MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, April 4, 2010

INAI..TESTING TESTING 1 2 3

Arini banyak pulak aku terbaca entri tentang pemakaian inai oleh kawan-kawan bloggers. Macam citer ada, ada yang pakai curik-curik kat opis dan hasilnya merah menyala..cantik. Ada jugak yang punya cerita sedih, kulit jari mengelupas akibat pemakaian inai yang tak sesuai. Terkedu jugak. Tak pernah lagi aku dengar citer kulit mengelupas bila pakai inai tiub. Mungkin inai tu banyak kandungan kimia kot. So b2b sekalian kena lebih berhati-hati dalam pemilihan inai, termasuklah aku. Huhu.

Masa kecik-kecik dulu aku memang peminat fanatik berinai. Pantang ada orang kawen memang aku la tumpang menyibuk nak berinai sama. Kadang tu musim orang tak kawen pun aku sibuk petik daun inai jiran sebelah, pastu tumbuk-tumbuk inai tu sendiri sampai lumat pastu gigih la pakai kat jari semalaman. Comot-momot pun aku tak kisah janji aku dapat verangan jadi pengantin. Hahaha.

Tapi entah kenapa sampai satu masa, tak ingat umur bape, rasanya dalam 12 tahun kot aku macam nak pencen dari hobi berinai tak tentu masa ni. Aku pernah janji dengan diri sendiri yang aku takkan pakai inai selagi aku tak kawen. Yang kagumnya aku berjaya tepati janji aku sampailah aku mungkiri janji aku pada hari ini. Hahaha..

Yup, hari ni aku dengan gatal jari dan hati teringin nak mencuba inai tiub tu. Aku nak cuba tengok samada warnanya cantik atau tak kat jari aku. Mana tau kulit aku pun alergik dengan inai tiub ke..senang kalo dpt detect awal.

Nak cari inai pun tak susah. Dalam umah aku ni memang boleh kata tiap masa ada inai tiub sebab mama memang suka inaikan jari kaki dia atau rambut untuk tutup uban. Hehehe. So ada belen-belen inai lebih tu aku rembat la.

Ini inai lebih-lebih yang ada dalam umah. Mama kata dia beli kat Mydin. Harga RM1.50 jek setiub. Murah. Jimat.



Pakai kejap jek..dalam 15 minit. Sambil layan ABP. Huhu..


Pakai kat kuku jek. Hajat hati memang nak pakai dengan kulit-kulit jari sekali tapi risau kang banyak pulak soklan cepukmas dari anak murid nape cikgu tetiba berinai satu jari pulak. Jadi ada baiknya aku pakai kat kuku jek dulu.


Dan hasilnya..



Hmmm..merah tu memang merah tapi tak sekata. Tak tahulah kalau aku yang tak reti pakai. Hahaha..

So aku nak tengok dalam seminggu ni warna inai ni tahan ke tak. Kalau agak-agak esok pun dah bertukar jadi warna oren, memang nan ado la aku pakai inai tiub ni. Aku pilih pakai inai daun macam zaman kecik-kecik dulu. Mama pun dah sanggup nak tebalkan muka amik daun inai kat halaman rumah jiran. Huhu..

Minggu depan aku nak cuba pakai inai daun pulak. Nak tengok sejauh mana terbaboom yada yada hasilnya. Kalau inai daun pun tak bape best, aku nak kirim inai Mekah la kat mak. Mak kan nak g umrah bulan depan. Ngeee...

Kawan-kawan blogger kalau ada cadangan bernas untuk inai ni sharing sharing la yek?

Daaa....

9 comments:

  1. yong, inai dia kena coat mcm rata2 la, baru sekata, then kalau ibu jari kene lama sikit pasal kuku dia tebal (baru siap thesis bertajuk inai, hahaha)

    ReplyDelete
  2. Yong~dari pengalaman sy..ms sy nikah hari tu..sy pun pakai inai tiub...tapi kwn2 bg tau colour dia mmg tak tahan lama...bila dah 2 minggu inai dah jadi oren...so sy pakai inai pokok n than sy pakai inai tiub plak (pakai tiub dulu baru pakai inai pokok pun ok....)...so sampai skrg warna tu still cantikkk....

    ReplyDelete
  3. pakai inai curik2 kat opis..ada org lain tak selain saye?ngeheheheh=p

    ReplyDelete
  4. bila pakai inai tiub nie,sapu dengan berus tuk water colour tu..picit kat jari inai tiub tu,pastu ratakan dengan berus water colour,baru sekata.. :-)

    ReplyDelete
  5. pakai inai tiub nie..nak sekata...
    guna berus tuk water calour btol kata nadeera...ramai yang cakap cam 2..:-)

    ReplyDelete
  6. oooo...patotla inai saya x sekata..main tenyeh tenyeh sukati je smlm.huhu..neway thanks for the info!

    =)

    ReplyDelete
  7. wana...inai tu mmg merah..tapi cepat abeh laa..better pakai inai tumbuk ...

    ReplyDelete
  8. Babe...better u pakai inai daun yg asli tu. pengalaman sy hr tu warna dia xsekata, kene touch up lagi dan skrg ni pun hilang pun tak sekata :P ekekke comot je rupa dia..

    Good luck :)

    ReplyDelete
  9. Wah..byk sungguh petua petua dan tips dari kesayangan kesayangan hamba..very the terima kasih. Maka kesimpulannya its better ti use inai tumbuk ek? Kalau nak guna inai tiub, kena sapu rata-rata guna berus water color something like that.

    Tapi kalau nak guna inai tumbuk, ada tak petua camne nak bg inai tu merah menyala? Ada kena campurkan pape x? My mama said campurkan dgn gambir...huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...