MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, November 18, 2011

Kena Refer Ke Hospital....Nee Nooo Neee Nooo..

Semalam pergi check up kat klinik macam biasa. Kali ni ada appointment doktor. Jadi hazab sikitlah nak menunggu turn. Kalau minggu lepas setengah jam je dah setel semua. Semalam dua jam baru selesai semua urusan. Lotih den!!

Paling kesian adalah mama. Kesian mama asik kenalah meneman mak buyong ni ke sana ke mari. Punya bosan gamaknya menunggu sampai jadi gini orang tua tu..







TERTIDO!!


Alahai siannya kat Pah Ma ye Aidi?


Check up semalam ada berita yang merisaukan sikit hati aku ni.

Doktor kata kepala baby belum engaged sepenuhnya. Maknanya kepala baby memang dah turun ke bawah tapi belum betul-betul turun habis. Masih boleh ditolak-tolak naik ke atas balik. Jadi itu adalah merisaukan. Kata doktor, sepatutnya 37 minggu gini kepala baby dah engaged dah.

Jadi bila doktor kata gitu....agak-agak mampu ke tidak aku nak senyum?

Haruslah tak. Terus buat muka risau okey. Risau keadaan anak dalam perut ni.

Terus doktor kat klinik kesihatan tulis surat suruh aku refer ke hospital Ampang untuk further check-up. Kena pergi hospital secepat mungkin. ikut hati lepas selesai urusan kat KK aku nak terus zass ke hospital je terus, tapi sebab dah tengah hari, badan pun dah letih menunggu turn dari tadi, kesian kat mama lagi dah bosan berlama-lama kat klinik..jadi takpelah, pagi esok je la pergi. Maknanya pagi ni la.


Jadi sepanjang hari semalam gigihlah aku pujuk anak dalam perut ni supaya turun ke bawah. Sebelum ni asik la dok pujuk anak supaya tunggu abahnya balik 25hb nanti barulah lahir..tak mau anak lahir sekarang. Rasa macam kesian sangat melahirkan anak tanpa suami di sisi. Huhu.


Alih-alih sekarang dok becok suruh anak turun ke bawah pulak. Aku rasa Aidi kat dalam ni pun dah konpius dengan arahan mama dia. Kejap suruh tunggu abah..kejap suruh turun bawah sekarang jugak. Hehe..kesianlah kamu anak dapat mama serupa gini. Huhu.


Jadi pagi tadi berbondong lagilah aku ke hospital Ampang pulak. Dengan siapa? Dengan mama la siapa lagi. Mama siap berbaju kurung cantik macam nak pergi beraya. Aku jugak yang lekeh..pakai baju amik ada je. Janji tak berbogel sudah. Boleh?


Doktor yang in charge aku tadi alahaaaiiii baiknya budi pekerti. Lemah lembut serupa kapas. Cantik molek pulak tu orangnya. Heh sempaaat lagi aku dok telek kecantikan doktor. Haha.

Doktor scan baby.


Pastu dia rasa-rasa kepala baby kat bahagia bawah perut. Terasa macam doktor pegang bahagian miss V sikit.

Doktor kata...yep, baby memang dah engaged, tapi tak engaged habis lagi.


Sama macam apa yang doktor kat klinik kesihatan semalam cakap.


DOktor kata lagi..tak perlu risau sangat. Baby baru 37 minggu. Ada masa lagi 3 minggu untuk baby turun.

Kalau kata aku dah terasa nak bersalin nanti, doktor akan check kedudukan kepala baby sekali lagi selain check bukaan rahim.

Kalau semua dah okey..boleh aku bersalin normal.


Tapi kalau kata kepala baby masih belum turun habis jugak lagi..mungkin doktor akan guna kaedah vakum untuk keluarkan baby.


Paling ngeri..

Kalau baby masih lagi terapung dalam perut...takde jalan lain dah la.


Baby terpaksa keluar ikut tingkap.


Hoho!!


Tapi naluri keibuan aku mengatakan kepala anak akan turun sepenuhnya beberapa hari lagi.

Aidi anak baik..anak dengar kata.

Aku tahu...Aidi akan turun ke bawah tak lama lagi.

Sekarang pun aku dah rasa kosong bahagian bawah dada. Yang penuh cuma bahagian tengah perut ke bawah.


Itu tandanya sang anak tengah slowly gelongsor turun ke bawah.



Perut semalam...macam dah turun sikit kan? eh ke aku yang perasan. Huhu





Chaiyok anak mama!! Chaiyok! Chaiyok!!

4 comments:

  1. pn yong wish u ok.. bnayak2 kan berjalan,n exercise posisi berdiri mcm nk mencgkung tp x..

    ReplyDelete
  2. walau saye tak de pengelaman langsung..tapi ley nampak macam yang awak cakap tu.. nampak dah kat bawah perut tu...macam bawah jer penuh..

    ReplyDelete
  3. wahh! semoga aidi dengar cakap mama tu:)

    ReplyDelete
  4. sabar ye wan.. insyaallah.. nnt die turun la tu.. kt mama suruh tunggu abah balik dulu kan.. =) kite ari tu ngam2 39 minggu baru bersalin.. pg pegi scan kat KK Pd, doctor pun x ckp bby dh engaged.. tau2 je mlm dh kn admitted.. huhuhu~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...