MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, March 24, 2012

Nak Jawab Pertanyaan Tentang Evamatic Mat

Assalamualaikum.


Aih, sopannya pembuka entri hari ni. Heh.


Ni..berkenaan dengan tikar evamatic yang aku pum pang dalam entri sebelum ni tu, ramai jugak yang mintak nak order, nak mintak kirim.


Tapi aku mintak maaf awal-awal. Aku tak dapat nak tolong.


Bukan apa...tempat yang aku kata jual tikar murah tu di Tawau, Sabah. Aku pulak sekarang ni di Labuan. Jauh Labuan dengan Tawau tu lebih kurang macam KL nak ke Perlis ada kot. Ke jauh lagi. Tapi memang jauh.


Pastu member sekolah yang bagitahu kata kat kampung dia (Tawau) jual eva mat murah tu sama macam aku jugaklah, mengajar kat Labuan. Sekali sekala je balik kampung.


Jadi memang susahlah kalau nak mintak tolong dia belikan tikar tu banyak-banyak untuk dijual semula. Nak suruh aku bisnes memang takdelah..kerja cikgu yang ada ni pun macam tak cukup 24 jam. Mana nak jaga Aidi lagi..nak jaga laki lagi?? Huhuhu...tunggu pencen bolehlah berbisnes. Hehe.


Jadi aku mohon ampun dan maaf banyak-banyak. Bukan korang je frust tak dapat beli eva mat dengan harga RM19. Aku pun tak dapat jugak. Muahahah!! Sebab aku dah order and bayar eva mat harga RM45 dari KL, then baru member ni bagitau kat kampung dia jual eva mat harga RM19. Tapi kalau aku nak order yang RM19 tu pun bukan boleh pun...member dah ada kat sini, kerja. Tunggu dia balik kampung la kalau nak order pun.


Jadi kesimpulannya...aku pun frust beli eva mat harga berganda mahal dari yang dijual di Tawau. Huhu.


Tapi kalau ada reader blog ni orang Tawau atau orang Sabah Sarawak yang boleh beli eva mat harga murah, and nak bisnes...bolehlah laungkan di kotak komen. Mesti ramai yang nak order. Aku pun nak order. Hehe.


Jadi maaf ye kawan-kawan.


Harap semuanya memahami.

=)

2 comments:

  1. tgk kat mudah. ada yg rm29. okla kan daripada tak dpt beli rm19. hehe

    ReplyDelete
  2. minta edy belikan kat serikin..tetibe dia bagi ayat "tikar 20hengget,minyak kereta 50hengget.."

    hamboii,semua kos dia kira..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...