MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, April 4, 2010

HAPDET SEMINGGU

Weeeehoooo....Weekend datang lagi dengan aktiviti terbaru KaWeNnN KaWeNnN....hahaha..Pagi-pagi dah merapu.

Tapi yes, weekend datang lagi. Maka bermulalah segala mak nenek persiapan nikah kawen aku buat sekian kali. Kalau ikut pada jadual yang aku buat di sini, minggu ni aktiviti aku adalah seperti berikut: *mcm nota sekolah jek ha*


1. Beli cat.
Dalam entri lepas, aku ada citer tentang kekeliruan tentang warna cat yang harus aku beli. Dan aku terima banyak respon dari kawan-kawan blogger. Owh sungguh berterima kasih. Setelah ditimbang kira pendapat-pendapat kamu, mintak pendapat ahli keluarga yang lain buat sekian kali, maka aku berjaya dapatkan warna cat idaman aku. PUTIH.

Hehehe...tak sangka mak bersetuju dengan warna itu. Sangat suka. Biarla orang kata warna putih itu apa yang ada, biasa jek, tapi hati aku suka. Nokhtah.

Kami juga beli sekali cat-cat untuk dinding hall, dinding luar rumah dan siling. Cat untuk pintu rumah dan pintu bilik-bilik tidur tak dapat di putuskan lagi kerana terdapat banyak kecelaruan warna di situ. Hehehe..


Selesai bab beli cat...Lega.

2. Confirm kad kawen.
Minggu lepas Abg Asnor Kad kawen ada hantar draf kad kawen melalui emel. Dia suruh aku double check wording, spelling semua. Ada jugak la silap sikit-sikit dan aku dah mintak Abg Asnor betulkan. Beliau pun dan tunjukkan 2nd draf (3rd sebenarnya) kat aku dan aku dah check berkali-kali untuk pastikan tiada kesalahan ejaan di situ.

Aku teringan cerita sorang kawan blogger ika bila ejaan nama "ALLAH" boleh tersilap menjadi "ALLAT". Owh sungguh gila. Nasib baik Ika sempat perasan sebelum distribute pada guests. kalau tak....hohohoho..tak dapat dibayangkan paniknya.

Oleh sebab itu, aku menjadi lebih berhati-hati. I dont want banana fruit two times. Hahaha.

Jadi kiranya aku dah confirmkan kad kawen. Kad bahagian luar pun dah di print. Tinggal nak print kertas bahagian dalam jek. Maybe next week siap kot.

3. Jumpa tailor.
Sebenarnya jumpa tailor ni nak pegi hantar kain untuk buat baju adik ipar aku untuk dipakai masa kenduri aku nanti. Baju famili lain semua dah siap dah, tinggal baju dia je tak anta lagi. Nasib baik Kong the great tailor tu masih mahu terima tempahan.

Aku sempat tanya pasal baju nikah aku, tailor cakap dia dah gunting kain, dan bunga-bunga pada lace untuk ditampal pada bahagian-bahagian tertentu pada baju. Makna kata sekarang ni memang baju nikah aku on progress. Harap-harap hasilnya menjadi cantik. Berdoa janganlah ada kemalangan buruk berlaku pada baju nikah aku. Huhu..

Oh ye, sempat suruh tailor amik ukuran badan aku yang terkini.

Jeng jeng jeng...ukuran pinggan menyusut 1 inci. Hoooyehhh!!! *1 inci je pun..*

4. Tempah kasut nikah
Baru-baru ni sedang asyik main dengan incik google, aku terjumpa satu kedai yang amik tempahan kasut pengantin kat Ampang Waterfront. Aku sebenarnya takdelah pernah terpikir nak tempah kasut khas untuk pakai kawen nanti. Ingat nak beli ready made jek. Tapi bila bukak site butik tu *klik sini* hati ni tiba-tiba teruja mahu menempah kasut.

Owh lupa nak bagitau, saiz kaki aku memang pelik. Lebar macma daun tapi pendek macam pensel kontot. Sungguh buruk. Dahla tu, saiz kaki besar sebelah. Aku memang selalu ada masalah kasut belah kiri longgar, kasut kanan ketat. Haih.

Jadi aku dengan mak pun melilau la mencari kedai Pengantin Melayu tersebut dan jumpa. Kedainya terletak kat atas Restoran Ani sup Utara cawangan Ampang Waterfront.

Ini business kad mereka.


Kalau nak beli kasut yang ready made pun ada. Nak beli kain lace, kain sutera, tanjak, tengkolok, baju melayu semua pun ada. Pelamin pun ada kau. Layanan memang tip top. Baik sangat owner kedai tu.


Harga tempahan kasut pun kira ok la. Bawah RM100. Err harga bawah RM100 tu kalau ikut design kasut aku la kot. Kalau kamu-kamu mahu kasut lebih glamer da boom yada yada aku tak pasti la pulak berapa. Tapi tentunya tak mahal sangat.

