MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, April 17, 2010

CERITA BEDROOM SET, BAJU NIKAH, KASUT NIKAH, DAN TUDUNG VISPERA

Sepanjang minggu ni merupakan minggu yang mencabar buat aku. Aku diduga lagi. Tak cukup-cukup dugaan menimpa diri sepanjang bertunang ni. Lepas satu, satu sampai aku pun tak tahu nak kata apa lagi.

Buat sekian kalinya incik tunang tak dapat pulang ke semenanjung. Ya. Tak dapat pulang. Aku malas nak tulis kat sini apa punca kenapa dia tak dibenarkan pulang. Sakit hati aku nanti. Yang pastinya incik tunang tak kan pulang sampailah 31 May nanti. Apa je yang boleh aku buat dengan dia time tu? Dia pulang 31 May, kami menikah 4 Jun. Memang tak dapat la merasa peluang nak berdating-dating, berdua-duaan sebagai tunangan. Ternyata, dating kat KLCC time ni merupakan dating kami yang terakhir untuk alam pertunangan ni.


November 2009...5 bulan tak jumpa weh.

Takpelah...redha je la. Mungkin ada hikmah sebalik semua ni.

Maka, tanapa tunang tersayang di sisi, aku teruskan persiapan nikah kawen aku. Minggu ni aku kena pegi booking bedroom set, jumpa Puan Vispera, amik baju nikah.

1. Booking bedroom set.
Yeaayy!! Aku dah jumpa white bedroom set idaman kalbu. Walaupun set tersebut tak semegah white set kat Famista, tapi aku puas hati. Tak perlu lah bedroom set megah-megah, bilik aku pun kecik molek jek. Bukan standard master bedroom pun. Jadi berpada-pada la. Tilam pun aku tak beli baru. Pakai je la tilam lama. Masih elok lagi. Sekarang ni pun aku tengah menaip entri atas tilam empuk aku. Tengok..masih lembut..toing!toing!toing!

Oh ye, bedroom set ni aku beli kat Kedai Tang Tat, Ampang Waterfront. Recommended.

2. Baju nikah.
Owh sungguh teruja nak tengok baju nikah aku siap sepenuhnya. Tapi malangnya masih belum siap. Tailor masih belum sempat jahit semua manik-manik pada baju. Agaknya banyak sangat kot manik yang nak dijahit, tu pasal la tak siap lagi. Huhuhu.

Tapi aku sempat la pegi tengok baju nikah aku tadi. Siap sempat try sekali lagi padahal dah try dah last week. Hahaha..gila teruja!

Minggu depan aku nak follow up lagi. Mintak-mintak siap lah baju nikah aku tu. Aminn..

3. Kasut nikah.
Omaigod!! Citer kasut nikah ni memang ngeri. Aku pegilah ke butik Pengantin Melayu kat Ampang Waterfront untuk amik kasut nikah and sanding aku sebab owner butik kata kasut aku dah siap. Maka berkobar-kobarlah aku ni nak tengok kasut aku tu.

Sekali tengok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
Umangggg aiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini kasut ke sampan???

Gila besar!

Weh, aku tau la badan aku kategori bukan slim *tamau kata gemok.huhu*. Tapi takkan sampai kasut pun dah macam kasut gergasi dah ha.

Saiz 10 weh! S.E.P.U.L.U.H

Hok oloh.

Selama ni kalau aku beli kasut kat mana-mana kedai kasut pun tak pernah lagi aku beli saiz melebihi saiz 8. Standard kaki aku saiz 7. Kadang-kadang 6. Kalau kasut bowling saiz 4. Slim je kaki aku ni. Takdelah sampai saiz 10!

Owh rupanya rupanya ada miscommunication antara owner kedai *dia yang ukur kaki aku masa tempah aritu* dengan pekerja diorang a.k.a tukang buat kasut. Nasib baik diorang kata nak betulkan kasut aku tu. Camne cara dia nak betulkan tu aku malas nak amik tau sangat. Dia nak kerat kasut ke, nak koyak kasut ke, nak buat semula ke..I don't care. Aku tau minggu depan kasut aku siap. Bayar mahal ni...*even bkn aku yang bayar.hahahah*

Owh ada satu tips, kepada b2b yang masih cari kasut nikah/sanding/bertandang, bolehlah maju ke Butik Pengantin Melayu ni. Kat sini ada banyak kasut ready made yang santek-santek. Paling penting morahhh! Tadi mak aku sempat tanya bape harga sepasang kasut songket kaler hitam silver. Tau bape harganya??? RM35 je hokey? Murah kan?

