MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 14, 2012

Eh, Dah Kat Labuan Ke?

Maaflah lama tak hapdet belog.

Tengah nak cari tiun hidup bertiga di rumah kecik kami di Pulau Labauan ni.





Aidi..at LCCT. Tunggu masa nak boarding ke Labuan.



Bukan senang rupanya nak mulakan hidup berdikari secara trio. Nasib baik Aidi seorang anak yang sangat behave. Kalau ada pun mengada dia cuma part nak menyusu jek. Itu memang drama sikit. Huhu.




Incik suami senyum girang bila Aidi dah tercongok depan mata. 2 bulan setengah tak jumpa..boleh gila katanya. Haha.




Nasib baik jugak sekarang tengah cuti sekolah. Dapat jugaklah aku biasakan diri dulu. Bila sekolah dah mula nanti..uii tak tahulah camne keadaannya pulak. Haru biru ke haru kuning ke haru merah ke aku pun tak tau lah. Haha.




Bawak mak dan mama melawat sekolah aku. Kemain seronok dapat tengok tempat kerja anak.=)



Mama nak bebebau bergambar denga kereta aku. Nak tunjuk kat orang kampung katanya. Ceh.




Eh semalam bawak Aidi pergi cucuk since Aidi dah 3 bulan. Timbang semalam berat Aidi dah 6.1 kilo. Panjang pulak 61 cm. Hamboiii..semua pun nak pakai angka 61.






Syukurlah Aidi membesar dengan sihat dan bijak.


Perkembangan terkini...


Aidi dah mula nak belajar meniarap.



Cubaan cubaan..testing testing 1 2 3.




Kalau letakkan dia dalam keadaan meniarap, dia akan cuba cuba nak terlentangkan badan. Pernah haritu Aidi berjaya terlentangkan badan dia sekali. Memang bersoraklah aku time tu.


Tapi cubaan untuk meniarap dari posisi terlentang nampaknya belum lagi berhasil. Selalu je Aidi merengek mintak tolong bila sebelah tangan dia tersepit bawah badan.




Masih mampu tersenyum riang walaupun cubaan untuk terlentang selalu gagal. Heh.



Orang tua-tua kata jangan tolong bila anak cuba nak meniarap.


Seminit dua minit tiga minit mampulah aku tahan hati tengok anak meronta nak tiarapkan badan.


lama-lama???

7 comments:

  1. alhamdulillah membesar dgn sihat!!!...yeahhhhhhh

    ReplyDelete
  2. ala comey nye da start meniarap...sekejap je ye...

    ReplyDelete
  3. rinduuuu.hahahah! cepatnya aidi nak meniarap ye.

    ReplyDelete
  4. dah start hidup bertiga..yay!
    sy hujung bln ni br nk lik JB..
    br rs hidup ber3..
    cm ne la yer..hehe

    wah, cpt betul aidi nak meniarap..go aidi go! =)

    ReplyDelete
  5. besar dan cantek rumah , hehehee

    ReplyDelete
  6. salam...selamat berkenalan dgn wife airforce :-), ceritalah pasal Labuan ya...apa tempat menarik kat sana...teringin jugak nak pergi...my friend ada yg outstation ke sana kata mutiara murah2...btw, saya linkkan blog u kat blog saya...feel free to visit :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...