neb.

Baiklah.

Aku dah siap mental fizikal dah ni nak dengar anak meraung kena neb. Bertabahlah mama.

20 saat pertama proses neb tu, Aidi steady je. Diam elok je abah dia peluk.

Lepas tu......satu klinik boleh dengar suara dia meraung. Aku dengan incik suami pun dah macam nak nanges sama. Berpeluh peluh kitorang. Ada aircond pun tak rasa. Yang abahnya kena peluk badan Aidi kuat kuat takmau bagi dia meronta. Yang aku tertunduk tunduk lah pegang kepala Aidi. Macam nak patah pinggang aku membongkok.

Aidi meraung memang kesian sangat. Tak pernah dengar dia meraung sampai macam tu.

Sampai satu saat, agaknya dia dah tak larat nak meraung dah, dia diam je. Letih.

Dia diam sambil sedu sedan je.

Last last dia terlena,

Tengah buat neb tu dia boleh lena.

Sedih sangat tengok.

Gambar memang takde sempat lah aku nak amik ye tak?

Yang sempat amik..gambo ubat je.


Bersusun ubat Aidi dapat.

Nasib baik aku beli medical insurans untuk Aidi. So hulur kad insurans je lah.

Kalau kena hulur duit ringgit, pheww!!!




Eh lupa nak bagitau, Aidi dah sehat dah. Alhamdulillah. =)

3 comments:

  1. amik insurans ape??
    share plis..
    tq :)

    ReplyDelete
  2. hahahahaha. aku dpt bygkan aidi nangis. sebab anak aku pon melalak melolong camtu gak...haishhhh. nak terlangkup sepital tu dengo suara anak aku jek. choi!

    ReplyDelete
  3. Ye lah yong..insurans apa ye yang boleh guna untuk bayar rege ubat kat klinik..

    Share plisss..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...