MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, April 10, 2010

BAJU NIKAH HAMPIR SIAP..KAD KAWEN DAH SIAP

Penat penat penat.

Dah berkali-kali cuba nak bluetooth gambar dari fon cikai aku ni ke laptop tapi asik asik gagal jek. Haih!

Apalah malang nasib. Time aku berkobar-kobar nak bagi makan entri ni la bluetooth wat hal. Kamu pun tahu kan, apalah maknanya bagi makan entri tanpa gambar, tak kenyang. Tapi aku dah give up.

Dan sebabkan aku dah give up, maka terhasil lah entri tanpa gambar ini.

Layankan aje.

Cerita 1: Baju Nikah aku Hampir Siap! Yeehaaa!

Hari ni aku pegi menziarahi Kong the Great Tailor atau nama kontotnya Kong, si tukang jahit baju nikah aku *kontot ke?*. Owh memang teruja bila tengok baju nikah aku tergantung elok. Hati dah melonjak lonjak dah. Tapi rupanya tak siap sepenuhnya lagi. Kong belum jahit manik-manik kat baju tu lagi.

Tapi aku peduli hapa, aku tetap mahu mencuba fitting. Walaupun baju penuh jarum-jarum peniti yang diguna susun susun letak bunga-bunga lace, ada aku kesah? Aku tetap nak sarung baju nikah aku. Huhu..

Dan hasilnya.


Tada!!!!

*maaf gambar ditangguhkan*

Owh santek! Santek!

Aku suka baju nikah aku.

Sebenarnya sejak aku jadi anak dara ni aku tak pernah tempah baju kebaya. Tak tau mana datang kekuatan untuk tempah baju kebaya untuk majlis nikah aku. Tapi bila aku tengok baju tu elok terletak pada badan aku, owh aku cukup teruja. Rasa macam takmau tanggalkan baju tu dari badan. Hahaha..

Mak pun kata baju tu cantik untuk aku yang debab ni. Melihat mak gembira, aku pun berganda-ganda la gembira. Sekarang tinggal tunggu tailor nak jahit manik jek. Insyaallah Minggu depan baju nikah aku siap. Weeehooo!!

Kebetulan pulak Sabtu depan aku ada temujanji dengan Puan Vispera untuk bincang mengenai design tudung nikah aku. Jadi bolehlah aku angkut baju nikah aku pegi jumpa Puan Vispera. Harap-harap dengan kehadiran baju lengkap, mudahlah untuk Vispera design tudung nikah terbabomm yada yada untuk aku. Owh tenkiu Vispera kerana sudi menaja tudung nikah saya. Lebiu!


Cerita 2: Kad kawen siap!

Owh ini satu lagi benda yang buat aku tarik nafas lega arini. Kad kawen aku dah siap. Memang pantas dan pintas MS Fast Print Ampang Point buat keje memang sangat efisyen. Cepat pantas pintas. Hahaha..

Mana gambar kad??

Owh ada ada...jangan risau. Berkeping-keping aku snap. Tapi sebab fon aku *ke laptop aku* bengong sebentar, tak mahu menerima sebarang transaksi bluetooth buat masa ini maka gambar-gambar kad kawen aku masih elok tersusun rapi dalam fon aku.

Nanti bila dah ok aku pasti akan tepek gambar kat beloh ternakan ni.


Cerita 3: Esok mahu berjimba ke Nilai 3.

Yep, esok mahu berjimba bersama keluarga ke Nilai 3. Benda yang nak dibeli:

1. Runner katil
2. Carpet utk letak depan pelamin bawah khemah
3. Carpet/tikar untuk hall rumah
4. Bunga pahar 200 cucuk.

errr..

5. Aku yakin betol pasti ada benda-benda yang takde dlm senarai pun kitorg beli sama nanti. Suspek terdekat adalah kain pasang. Hahahha..


Cukuplah untuk malam ni. Tak best la tulis belog takde gambar. Macam masak megi tak bubuh telur. Hehehe..

Esok aku sambung story-mory lagi k.

Daaa..

4 comments:

  1. bestnye sume hampir siap.. =) awk nnt buat lah entree pasal tudung vispera. berangan nak buat kat situ jgk tudunikah nnt. hihi..

    ReplyDelete
  2. dear..best kan perasan baju-cantik-tletak-di badan...hehehe....cpt la upload pic bj..xsabar nak nengok nih.

    ReplyDelete
  3. Mrs Engineer - thanks!marilah kita berkongsi gumbira.hehe

    Hana Yoriee - Insyaallah..next week lps jumpa Pn. vispera saya hapdet ok? Tgg ya!

    Harzharun - mmg best perasan baju cantik..tapi dalam kes saya ni baju je la saya rasa cantik..orgnya ntah bila nak cantik ntah la.hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...