MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Wednesday, March 28, 2012

Nak Tulis Tajuk Pun Penat.

Semalam husband kerja malam, jadi aku tinggallah berdua dengan Aidi. Aku ni semalam punyalah letih tahap dewa 19 gamaknya. Letih sesangat. Rasanya sejak dari 1st day aku naik kerja sampailah hari ni tak pernah lagi aku balik sekolah ngam-ngam pukul 2. Mesti balik lambat punya. Paling cepat boleh amik Aidi pukul 4 petang. Selalunya pukul 5 baru dapat tengok muka anak.

Balik rumah pulak nak mesra-mesra dengan anak dulu. Yela...rindu kan? Main dengan Aidi sampailah budak tu tido then barulah boleh pikir nak mandi, nak kemas rumah, nak masak, nak basuh baju segala. Semua tu kena buat dalam masa Aidi tido. Bila dia dah jaga...nak kena kepit dengan dia je nanti. Manja!


Aidi ni kan..pandai berlakon tau. Bila kat rumah Mak Long dia, uiiiii kemain behave lagi. Letak je dia atas tilam, pandai lah dia membawak diri sendiri. Dia main golek-golek, dia main hisap jari, main nyanyi-nyayi, sembang sorang-sorang, bila penat dia tido je sendiri. Senang.


Bila balik rumah sendiri...hamboiiiii..ngengadanyaaaa.


Letak je atas tilam...ek ek ek ek. Berbunyi.

Mama jauh sikit dari pandangan mata dia..hek hek hek...berbunyi lagi.


Kalau mama masuk bilik air nak mandi ke hapa..lagilah, kuat dia meraung. Pernah sekali aku sampai kena mandi dengan pintu bilik air terbukak semata-mata nak bagi Aidi nampak aku ada kat bilik air tu. Dia bukan boleh, perasan mama takde je mulalah...rakam lagu. Heh.


Semalam..sebelum tido, sempatlah main-main dengan Aidi. Dudukkan Aidi atas perut aku sambil aku baring atas sofa. Main agah-agah.


Tentiba Aid buat reaksi terkejut bila dia nampak kaki dia. Sebelum ni dia asik ralit tenung tangan je,agaknya baru perasan dia ada kaki gamaknya. Ralit dia tenung kaki dia.


Dalam posisi dia duduk tu, gigih dia tundukkan kepala..







Nak capai kaki nak masuk dalam mulut.









Nasib baik tak berjaya.



Miahahah!

3 comments:

  1. klu berjaya dapat adik lah aidi..he3...

    ReplyDelete
  2. hahahaah. part last tu memang lawak. lega rasanya aidi takmasukkan kaki ek. klu dak mesti dah dpt adik baru gitu. ahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...