MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, April 23, 2010

PERLUKAN PENDAPAT KAMU-KAMU YANG COMEL LAGI BAIK HATI. hehehe

Hai Dear!

Aku tak tahu nak mula entri ni dari mana. Tadi aku dah taip panjang berjela pastu aku p delete. Ntah apa hal ntah aku ni. So bongek-bongek kena mula taip sekali lagi. Haih!

So aku tak mau mukadimah panjang-panjang. Kali ni aku nak citer pasal atucara majlis aku nanti.

Ini atucara Slot Tautan Kasih majlis aku nanti:


1.30 pm: ketibaan rombongan pengantin lelaki
1.40 pm: pengantin mengambil tempat di pelamin
1.45 pm: bacaan doa
1.50 pm: persembahan silat
2.10 pm: makan beradab
2.30 pm: majlis potong kek
2.45 pm: acara baling gula-gula
3.00 pm: sesi bergambar bersama keluarga kedua-dua pihak
3.30 pm: sesi beramah mesra dengan tetamu
4.00 pm: slot selesai..acara bebas


Amacam? Okey tak tentatif majlis aku? Ini semua angan-angan aku sorang je ni. Aku tak bincang dengan sape-sape pun. Huhuhu..Dasar "penjual ikan". Hahaha.

Tapi bila aku bagitahu kat abah yang aku mahukan persembahan silat untuk isi slot pukul 1.50 - 2.10 petang tu, omaigod...my dear abah tak setuju. Huhuhu..punah harapan ku.

Abah kata leceh kalau nak buat silat menyilat bawah khemah. Kalau tak kena gaya nanti mahu pelamin pun roboh sama kena silat. Hahaha..

Jadi bila aku pikir-pikir balik, hmmm betul jugak kata abah. Agak leceh nak buat silat. Denagn aku tak pernah jumpa penyilat-penyilat tu lagi, dengan takde rehearsal nya..owh memang ngeri untuk pikirkan risiko-risiko yang mungkin terjadi. Ada baiknya cancel kan terus. Jimat pun jimat. Hahaha.

Tapi nak gantikan dengan apa slot 20 minit tu???

Aku gantikan dengan acara merenjis okey tak?


ihsan: incik google

Mulanya aku memang tak plan nak ada acara renjis renjis dipilis ni. Tak tahulah kenapa aku tak nak. Tapi bila aku usulkan cadangan tu kat abah dan mak, mereka macam setuju. Jadi aku pun terus ter setuju sama. Huhu.

Cuma masalah aku sekarang, berapa ramai yang semolek-moleknya untuk merenjis aku dan incik tunang ni? 5 orang? 10 orang? 20 orang? berapa??

Satu lagi yang buat aku pening, siapa yang lebih patut kita dahulukan dalam merenjis ni? Pihak pengantin perempuan ke? Pengantin lelaki ke? Atau kita bahagi-bahagi sama rata sama adil?

Aku kalau nak buat acara renjis-renjis ni aku nak plan betul-betul. Aku nak senaraikan siap-siap nama mereka-mereka yang terpilih untuk merenjis dan berikan pada emcee. Untuk famili aku yang terpilih, aku akan bagitahu awal-awal supaya mereka get ready bila turn mereka nak sampai. Jadi takdelah kes yang dipanggil tak menyahut. Lebih malu kalau ada suara-suara belakang sambut kata "Pak Mat takde...dia dalam toilet!". "Mak Leha tengah sibuk dodoikan anaknya nak tido kat dalam tu!".

Owh sungguh aku tak mahu mencacatkan majlis sendiri. Huhu.

Untuk pihak lelaki rasanya takde masalah sangat sebab mereka memang dah sedia duduk molek-molek kat khemah pengantin. Jadi senang.

Cuma masalah aku sekarang itulah, sape yang patot aku letak dalam senarai merenjis ni?

Mak abah aku dan incik tunang tu confirmlah tersenarai. Pastu??

Pak sedara, mak sedara belah abah dan mak sudahlah ramai. Maklumlah, abah je ada 9 beradik. Maka aku ada 8 pakcik, dan 8 makcik sebelah abah. Mak pun camtu jugak, ada 9 beradik. Aku ada 7 pakcik dan 8 makcik sebelah mak. Tok Wan dan Tok aku lagi, adik beradik aku pun mesti teringin nak merenjis Yong mereka yang comel ni jugak. Owh sepupu aku lagi...Owh fenin.

