MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, November 13, 2011

Memboyot Pun Tetap Bizi Di hari Kenduri

Alhamdulillah..

Akhirnya selesai jugak wedding cousin kesayangan Athirah1881. Pheww! Lega. Heh macam aku pulak yang pengantinnya kemain lega lagi.

Malam nak nikah tu, pengantin offer aku tido sama beliau kat hotel. Aku pun melaju je la kan..tido hotel kan? Dengan bakal pengantin pulak tu..siapa tak nak? Spesel what? Jadi dengan perut memboyot-boyot ni aku hangkut badan pegi tido hotel. Hotel taraf bintang-bintang pulak tu..selesa bukan main sampai Aidi dalam perut pun tido melena sampai subuh. Paling tak boleh tahan, pengantin tido mimpi apa ntah sampai tengkuk aku dipeluknya time tido. Coi!!



Pasangan pengantin bersama hantaran kedua-dua belah pihak. Pssttt..kamu nampak tak mak buyong berjubah hitam kat belakang nun?? Menyibokkkkkk aje!


Majlis nikah pada 11/11/11 berjalan lancar. Kira selamat lah Athirah ni jadi isteri orang dah. Majlis besarnya buat esok hari kat Taman Tasik Manjalara, Kepong. Hamboiii kemain garden wedding lagi kau. Tak pernah ada famili buat wedding kat garden lagi, inilah perintisnya. Lepas tu pakcik makcik sedara mara semua menitis-nitits peluh nak set up lokasi wedding. Ist time katakan...kelam kelibut masing-masing. Tapi muka tetap ceria. Terutama aku. Hoho.



Kata aku tukang jaga guestbook table, jadi haruslah aku orang pertama conteng guestbook tu. First page kau ucapan aku. Kerlasss!! Haha


Mula bertugas...mula bertugas. Lepas majlis pengantin komen kata aku jalankan tugas dengan cemerlang sebab hampir nak habis muka surat dalam guestbook tu. Promosi harus baaikk punya. Eh, abaikan je la pemandangan yang banyak tak senonoh dari senonoh kat belakang tu ye. Punggung siapalah yang tertonggek elok kat situ. Muahaha!





Tengok mak buyong ni, orang bergambar pandang kamera sini, kau pandang ke sana apa hal pulak ntah lah. Yang penting semua sedara mara..baju harus ikut tema majlis. Meriah uolss!!




Eh cup cup!!

Asik gambar aku je aku tepek kan? Kalau cun takpe jugak. Mana ke gambar pengantinnya??

Hehe.

Ada..ada..

Ni pengantin baru sampai ni.


Pakaian ala-ala western gitu. Yolah..garden wedding kan? Kang nak bertanjak bersamping bercucuk sanggul bagai macam kurang kena pulak. Jadi pengantin pilih pakai pakaian western gitu. Cun!!




Bersanding time. Pelamin pun sweet cuma background pelamin and kerusi dah sama kaler dengan attire pengantin. Nasib baik pengantin cun, jadi kerusi dan background adalah diabaikan. Haha!





Potong kek..ketiga-tiga tingkat kek masih elok ada kat rumah aku. Elok pengantin bawaklah kek tu pegi sekolah, boleh jugak cikgu-cikgi dan anak murid beliau sama-sama merasa. Letak kat rumah Ampang ni..hmmm..mahu sampai pengantin mengandung pun kek tu ada lagi sini. Haha!




Majlis habis memang ngam-ngam elok je. Dalam kul 4 tu tetamu dah mula beransur kurang. Katerer pun dah mula lipat-lipat meja tapi aku tetap amik pinggan cedok nasik cedok lauk nak makan lagi buat kali kedua.

Haha!!

Ini pertama kali aku makan nasik kenduri sampai dua kali.

Ate membawak budak katakan..lapau je manjang. Heh.


Habis majlis sempat lah pulak kitorang yang bertugas sepanjang majlis ni pulak menggedik bergambar.

Muka letih, badan penat..tapi senyum tetap maintain sampai telinga. Heh.






Bersama adik perempuan kesayangan. Kain baju kami sama..Mak beli pakej..buy 1 set, get 1 set for free. Haha!!



Kesimpulannya majlis perkahwinan Athirah & Eddie berjalan lancar dan meriah walaupun pagi sampai tengah hari tu hujan turun melebat tak hengat.

Pengantin siap call aku suruh bawak lesung batu pergi tapak majlis.

Bila ditanya nak buat apa lesung batu??

Katanya nak rebus...nak bagi hujan berhenti!


Pernah dengar tak petua tu?



Aku??


Tak pernah.


Heh.

2 comments:

  1. mama yong sgt comel bawa perut....

    ReplyDelete
  2. bersemangat yer pn Yong dgn perut yg sarat... bagus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...