MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, March 17, 2012

Keguguran

Aku keguguran....sob sob sob.


Keguguran rambut. sob sob sob lagi sekali.


Bukan sebelum sebelum ni tak pernah keguguran rambut. Selalu sangat dah. Tapi kali ni punya keguguran memang boleh bikin aku seriau.


Dulu-dulu kalau sikat rambut guna sikat baru boleh nampak ada helai-helai rambut yang gugur. Sekarang ni???


Guna jari pun boleeehhhhhhh.






Gila.


Aku sikat rambut guna jari pun berpuluh-puluh helai rambut tertanggal dari kulit kepala. Itu belum sikat guna sikat rambut lagi. Lagilah berlambak rambut gugur. Eh nak lagi banyak cubalah mandi basahkan rambut..perghhh, lagi meriah rambut aku berguguran di lantai bilik air nun. Gila banyak rambut gugur.






Lantai rumah jangan cakaplah...dah macam hiasan lantai dah. Kadang rambut aku jadi bahan mainan Aidi je. Dia buat main-main kat jari, gamaknya pernah kot rambut aku masuk dalam mulut dia.


Memang selalu aku dengar orang kata kalau kita ada baby, rambut memang akan gugur. Orang tua-tua kata bila baby kita start main air liur dan menyembur-nyembur gitu..ha memang gugurlah rambut mak dia. Rambut gugur sebab baby sembur katanya.


Tapi dalam majalah Pa & Ma keluaran Jan ke Feb aku tak pasti, pun ada artikel tentang keguguran rambut bagi ibu-ibu lepas bersalin. Itu memang normal. Biasanya rambut akan terus gugur sampai baby umur 1 tahun.

Perghh!!

1 tahun???


Mahu botak kepala aku cenggini.


Incik suami dah bagi greenlight untuk aku potong rambut bagi pendek.


Gamaknya dia pun tak tahan dah bila setiap kali tido mimpi makan mee. Bila celik mata rupanya makan rambut aku.


Muahahah!!

6 comments:

  1. Pompuan keguguran rambut tak pe, boleh disembunyikan rambut jarangnya di dlm tudung. Tapi lelaki kena pakai topi atau ketayap la jawabnya. Bagi lelaki yg nak trendy supaya kepala nampak macam buah guli, mereka cukur licin...

    ReplyDelete
  2. bnyak ye gugur..

    ayu aritu pun gugur jugak ms baby main air liur..

    tapi kejap jerk..

    pastu back to normal..

    ReplyDelete
  3. yun pn gugur banyak!lepas potong pendek kurangla sikit.. =)

    ReplyDelete
  4. ada baca jugak pasal masalah keguguran rambut ni lepas bersalin. time mengandung bukan main lebat rambut kan sampai kusut nak menyikatnya. potong pendek je la jawabnye.

    ReplyDelete
  5. memang normal kan lepas beranak macam tu..aku dah risau..sekarang ni pon sejak pegnan rambut aku dah gugur..nanti pas beranak lagi teruk...adoyy..botak ar kepale aku..

    ReplyDelete
  6. hahaaha kelakanye, motip mkn mee

    samalaa kiteww, gugur rambut, wuwuwu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...