Kawan-kawan yang membaca, tolonglah bagi pandangan kamu. Aku memang out nak pikir masalah ni.

Dengan masa yang cuma ada 20 minit, berapa ramai tetamu yang boleh merenjis aku? Dan siapa yang patot aku dahulukan untuk merenjis?


Tetiba risau pulak kalau ada yang tak dapat merenjis kecik ati dengan pengantin. Uwaaaaa!!!!!!

Tolonglah hamba yang sedang dalam dilema ini....huhu

Mekasih dear!

13 comments:

  1. alamak dear, kena wat tentatif ke???
    merenjis tu ok dah..leh amik pic dgn dorg gak kan..

    ReplyDelete
  2. dear, ni pendapat sy ye, hasil pemerhatian pada majlis2 saudara mara n kwn2..
    biasanya untuk renjis2 ni, ada dlm 12 org..n bahagi sama rata..6 dr pihak prmpn, 6 dr pihak lelaki..ok..dr pihak lelaki mybe xde masalah kan..tp dr pihak perempuan, awk kene tny2 dulu..coz, menurut pengalaman sy, pakcik2 ni jrg nak renjis2..biasa yg nak renjis2 ni makcik2..sepupu x pyh k..adik beradik pon x pyh..nt jd sejam pulak acara renjis2 tu..so, utk pihak awk nt, awk tny betul2 k sape yg nak renjis..utamakan yg palin tua antara mereka..ni kira penghormatan la utk mereka..=) sekadar pendapat je..b2b lain mesti ada pendapat lain kan..
    (hihi..komen pjg la pulak)

    ReplyDelete
  3. i thing dalam 15 or 20 person ok kot...
    n than mula ngan parent u pas 2 parent in low....
    pas 2 sedara u n than sedara hubby...senang kan....
    x la kelam kabut kan....senang...u catitkan senarai..pas 2 bg pada mc...
    bab nak mernjis 2...ok jer....sekali je kan kawin..:-)

    ReplyDelete
  4. first, kamu kena faham tujuan merenjis tu adalah utk gantikan slot 20 minit. jadi dalam makna yg sama, hanya 20 minit saje acara ganti tu. Jadi jgn meleret terlampau sgt pasal kamu ada tetamu lain yg datang dari jauh, nk jmp kamu, sanggup tunggu smp kamu sudah free. jadi demi menghormati tetamu lain, ada baiknya kamu berlaku seadil yg boleh terhadapa kaum keluarga dan tetamu lain. takmo la smp tetamu ngomel lama sangat merenjis.

    jadi berbalik pada soalan (sorry mukadimah panjang :P) bagi saya seeloknya kamu pilih senarai perenjis macma ni:-

    1. berpasangan- jgn panggil sorang demi sorang, akan makan masa. Biar panggil berpasangan, jimat masa dan saya suka tgk pasangan yg berpimpin tgn ke pelamin. macam sweet sgt org tua buat cam tu :D

    2. Dahulukan pasangan terhormat dalam keluarga. Biasanya diberi ikut Pak Long, Mak Ngah dan seterusnya. Begitu juga dgn keluarga belah lelaki. Ikut giliran mereka.

    3. Pastikan perenjis rela merenjis. saya pernah gi majlis, perenjis takmo merenjis, tapi kena paksa jadi dia takmo, jadi majlis tergendala pasal nk paksa dia merenjis. tak elok kat mata tetamu.

    4. Jangan adik beradik yg merenjis. semoleknya pasangan yang lebih tua dari kita pasal lepas diorang merenjis, kita akan salam diorang. jadi cam tak best kalau yg merenjis tu pulak yg cium tangan kita. (belajar ni masa wedding abg saya yg pertama bila saya dok gatal nk merenjis, tup2 bila fikir balik,--buruk gambar :P)

    Wan, mmg tak dapat nak elak kalau ada org kecik ati tak dapat merenjis. pasal tu keutamaan kita beri pada ahli keluarga paling tua. tak puas ati akan terjadi kalau ahli muda yg diberi sedangkan ahli yg lebih tua masih ada.

