MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 25, 2011

34 Minggu Dah Rupanya....

Ohhh minggu ni dah masuk 34 minggu. Sangat pantas dan pintas masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 8 bulan setengah kendong anak dalam perut ni. Tak lama lagi insyaallah boleh kendong dalam dakapan pulak. Ohhh tak sabar pulak rasa.


34 minggu...apa hapdet??


1. Doktor kata baby dah berada pada kedudukan yang betul. Maknanya insyaallah baby takkan berpusing-pusing lagi dah. Kepala memang dah kat bawah, kaki dah kat atas. Sekarang ni kalau baby tendang-tendang memang akan senak bahagian pusat sampai dada. Kuat kau kaki budak ni.

2. Kadang bila duduk depan cermin, aku perasan perut aku menyenget sikit. Ada masa pusat aku tak center lagi dah. Perut berat ke arah kanan. Memang dari awal-awal hamil lagi aku perasan anak aku ni memang parking belah kanan. Ada yang kata kalau anak duduk belah kanan perut tandanya baby girl. Tettttt.


3. Semalam, aku mengalami sakit bawah perut sampai aku jadi susah nak berdiri apalagi berjalan even dua tiga langkah pun.Time tu kami laki bini pucat lesi jugaklah sekejap. Salah aku jugak kot sebab pagi semalam aku berjalan kaki secara laju dari Klinik A ke Klinik B yang jaraknya boleh tahan jauh jugaklah bagi ibu mengandung macam aku. Balik rumah baru terasa sakit bawah perut. Tapi baby bergerak aktif macam biasa serupa takde apa-apa yang berlaku kat dalam tu.

Dia tak tahu yang mama n abah dia ni dah cuak seribu macam sampai aku telefon klinik kesihatan yang selalu aku buat check up untuk tanya apa yang patot aku buat time tu. Nurse kata, kalau ada bleeding even setitik pun cepat-cepat pergi hospital. Kalau sakit makin bertambah pun cepat-cepat pergi hospital. Alhamdulillah lepas suami zikir-zikir kat perut sampai aku tertido, bangun tido rasa sakit makin berkurang. Cuma kadang rasa macam kepala baby dah turun ke bawah, itu yang buat aku selalu senak-senak bawah perut. Hopefully aku tak pape.


4. Tadi baru selesai submit borang cuti bersalin dan borang cuti rehat khas (CRK) pada pengetua. Kalau takde apa aral melintang insyaallah Jumaat minggu depan aku akan terbang balik KL. Aku mohon cuti bersalin 90 hari, kalau lulus..maka aku akan bercuti sampai pertengahan bulan Mac 2012. Yabedabedu!!!


5. Sekarang memang dah stop beli baby stuff. Entahlah..tentiba dah takde nafsu nak beli barang baby dah. Eh tak tahu dah takde nafsu ke dah takde duit sebenarnya ni. Haha! Takpelah..rasanya barang-barang penting dan asas untuk sambut baby 90% dah ada. Yang 10% lagi tu nanti ingat nak beli kat KL je. Lagipun sejak-sejak last scan doktor kata baby maybe girl, terus hati jadi takut nak beli barang baby banyak-banyak dah. Just wait n see je la. Kalau betul girl, lepas bersalin nanti mama borong baju pinky pinky girlie girlie untuk kamu ya baby?


6. Sekarang dah mula sibuk tanya pakcik google tentang persiapan dalam labour room. Segala mak nenek teknik pernafasan, cara meneran, doa-doa ketika bersalin semua tu. Jenuh jugak rupanya nak lekat semuanya dalam kepala ni. Aku takut tengah-tengah sakit-sakit panik apa semua masa nak bersalin nanti semua ilmu yang pakcik google bagi tu aku lupa. Heh.


7. Hospital bersalin pilihan??

Aku rasa aku dah sebulat hati nak bersalin di Hospital Ampang je. Tengok review-review dari bekas patient kat sana...nampaknya hospital tu ok. Layanan nurse pun tip top. Keadaan wad pun selesa. Even wad kelas dua pun diorang kata dah selesa macam wad kelas satu.

Paling penting kat situ husband boleh teman masa bersalin. Itu kriteria utama aku tu. Incik suami pun bersemangat waja nak teman aku masa bersalin nanti nampaknya. Kebal darah katanya....tengok je nanti. Heh.


8. Sebabkan minggu depan last week sekolah untuk tahun ni *untuk diri aku la*, maka banyak tugas-tugas, kerja-kerja tertunggak yang kena aku selesaikan. Ada lebih kurang 8 hari lagi sebelum mula bercuti.


Mana nak tanda paper exam budak??

Mana nak buat kelas tambahan untuk budak siapkan projek skirt diorang??

Mana nak kemas meja yang dah macam kilang kertas dah ni??

Oooohhhh kad laporan 001 budak yang tak habis hapdet lagi.

Nak kemas bilik disiplin yang dah macam takde disiplin dah aku tengok. Bersepahhh!




Paling tak boleh blah..tentiba ada cikgu tanya aku tadi..

"Wan, ada dapat surat arahan untuk pergi perkhemahan tak pada 1 hingga 3 haribulan depan??"


What????!!!

Camping???

Dengan perut memboyot 35 minggu ni??


Fengggsaaannnn!!

3 comments:

  1. kalo bersalin kat Ampang Spital tu nanti, hapdet la blog ye.. kalo rajin bole jgk akak blogger ni dtg jenguk baby.. he he.. dekat ngan umah akak tu!!!

    ReplyDelete
  2. kita due same la...8/12...heehheee...
    ambik cuti brsalin 90 ari eh..tp awat smpai prtengahan bln 3...kalo kira2 dr bln 11, 90 ari tu smpai bln 1 je kn...
    35 mggu blh naik flght lg ke...

    ReplyDelete
  3. Anon..cuti bersalin saya dikira dari tarikh due date @ tarikh bersalin. Saya tak amik cuti bersalin awal..yang boleh balik awal ni sebab guna cuti tahunan + mc + cuti sekolah..untung jugak keje cikgu ni..hehe.


    wifenavy...Insyaallah akan hapdet. Seronok jugak dpt jumpa geng blogger kat spital kan?=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...