MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, November 28, 2011

10 Hari Lagi....

Hari ni dah 28 November 2011. Makna kata tinggal ngam-ngam 10 hari lagi sebelum sampai ke due date untuk melahirkan si comel dalam perut ni.

Perasaan??

Berdebar adalah pasti. Tak sabar pun ye jugak. Tapi aku seboleh-bolehnya nak elakkan dari memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk-buruk yang boleh berlaku. Kalau boleh nak bayangkan yang indah-indah sajork.

Kondisi badan sekarang?

Masih tiada apa-apa tanda untuk melahirkan. Tiada bleeding, tiada spot blood, tiada leaking, tiada contraction.

Boleh kata aku sekarang ni tengah menunggu sakit datang jek.

Cuma secara fizikal aku perasan yang bengkak-bengkak pada kaki dah mula hilang. Kalau 3 minggu kebelakangan ni kaki aku memang serupa kaki gajah..bengkak sokmo..tapi sekarang tidak lagi. Kau berdiri la berapa lama pun..berjalan la berapa round pun..yang aku perasan kaki aku maintain kurus di situ. Muahaha! Orang kata kalau bengkak kaki dah surut itu maknanya tak lama dah la tu baby nak keluar.


Pergerakan baby pun dah mula slow sejak 4 hari kebelakangan ni. Tapi masih lebih dari 10 gerakan starting 9 pagi sampai 9 malam. Cumanya kalau dulu dalam jam 12 tengah hari tu dah boleh cukup 10 gerakan dah..paling-paling lewat pun jam 2 petang. Tapi sekarang paling awal nak cukup 10 gerakan adalah jam 2 hingga 3 petang. Sampai kadang aku sendiri naik risau. Bila dah risau gitu mulalah aku tepuk-tepuk bontot baby dengan harapan baby akan mengeliat geli. Haha..


Oh ye..hari ni incik suami akan sampai ke KL. Kalau sebelum ni dok pukul canang kata beliau akan pulang on 25th..tapi biasalah bila ada aral melintang...Yang penting beliau dapat pulang. Rindu bangat pada sang suami. Aku tahu beliau pun rindu aku sebab sekarang ni asik mintak nak ber 3G aje. Rindu lettew!


Tinggal sepuluh hari lagi.


Mungkin jugak tak sampai 10 hari.


Mungkin jugak akan lebih sepuluh hari.


Apapun..aku cuba hapdet perkembangan diri hari-hari terakhir sebelum baby Aidi lahir ke dunia ni.


Ohh lah anak.


Rindu bangat pada kamu anak oiii..

5 comments:

  1. sy lak rs cuak dan berdebar..hehe..sy doakan semua selamat tuk ibu dan baby aidi..=)

    ReplyDelete
  2. mommy..caiyok2 semoga semuanya selamat yer....=)

    ReplyDelete
  3. moga dipermudahkan,xsabar nak tengok baby aidi,selalu duk dengar nama je,orangnya tak tengok lagi..hehehe

    ReplyDelete
  4. ayu aritu awl 10 hari..tp x kisah la awl @ lmbt dr due date,yg pnting both mum n baby selamat..ameen..:-)

    ReplyDelete
  5. doakan semoga awak selamat bersalin ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...