MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, November 23, 2011

14 Hari Lagi......

Fuh! Fuh!

2 minggu lagi nak sampai ke due date.

Berkecamuk je rasa hati memikirkan saat melahirkan.

Tambah risau bila semalam aku mengalami simptom muntah-muntah sebanyak TIGA KALI!!

Makan breakfast...muntah. Habis keluar balik segala air milo, nasik lemak semua.

Petang sikit..makan soto. Makan pun sikit je sebab takut muntah lagi. Sekali...memang muntah pun. Bertabur la nasik-nasik impit semua tu.

Badan dah mula longlai. Abis satu makanan pun tak dapat dihadam hari ni. Hati mula risaukan baby kat dalam. Kelaparan lah anak aku hari ni nampaknya. Kesian sangat.

Mak pesan, cuba makan nasik panas-panas. Makan dengan telur goreng pun takpe. Jangan makan benda-benda merapu, yang banyak rempah, yang pedas apa semua dulu.

Baiklah..malamnya, gigih jugak masak nasik and goreng telur. Harap kali ni okeylah. Bolehlah dihadam makanan tu untuk sampai pada baby kesayangan kat dalam perut ni.


Makan dalam jam 9 malam.

Masuk jam 10..steady lagi. Tapi tekak dah mula mual-mual.

Jam 11...masih boleh tahan walaupun sakit kepala dah mula masuk dalam pakej.

Jam 12..aku dah tak boleh blah..sembang cong ceng cong ceng sekejap dengan incik suami, terus nak masuk tido. Itu pun kemain menyeksa nak lelap.

Sekaliiii....

Jam 1 pagi aku terjaga.

Badan memang lemah.

Terasa ada angin tolak-tolak dalam dada,

Tekak mula meloya.

Dan akhirnya..

Memang aku muntah jugak buat kali ketiga. Bila tengok sisa-sisa muntah sendiri sedih sangat sebab tahu sepanjang hari memang apa pun tak masuk dalam perut.

Kesiannya pada baby Aidi..

Hari ni aku dah jadi fobia nak makan. Takur muntah lagi. Sakit ooii muntah-muntah.

Yang terkini...sakit baru yang masuk dalam pakej adalah ketidakselessaan perut.

Anak aku kat dalam asiklah terlompat-lompat. Kelaparan ke apa aku pun tak tahu. Puas la memujuk supaya duduk diam-diam sikit..hurmmm.

Kadang aku rasa perut memulas-mulas macam nak buang air besar.


Kalau nasib baik, memang itu tanda aku nak membuang. Kalau nasib tak baik, berteleku lah engkau kat dalam jamban tu tanpa sebarang hasil. Haha.


Tentiba aku terpikir..


Aku dah nak bersalin ke?


Tapi belum ada pape tanda-tanda lagi. Bleeding takde, stain blood pun takde, leaking pun tidak, contraction pun tak rasa lagi.


Sebenarnya aku pun tak pasti sakit contraction tu camne rasanya.


Help! Help!

5 comments:

  1. risau lak bace..tak pernah tau pulak simptom macam ni..take care yer..

    ReplyDelete
  2. beberapa hari sebelum saya bersalin saya demam skit selesema sikit. bbdan tak sihat.maybe kot awak nak bersalin dah eehehh

    ReplyDelete
  3. hi mommy...semoga semuanya selamat yer....amin...! bestnye dah nak dpt baby....yeay!

    ReplyDelete
  4. Doa tulus daripada JR: semoga semuanya selamat dilindungi Allah, aminnn...

    Entri terbaru di blog JR:

    Menang Bola: Setiap Pemain Malaysia Dapat RM85 Juta

    ReplyDelete
  5. hi..moga selamat sumenya..mcm zuzu ngam2 40 weeks baby kuar..amalkan baca doa nabi yunus ye..contraction tu rasa sakit perut yg teramat sgt. mcm sakit period tp ni berganda2 sakitnya..insyaAllah bila baby dh kuar nanti rasa sakit sume hilang ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...