MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, November 19, 2011

Mama & Baby Stuff Dah Complete. Im Ready!!

Minggu ni ada maternity and baby expo kat Mid Valley kan?

Ada siapa-siapa yang berpeluang pergi tak?

Aku....hurmmm..awalnya memang ada niat nak pergi, siap bawak balik majalah Pa & Ma keluaran November sebab dalam tu ada banyak kupon-kupon diskaun yang boleh diguna kat expo tu. Semaaangattt.

Tapi bila pikir-pikir balik, takpelah..tak jadilah nak pergi. Jauh satu hal, susah nak parking satu hal, ramai orang lagi..nak sesak-sesak himpit-himpit dengan perut dah mengkedepan gini..tak pelah. Takut nanti ada pulak baby yang lahir dalam Mid Valley tu. Muahaha!!

Lagipun bukan ada apa yang dibeli sangat. Tinggal benda-benda cenonet-cenonet macam barut, toiletries, napkin, pampers, pengetip kuku, penyedut hingus dan adalah benda kecik-kecik yang lain. Kuasa pulak nak harung lautan umat manusia kat Mid Valley tu kendian bawak balik sebiji pengetip kuku anak sajork. Hoh.


Baik aku terjah Ampang Point jek. Kat situ pun ada kedai Anakku dengan Mom's Care. Tak payah masuk dua-dua kedai pun takpe, dalam kedai Anakku pun dah setel beli semua barang baby.


Tapi tentiba rasa nak terjah Tesco Ampang pulak sebab nak cari drawer plastik yang tingkat-tingkat tu. Aku rasa susun barang baby dalam drawer lagi organised banding susun dalam bakul patsegi tu. Kalau dalam drawer, baju anak nak berterabur pun lantakkan..takde orang nampak. Huhu.

Jumpa pulak drawer tingkat-tingkat yang murah. RM30 sajork untuk drawer 5 tingkat. Murah kan?


Bila dah balik rumah...tak sempat mandi apa semua aku semangat nak jitu nak susun barang-barang anak dalam drawer. Beg untuk bawak ke hospital pun hapdet jugak bagi complete.

Penat.

Tapi puas hati bila tengok pemandangan gini.




Semuanya dah aku susun cantik-cantik dalam drawer.

Pampers Aidi pun aku dah keluarkan dari bungkusan dan susun elok-elok dalam diaper stacker yang tergantung kat dinding tu.

Oh ye..kat atas katil tu adalah tilam Aidi. Tilam yang aku tempah kat kedaiminikelantan.blogspot.com. Dah selamat sampai dah tadi. Esok aku nak basuh sarung tilam tu bagi bersih sikit. Maklumlah nak jadi tempat beradu anak..kebersihan harus dipelihara. Hehe. Tilam untuk playpen belum siap lagi. Tuan kedai janji nak siapkan dalam bulan ni. Takpe..ada masa lagi untuk tunggu tilam siap. Yang penting dah ada satu set tilam dah. Takdelah anak tido bertilam berbantalkan lengan pulak nanti kan? Huhu.

Beg nak bawah pergi hospital aku letak kat tepi drawer tu. Satu beg untuk aku, satu begpack untuk Aidi. Tentiba rasa macam banyak pulak beg nak bawak ke hospital. Takut nurse marah pulak nanti bawak barang banyak-banyak. Sebenarnya mana ada banyak pun..tapi entahlah, beg nak penuh jek..ke aku yang tak reti lipat and susun kain baju dalam beg?? Heh.


So...setakat ni semuanya dah complete.


Jumaat depan incik suami balik KL..aku nak ajak beliau jalan-jalan lagi sebab tentiba teringat yang nursing bra belum beli lagi.


Heh..alasan.

6 comments:

  1. waah..semua dah ready..seronok tgok...
    yong..kat ulu klang ada outlet faboulus mom batu buka..nursing bra ada discout..boleh jejalan tengok kat situ.. :)

    ReplyDelete
  2. mid valley memang ramai giler umat..pukul 10 bukak..pukul8 orang dah beratur..!!! siyes..ley pitam..huhu

    ReplyDelete
  3. good luck...

    he he nurse xde masa nk cek hospital bag tu...bawak brg2 yg penting..biar bawak lebih jgn krg, sbb kdg2 husband2 ni bkn tau sgt brg2 perempuan..takut pesan lain, dpt brg lain

    ReplyDelete
  4. nampak dah ready tu :) Moga semuanya dipermudahkan dan selamat hendaknya.. jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...