MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, November 10, 2011

Belum Bersalin lagi Okey.

Baa cak!!

Lama jugak menyepi belog ni kan?

Tuan belog dah bersalin kewww??

Haha.

Belum..belum bersalin lagi. Cuma sekarang ni keadaan sedikit membizi. Biasalah..mak buyong mana tak bizi kan?

So far alhamdulillah hari ni dah genap 36 minggu mengandungkan si comel dalam perut ni. Tadi pergi rutin check-up kat Klinik Kesihatan Ampang. Tempat baru, nurse baru, doktor baru, muka mommy-mommy preggy yang baru, semuanya barulah. Sedikit janggal tapi its okey. Yang bagusnya servis di KK Ampang adalah tip top. Aku sampai klinik jam 12 tengah hari *bapak lambat*, tup tup jam 12.30 hari aku dah ada dalam teksi nak balik rumah dah. Perghh!! Memang efisyen. Kalau kat Labuan ni mau makan 2 3 jam pun tak selesai menunggu giliran lagi. Huh.

Semalam sempat la aku curik-curik masa untuk basuh kain baju baby kejap. Nak membasuhnya takdelah hal sangat sebab mesin yang tolong basuhkan..tapi tang nak menyidai baju tu..uiiiii...nampak je macam sikit baju anak, tapi kemain ber jam aku duduk bawah terik matahri tu menyidainya. Kenit-kenit baju anak..alahaiii. Tapi sebab ini 1st time basuh kain baju anak sendiri, lantak pi lah matahari terpacak tegak atas kepala pun..mama sanggup nak oiii.




Banyak jugak baju bajan si kecik ni rupanya. Sampai tak cukup penyidai.



Ni yang tak cukup tempat untuk disidai. Terpaksa tunggu turn dalam bakul. Huhu


Sebenarnya sekarang ni aku tak boleh nak pikir hal anak sangat. Bukan apa, esok dan lusa ada majlis besar dalam famili. Sepupu aku si Athirah *pegi ke athirah1881.blogspot.com untuk ke belog beliau. Tentiba aku takleh nak link belog orang kat blogspot ni. Hampeh sungguh*. Athirah ni kira antara sepupu kamceng la dengan aku. Kami sebaya..beza umur pun genap-genap sebulan. Jadi memang kira kembar la. Saiz badan je lain. Haha.



Gambar pre wedding pengantin. Aku curik dari fesbuk beliau. Heheh

Jadi sebabkan esok 11/11/11 beliau nak menikah, dan 12/11/11 nak berlangsung kenduri besarnya pulak, maka kami satu keluarga 1881 adalah membizi. Biasalah ada orang nak kawen kan?

Aku risik-risik jugak kat pengantin, apa tugas aku masa majlis nanti?

Tak menahannya pengantin letak mak buyong ni tugas jaga meja guestbook. Setiap tetamu yang conteng guestbook, aku akan bagi sebijik cupcakes comel. Ohh kiut sungguh tugas aku. Jaga meja gusetbook dengan perut 30 sentimeter ke depan. Haha.


Lagi satu hal yang paling aku tak menahan adalah baju untuk aku pakai masa majlis kawen nanti.

Kau jangan ingat sarat-sarat mengandung gini aku takde maternity dress da vomm gedavass??

Adaaaa kamu tahu? Mak aku kemain baik punya tempahkan maternity dress gojes buat aku.


Tadaa!!


Terbabomm kan dress aku?

Kalau berdiri sebelah pengantin mahu over the shadow aku nanti. Agaknya sebab tu Athirah awal-awal letak aku kat meja guestbook sajork. Kau duduk lah diam-diam kat situ, jaga perut sendiri. Muahaha!!


Kalau kat belah famili mak *famili 1881*, semua orang gembira sebab bakal terima ahli keluarga baru. Aku pun tumpang hepi sebab nak dapat sorang lagi sepupu baru, tapi kat famili belah abah kat Kedah nun....


Aku baru je dapat berita yang aku kehilangan seorang sepupu.


Nurul..isteri kepada sepupu aku belah Abah baru meninggal dunia kelmarin.

Meninggal di usia muda...baru 28 tahun.

Paling aku sebak..Nurul baru je melahirkan seorang baby boy sebulan yang lepas.

Aku difahamkan Arwah Nurul disyaki mengidap masalah jantung sejurus selepas lahirkan baby dia.


Sedih..


Beberapa bulan yang lepas, bila kami dapat tahu masing-masing mengandung, kami sama-sama hepi. Sama-sama tak sabar nak timang baby.

Tapi Allah lebih sayangkan arwah.


Semoga roh arwah Nurul ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga sepupu aku Am, tabah hadapai dugaan yang bukan kecil ini. Bertabahlah Am..



Kenangan bersama arwah Nurul *berdiri belah kiri* semasa majlis perkahwinan aku tahun lepas.


Al- Fatihah..

1 comment:

  1. bnyak nyer bj anak u! kalah bj mak dia..hehehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...