MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Thursday, March 15, 2012

Cerita Majlis Aqiqah Aidi

Nak pahat memori kenduri aqiqah dan cukur jambul Aidi lah hari ni. Cerita pun dah berkurun lama..baru nak hapdet. Coi sangat.


Alhamdulillah...kenduri aqiqah Aidi selamat diadakan pada 3 Mac lepas. Aku aqiqahkan sekor kambing je untuk kenduri tu. Boleh jugak kan? Cuma digalakkan sembelih 2 ekor untuk anak lelaki. Takpelah, insyaallah sekor lagi aku dan incik suami akan sumbang duit je kat mana-mana badan yang ada derma daging aqiqah ke mana-mana fakir miskin. Memang trend sekarang orang buat cenggitu. Sembelih sekor je..sekor lagi kita bayar duit ikut harga kambing tu jek and buat akad aqiqah. Nanti pandailah badan tu sembelihkan kambing and sedekahkan kat fakir miskin.


Dua hari sebelum kenduri, orang pelamin buai dah datang pasang pelaminnya. Aku biarkan je diorang buat keje. Sekali-sekali aku datang la jenguk. Tapi memang takde apalah yang aku komplen ke apa ke. Maklumlah berbudi bahasa...ahaks!







Bila diorang dah balik, baru aku rasa macam ada yang kureng. Tapi takpelah, esok je lah betulkan. Aku nak testing letak 'pengantin' dulu dalam endoi tu. Tengok dia serasi ke tidak.





Tengok tu..


Kemain lagi kamu ye Aidi. Baring siap angkat-angkat kaki. Nasib baik bersandingnya nanti sesorang. Kalau ada pengantin perempuan..memang larilah budak tu tengok gaya kamu. Haha.


Sehari sebelum majlis, keadaan dah jadi kelam kabut sikit. Biasalah nak kenduri. Time tu lah baru nak perasan tikar takde lagi, baru nak sedar eh eh kain langsir tak cukup helai, kain langsir tak matching dengan kaler tema la apa lah. Memang kelam kabut. Aku mmang dah feeling macam nak buat keduri kawen Aidi je time tu. Bizinya boleh tahan.

Itu nasib baik kami decide takmau masak sendiri.Semua order pakai katering jek. Sampai ke makanan breakfast nasik lemak kuih muih segala pun pakai order jek. Yang masak sendiri cumalah pulut kuning and rendang ayam sajork. Cukup. Malas nak renyah-renyah. Doorgift pun pakai tempah jek. Tempah dari orang pelamin tu jugak. Jadi takde kalut nak pikir-pikir doorgift dah. Tinggal nak masukkan bendanya dalam beg jek.





















Malam sebelum kenduri tu orang datang pasang khemah. Gambar takdelah aku amik sebab time tu pun dah pukul 12 lebih. Gelap lagi kat luar tu, hujan lagi, jadi malaslah nak gambar-gambar. Janji khemah dan kerusi meja selamat pasang cukuplah.


Malam sebelum nak kenduri tu jugak si pengantin ni mata tentiba tak boleh nak lelap. Selalu tu jam 11 dia dah lena dah. Ini sampai orang khemah dah balik pun dia tak tido lagi. Nampau nau kamu neves Aidi oiii. Haha.


Esoknya pagi kenduri, mulalah mengantuk segala. Sementara tunggu orang marhaban datang, Aidi bantai tido dulu. Nak charge bateri katanya. Huhu





Majlis berjalan ikut apa yang dirancang.


Dimulakan dengan marhaban dan cukur jambul.







Aidi memang takdenya tido sepanjang orang marhaban ni. Dia duduk diam je dalam buai sambil bersembang dengan bunga-bunga yang ada keliling.



Bila tentiba kepala dia teringat kat susu dia..ha mulalah drama dia. Nak susu.


Terpaksalah aku sumbat susu dulu ke mulut dia. Dah dapat susu baru tertido lena. Haiii la anak.





Lepas dah habis cukur jambul semua..mulalah acara jamuan makan. Kambing aqiqah tu pihak katerer buat kambing golek siap ada mushroom sup dengan garlic bread. Pastu ada jugaklah nasik and lauk pauk.


Antara tetamu yang hadir..





Tetamu yang dijemput takde ramai pun, dalam 100 orang. Ramai ke tak ramai ke yang penting Aidi dah selamat diaqiqahkan. Alhamdulillah.


Sekarang ni tak sabar nak tunggu gambar dari OP. OP gigih bebenau. Sabar je dia tunggu Aidi bagi posing maut.





Tau je lah..bekerja dengan baby tak semudah bekerja dengan kita yang dewasa ni. Baby lagi banyak kerenahnya. Kejap-kejap susu..kejap-kejap susu. Cabaraannnn..





Aidi pulak setelah setengah hari suntuk jadi pengantin, memang letih. Kesian Aidi. Baju sampai 4 persalinan dia pakai.

1 baju sebelum majlis.

1 baju melayu.

1 baju ganti..tukar sebab Aidi dah kepanasan.

1 lagi baju ganti sebab baju habis kena Aidi punya yayak. Euuuuuwww!!!


Sehari lepas majlis, Pak Nyah Aidi dah botakkan kepala Aidi. Tapi guna gunting je. Belum cukur bagi licin lagi. Sengaja ditinggalkan sikit rambut Aidi nak bagi abahnya pulak cukurkan bagi licin. Maklumlah..abahnya tak dapat balik join majlis aqiqah aritu, jadi dapat peluang cukurkan kepala anak pun cukuplah kan.






Shaver dah beli 2 paket dah.


Bila nak cukurnya entahlah..abah asik membizi ajek.

7 comments:

  1. meriah macam nak buat majlis kawen ar..:) aku pon harap dapat buat majlis yg proper macam ni nanti...buat lepas2 pantang ley jer kan..??

    ReplyDelete
  2. canteknyeee ;)

    dan meriah, suke2 ;)

    ReplyDelete
  3. aidi nampak sgt cooooollllll dlm rocker tuh.terus aku saving nak beli gak kat anak aku nanti.ko puas hati x nana beli rocker tu?

    ReplyDelete
  4. nak ek aidi dok dlm bouncer 2..anak sy kejap je..die da busan..trus x nk dok dlm 2..kalu bg dok dlm 2 mesti menjerit..maybe die rase x bebas..

    ReplyDelete
  5. Catering service tu ok tak? Food die mcm mane ye? Saya pun nak amik diorg utk akikah anak next month.. Boleh share experience/pandangan tak? Thanks :)

    ReplyDelete
  6. salam...hai name saya emy...
    saya nak tanye kat mana ya awk tempah surah yassin tuh....n berapa pricenya ya?? ini email saya emyliana.ramlan@fpsoventures.com terima kasih ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...