Jadi sila la singgah. *promote tanpa sebarang komisen*


4. Jumpa Pn. Vispera
Sampai ke hari ini aku masih bersyukur atas tajaan tudung nikah daripada Vispera. Sangat syukur. Sapelah nak bagi tudung cantik-cantik secara percuma weh? Huhu..

Maka hari ni aku pegi jumpa Pn. Vispera untuk bincang tentang design tudung dan veil nikah aku nanti. Mulanya plan nak jumpa kat Jusco Maluri, alih-alih Puan Vispera mintak aku terus ke rumah beliau jek. Nasib lah aku memang familiar area situ. Kalau tak sesat larat la jawabnya. Haha.

Hmmm..Puan Vispera (PV) ni memangla sangat baik, peramah, comel pulak tu. Ini bukan bodek ye, tapi memang realiti. Hehehe..Beliau akan sentiasa tolong untuk bagi pendapat tentang design tudung yang camne kita suka, amik kira pandangan kita, keinginan kita dalam sesi perbincangan tersebut.

Dan oleh sebab PV sudi nak hadiahkan tudung dan veil ni secara percuma, maka aku pun taknaklah banyak sangat songeh. Lagipun aku ni bukan reti sangat nak design-design ni. Aku ikut jek. Apa yang cantik untuk aku, aku pakai jek. Ada orang baik hati nak taja tudung pun dah kira bertuah badan comey montel ni dah. Huhuhu.

Lepas bincang-bincang pot pet pot pet barang beberapa ketika, akhirnya aku dah jumpa tudung dan veil idaman aku. Walaupun bukan design terbaru ke apa ke tapi aku cukup puas hati. Sangat cantik pada mata dan jiwa aku. Paling penting mampu membuatkan aku verangan jadi puteri pada hari nikah nanti. Hahahahaha..perasan tak hengat!

Err nak tgk?? Sikit je boleh la ek...

Tada....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ngeee...sipi-sipi je cukuplah. Dapatkan gambaran je. Hehehe..

Tapi serius koleksi tudung Vispera memang lah tersangat santek. Memang boleh rambang mata. Tak percaya? Sila ke sini. Tengoklah dengan mata kepala kamu sendiri. Pasti terpegun.

Cuma aku tak pasti berapa harga yang PV amik untuk tempahan. Nak tanya tadi..tapi segan. Ngeee...


Hokey gurls, cukuplah sampai sini je. Aku sudah keletihan. Incik tunang pun sepanjang hari membizi dengan latihan menembak. Kejap tadi aku call dia kata dia tengah ada latihan bom plak. Hadoi!! Inilah padahnya bertunang dgn tentera. M16 dan bom tangan itu umpama kekasih hati pengarang jantung beliau. Aku??? Tak ubah macam jantung pisang je agaknya..Huhuhu..


Daaa!

8 comments:

  1. hye awk..bestnye dpt buat tudung n veil free ngan PV.serius cantek tudung yg awk tunjuk tu..even sipi2 jer..hehe..
    awk..kite sama..bakal suami tentera..tp en tunang sy navy..pon tak jmp dh lama..sob..sob..sama2lah kite sabar..

    ReplyDelete
  2. heehee selamat membuat persiapan yuk ;)

    ReplyDelete
  3. Hana Yoriee - sama ek?beginilah nasib bertunang dgn abg tentera..huhu..sabor je la..

    Neway thanks ats pujian tudung itu. Credit to Vispera seharusnya.=)

    dd dudu - selamat ya yuk!

    ReplyDelete
  4. huhu..
    chanteknya tudung tue...
    shalin lom beli tudung n veil
    sbb dak tak ingat mcm mana rupa beju nikah
    huhu
    siannnya tak dapat jumpe tunang,tapi tak pe..bile nikah nanti pasti akan jadi indah..sabar tau

    ReplyDelete
  5. suka! suka! suka! dan suka! sekiannnn.... ehehe... :)

    ReplyDelete
  6. suke sgt tudung nikah tuh chanteq! =)

    ReplyDelete
  7. cantik nya tudung tu. vispera ni kedai dia kat mane ye?

    ReplyDelete
  8. Shalin - thanks ats kata-kata smgt itu..huhu

    Leonora Halim - hehehe..mcm bg ucapan.hehe

    Harizah - me too..suka jgk!=)

    schmellow - setahu saya Vispera ni blom ada kedai tetap lg..mereka beroperasi secara online..sila klik link "vispera" tu untuk keterangan lanjut ye.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...