Aku tempah dua pasang kasut. Satu kasut nikah, satu kasut sanding. Asalnya nak tempah sepasang je kasut warna putih yang boleh dipakai untuk majlis nikah, sanding, dan bertandang. Jimat. Tapi tetiba owner kedai tu suggest aku buat kasut nikah guna material kain sampin songket Incik Tunang. Owh ye lupa pulak, aku hantar tempah baju nikah incik tunang kat kedai ni sekali. Then aku mintak diorang tolong jahit tepi kain sampin incik tunang. Tetiba diorang macam teruja tgk kain sampin tu. Kata diorang cantik dan akan menjadi sangat cantik kalau aku buat kasut. Nanti bila bergambar nampak sedondon la kasut aku dengan sampin incik tunang. Huhu..Hakikatnya aku tau itu adalah taktik marketing. Tapi bila mak terus nampak setuju, maka aku pun setuju je la. Dua pasang kasut weh..sape tak nak? Hehehe..


5. Survey bedroom set.
Alang-alang dah sampai ke Ampang Waterfront tu, kami terus survey bedroom set kat area situ jek. Memang kat situ banyak kedai perabot. Dulu masa adik lelaki aku kawen pun beli perabot kat situ jugak. Punyalah gigih masuk kedai keluar kedai, survey bagai-bagai akhirnya mak berkenan dengan set bedroom kat kedai yang pertama sekali kitorang masuk. Huhu..White bedroom set complete dengan katil, almari 5 kaki with top, dressing table yg sangat berbaloi, side table and kerusi solek harga bawah RM2300. Rasanya boleh tawar lagi tu. Nanti la bila betul-betul nak beli dah nanti mak nak mintak kurang lagi. Mana tau dapat harga RM2k? Huhuhu..

Tilam aku nak pakai tilam sedia ada jek. Rasa rugi jek beli tilam baru sebab tilam yang ada ni pun takdelah buruk lagi pun. Tilam bukan murah tau, paling cikai pun RM499! Owh rugi.

6. Aktiviti tiada dalam agenda. Hehehe.
Awalnya kami melilau ke Ampang Point. Mak nak ambil sunglass yang dia tempah last week. Lilau punya lilau punya lilau alih-alih terlalu depan Carlo Rino. Tetiba je mata macam tertumpu kat hand bag yang diorng display kat depannnnnn kedai. Uiks, macam cantik jek. Tengok harga jap. Uiks, takde mahal sangat. Ada less 40% lagi tu. Ish macam suka jek. Mak pun kata cantik.




Tak decide lagi nak beli ke tak hand bag tu tapi dah pusing-pusing keliling kedai cari kasut
yang matching. Hahahaha...Tetiba mak tunjuk satu kasut ni, owh catik. Heel pun tak tinggi sebab aku memang alergik pakai kasut tinggi-tinggi. Dan itu jugaklah salah satu reason kenapa aku tempah kasut nikah dan sanding aku tadi. Hehehe..



Harga kasut pun tak mahal. Harga tepek pun tak cecah RM100. Ada less 20% lagi tu. Owh memang dalam bajet aku. Hati terasa melonjak-lonjak nak beli dan mak dengan murah hatinya tolong bayarkan. Hehehe..

Nanti aku akan claim balik kat incik tunang. Yela, patotnya dia yang belikan sebab ini hantaran dia untuk aku. Tapi mak dah belikan dulu. Apa punya teknik da...

Satu lagi, kami sempat meyelit p kedai Pak Habib. Hehehe..Habib tengah sale ni. Aku pun belek-belek la cincin berlian yang ada..Owh sungguh rambang mata. Tapi taste aku bukanlah yang mahal harga dua tiga riban tu. Aku tau harga gitu berat untuk incik tunang. Aku mahu cincin yang harga bawah 1k jek. Biarlah tak cecah ribu pun tapi sentimental value tu la yang penting. Kan kan??

Dan yang bestnya aku jumpa cincin idaman kalbu. Owh sangat cantik cincin tu. Tambah cantik bila tersarung di jari manis aku. hahaha..perasan. Harga pun seperti yang dirancang. Harga asal RM1000 +++ la jugak tapi after less 40% jadilah bawah RM1000. Tapi aku taknak beli lagi sebab kami dapat tahu 29 April - 2 May nanti akan ada jualan Ekstravaganza. Time tu sale memang gila-gila dan banyak lagi design baru. Kalau sekarang cincin berlian sale 40%, masa jualan ekstravaganza nanti diskaun untuk cincin yang aku berkenan tu jadi 50%. Owh perbezaan 10% untuk cincin amatlah bernilai. Harus tunggu dengan tabah 29 April menjelang. Huhu..

Mak ai..panjang ek entri kali ni. Ni kira hapdet untuk seminggu. Nanti kena tunggu weekend akan datang pulak baru aku akan hapdet lagi. Hehehe

Minggu depan projek ke Nilai 3. Weeehooo..

p/s: mak ada kata nak bawak kami ke genting kota keriangan menghiburkan hati. Dapat tido sana satu malam jadila..*teruja*

1 comment:

  1. white bedroom set..???impian kalbuku..tp tak tertunan sbb harga kt sini 3k +++, tdk termsuk tilam..itu yg full solid la..

    so,lastly,kena redha..,beli yg warne coklat jerk..but full solid..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...