    rasanya, utk slot 20 minit, nak mencari org lagi merenjis, saya rasa 6-7 pasangan sudah cukup. kalau kamu buat style cam biasa org buat kat hotel dan dewan, org yg nak merenjis, diberi duduk kat satu kerusi khas, susun elok2 berhampiran dgn pelamin, so mudah nak panggil, tak perlu tercari-cari. tu lagi mudah kerja.

    pandangan saya aje melalu pemerhatian dan pengalaman sejemput :P hope this will help you

    ReplyDelete
  5. Oh, tambahan. berpasangan tu tak semestinya kena suami isteri. dlam kes suami takmo merenjis, isteri dia boleh pasangkan dengan makcik lain. biar berdua naik. cepat sikit habis. dan make sure pengapit kamu dapat assist makcik2 tu, yang mana kena tabur dulu (ni in case kalau takde person in charge kat atas pelamin. kadang2 ada sorang ahli keluarga yg diberi tugas usherer dan bagi bunga telur)

    ReplyDelete
  6. yong~ini hanya daripada pengalaman sy...selalunya merenjis dalam 10-15org belah lelaki....mak ayah pakcik makcik...kalau yg belah perempuan selalunyer tak ramai yg nak merenjis sbb sibuk dengan keje yang ada..hehehe....mcm majlis sy dulu..makcik2 merenjes jenuh kena paksa..hehehehe

    ReplyDelete
  7. Wah....terharu terharu atas feedback pantas kamu semua..thanks dear!

    farahfatihah - tentatif kna buat, nak tunjuk kat semua famili n emcee..tkt majlis tunggang terbalik.huhu

    ally - 12 org is better ye?owait..take note. Adik beradik tak perlu kan? Owait..thanks ally.=)

    acik gee comey - saya suka susunan yg awk bg tu..thanks k!

    Xora - wah...komen terpanjang.nak ucap thanks pjg2 jgk utk kamu.huhu..

    Xora, saya suka tips merenjis berduet tu..mmg boleh jimat masa. Tips adik bradik atau spupu spapat lebih muda tak perlu merenjis tu pun bgs..mmg nampak huduh skit kalau perenjis plk cium tgn pengantin kan?hehehe..

    Thanks xora!

    Cik Teratai - abah saya pun suruh utamakan pihak lelaki..tp saya rasa lebih adil kalau kita bagi sama rata.yang penting kena rela merenjis tkt nnt ada adegan seret menyeret ke pelamin.hahaha..

    neway thanks cik teratai!

    ReplyDelete
  8. xora kene wat 1 entry khas la pasal ni..hehe...makasih for the idea..sy suke..

    wan, 12 org ok je kot..rt2 sy tgk enough la 12 person for 20 minutes..=)

    ReplyDelete
  9. yong..mcm yang cik teratai kata..mcm majlis saye aritu pun..tepung tawar lebih pada family lelaki..sbb family perempuan dah berterabur..sibuk buat itu ini..memula mak ayah panten laki..pastu mak ayah panten pempuan..pastu sedara mara sebla lelaki..diikuti sape2 je yang sudi..makcik2 rewang ke..sampaila bunga rampai tu abis dah tade benda nak tabur..hihi..

    ReplyDelete
  10. ally - setuju! Xora kena buat satu entri untuk tajuk ni..Xora! Xora! Xora! =)


    Mrs Drac - sampai bunga rampai abis tu?mmg meriah sungguh majlis awk..ikut hati nak jgk cenggitu..ramai-ramai merenjis, tp kekangan masa dear...huhu..tp dpt dibayangkan meriahnya bila semua dpt peluang merenjis..smp ke makcik rewang pun dpt peluang sama. Awak sgt2 menghargai mereka..good!

    ReplyDelete
  11. tapinya kan yong..mase tu saye tak terpikir pasal kekangan masa...heheh..last2..saye potong kek mase orang dah tade..dan tak sempat tukar baju dlu..hihi..

    ReplyDelete
  12. Mrs Drac - xpela..kelam kabut pun masih ada yg indah utk dikenang kan? *Neves pikirkan majlis sendiri pulak ni.*

    ReplyDelete
  13. halamak.. nama ku sudah diseruuu!!! ahaha.. kena buat research dulu ni baru berani nak post topik :P iye iye, tunggu kamu nye majlis dulu Wan, lepas tu kamu bagi komen camne, then baru saya up topik :P boleh? adil gitttew!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...