MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, November 5, 2011

Ada di KL Sudah....

Cer teka kat mana aku sekarang??


Cer teka cer teka...

Hehe..

Alhamdulillah jam 8 malam tadi aku dan baby Aidi dah selamat mendarat kat KLIA. Bila kapten flight umumkan "we're safely arrived at KLIA......", aku punyalah syukur alhamdulillah...lega hati Tuhan je tahu.


Baby Aidi pulak macam biasalah..kata anak aku kan, mendengar kata kekdahnya. Aku dah berhari-hari jugak dok zikir-zikir kat perut ni bagitahu kat baby yang dia akan naik flight balik KL tak lama lagi. Jadi jangan nakal-nakal dalam perut mama, duduk tido diam-diam, jangan nak mintak bukan-bukan masa dalam kapal terbang...heh, yelah..buatnya tengah elok di awan biru sang anak menjerit mintak air kelapa segelas ke apa ke..mana kau nak petik buah kelapa kat langit nun? Haha.


Dan alhamdulillah..baby behave sepanjang penerbangan. Masa nak berlepas tu tangan aku tak lepas la ampu perut, takut anak gayat kekdahnya. Mulut pulak dok kumat kamit baca selawat..punyalah seriau anak menangis kat dalam. Huhu..

Bila dah selamat kat atas nun..signal bukak seat belt pun dah keluar..kurang sikit risau aku. Naik pulak MAS yang tenty-tentu akan dihidang makan macam-macam..ohh memang heaven. Abis makan, borak-borak sakan pulak dengan mak sampai dua-dua melena tido.


Baby Aidi buat apa??


Beliau adalah tido sepanjang jalan. Tapi kadang-kadang baby dok ekk ekkk ekkk jugaklah bergerak-gerak kat dalam perut ni. Membetulkan kedudukan gamaknya. Bagus jugak gitu, kalau tido sepanjang jalan tak bergerak-gerak pun aku seriau jugak. Kang mulalah asik nak mencari heart beat baby je kang.


Jadinya sekarang aku dah selamat sampai KL. Malam ni tido kat umah mak kat Subang dulu. Esok baru balik Ampang. Lusa dah nak raya..weehoooo!!


Tapi mengenangkan incik suami peliharaan yang terpaksa ditinggalkan sekejap di Labuan tu..runtun pulak rasa hati. Sebelum ke airport tadi sempatalah aku gorengkan keropok mony satu balang buat kudapan incik suami waktu lapang sambil tengok gusti. Itu je yang larat aku sediakan. Serius sekarang badan adalah sedikit lemah. Kaki asik nak membengkak je taknak kalah. Sebijik kaki gajah dah kaki aku ni.

Tak percaya??


Tengok ni..


3 comments:

  1. Teruk juga ye bgkak kaki awak.... kaki sy still x bgkak lg...mybe lmbat lg bby nk kuar

    ReplyDelete
  2. http://lynda-mylife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Farhanna..itulah..2 3 hari ni kaki memang dah start bengkak teruk. Sandal sampai dah x muat dah..sebelum ni kaki maintain je slim.haha..


    Lynda...akan singgah..thanks drop link.=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...