Semalam....balik sekolah, sampai rumah..bukak pintu...
"Assalamualaikum......."
Nampak Aidi tengah minum susu dalam rocker depan TV.
"Hai baby mama!!!"
DIA TERUS CAMPAK BOTOL SUSU DIA DAN MERANGKAK TURUN DARI ROCKER DENGAN LAJUNYA UNTUK DAPATKAN AKU.
Moment paling indah bila balik kerja.
Hilang segala letih lesu.
***********************************
Ada orang kata, baby yang menyusu botol akan kurang rapat dengan ibunya.
Ye ke??
Ada yang kata, anak yang tidur sendiri pun kurang mesra dengan ibubapanya.
Betul ke??
Boleh terima ke hujah tu?
Ini kalau pikir lelama ni memang boleh bikin sentap jiwa ni.
Aidi memang sekarang minum fm. Dulu masa 3 bulan pertama dia memang minum susu ibu, tapi bukan directfeed. Fully bottle.
Jadi adakah aku dengan Aidi kurang bonding?
Aidi sekarang pun dah tidur sendiri. Dari dalam pantang lagi sebenarnya Aidi tidur dalam playpen dia sendiri. Adalah beberapa kali dia tidur celah ketiak mama dan abahnya.
So adakah aku kurang mesra dengan Aidi?
Mungkin ada betulnya, baby yang breasteed secara directfeed akan lebih bonding dengan ibunya. Itu aku setuju. Tapi aku tak setuju bila kata baby yang minum fm dan otomatiknya melalui botol akan kurang bonding, tak rapat, tak mesra. Tak setuju.
Banyak lagi cara lain untuk luangkan masa dengan anak.
Peluk
Cium
Dakap
Big hug
Komunukasi
Teman bermain
Makan sama-sama
Santai sama-sama
Banyak lagi sebenarnya. Ikut kreativiti masing-masing.
Kes aku....
Alhamdulillah.....Aku tak rasa Aidi tak perlukan aku ke apa. Aku memang sengaja ajar dia berdikari. Tapi dalam masa yang sama, aku sentiasa ada untuk dia. Kalau dia tengah tidur sendiri tentiba dia terjaga tengah malam merengek-rengek, then aku atau incik suami akan bangun dan teman dia tidur kat bilik dia. Aku sedar jugak, Aidi masih baby..perlukan baaaaaanyaakkk perhatian. Tapi Aidi mesti belajar untuk tidak terlalu manja. Aidi lelaki..Aidi akan jadi abang *insyaallah*...jadi Aidi mesti pandai berdiri atas kaki sendiri.
So far....aku senang dengan situasi famili kecik aku.
Aku ada masa untuk uruskan rumahtangga.
Aku ada masa untuk diri sendiri.
Aku ada masa untuk suami.
Dan aku masih ada masa untuk luangkan dengan Aidi.
Baby..bila dia makin besar makin besar...ia pun perlukan ruang untuk diri dia sendiri.
Sungguh.
Tentiba rasa entri ni macam takde penutup. Haha..
ReplyDeleteKorang sambunglah bagi ada penutup yang hebat.
Daa!!
mungkin betul jugak mungkin tidak tapi dependlah didikan parent tu mcmmane ?
ReplyDeleteKan, depend pada didikan parent. Sebenarnya cara didikan tu yg tentukan baby tu bonding ke tidak dengan parents. Kan?
ReplyDeletetaklah...kalau anak yg tak tinggal bersama mayb kurangbonding. tapi kalau hari2 ade depan dia walaupon tak 24jam , bonding tu kuat.
ReplyDeletefirst daughter bf sampai 6 bulan. twin saya full breastfeed 26 hari ja walaupun niat awal mo bf sampai 2 tahun. ta terdaya maybe tak cukup kuat. dan saya selalu juga tinggalkan dorang untuk mcm2 aktiviti. tapi mereka stil rapat dgn saya.stil mahu sy buatkan macam2 tuk dorang instead of their father. eg:wat susu, mandikan, hantar ke taska.
ReplyDeletebonding yg kuat adalah drpd ms berkualiti yg kita spend dengan anak2 kita.
lain orang lain fikiran, lantak dorang nak ckp apa, janji kita senang tak menyusahkan.
ReplyDeleteapa la yang tak bonding nyer..xphm mak hincek la..
ReplyDeleteaku ni kekecik susu bdn ada la 2mngu lepas tu mnm FM, tapi sampai ke tua dah ada anak sorg ni pon, klu ada pape mmg mak la aku tuju. tak bonding ke tu?? nk bonding gaya mana lagi?
lain la kalau anak tu kita tak jaga, jmp kadang2.
tu pon ku rasa dia ttp kenal ibu dia. mcm2 tau.
sentap jiwa!
theory je tu wan...ada kena kat orang, ada tak kena kat orang..survey bkn 100% tepat. pukul rata je.macam kita pergi seminar, lepas seminar kena jawab survey, rajinlah pulak nak baca 1 1 soalan. hentam bulatkan no.5 sudah.
ReplyDeletebonding kuat ke tak, tapi 1 kita percaya kalau tidur sama mesti bonding tu *insya-Allah* kuat. sebab sentuhan. sentuhan kan boleh mengeratkan kasih sayang, boleh mendatangkan rindu....
pernah dengar x kalau parents yang hire maid, diorang takkan sekali2 bagi anak kecil tidur dengan maid menjadi kebiasaan sampai besar. sebabnya tulah, bila dah tidur sesama dalam masa yang lama, akan timbul kasih sayang. tak mustahil anak tu akan lebih sayangkan maid dari ibu-bapa...tapi tu semua teori...yang penting cara kita jaga.mereka belajar dari apa yang mereka lihat, dengar, rasa etc. kalau dia nampak kita ni kurang ajar dengan mak kita sendiri, tak mustahil anak kurang ajar dengan kita jugak, sebab dia nampak mak dia kurang ajar dengan nenek dia.
tapi, tak mustahil, walaupun kita kurang ajar, anak kita akan hormat kita, sebab anak kita fikir apa yang mak dia buat kat nenek dia adalah salah...
panjang lebar kan..boleh buat 1 entry...hahaha...
mana2 yang mulut orang yang menyentapkan hati kita tu, kita masukkan ketelinga kiri, kita keluarkan ketelinga kanan. senang hidup. hahahhaha
tak semestinya kot nana...afif minum fm,clingy sangat..mummy balik..mintk dukung,,sayu kan..hilang penat.. =)
ReplyDeletewalaupon aku ni bf dan df..tapi aku pon tak percaye pasal kalau kite bagi fm kite tak bonding ngan anak kite..sungguh aku tak percaye...mane mungkin sorang anak kecik[yang kite jage ar] tak ade ikatan kuat ngan mak nyer...aku tak ley terime ar orang cakap mcm tu sebenarnyer..bagi aku...ikatan anak ngan mak ni sangat2 kuat...sangat2 erat...die keluar dari rahim kite sendiri...bukan anak orang lain...jadi macamane keadaan pon...ikatan tu memang sanagt kuat kalau nak dibandingkan dengan ikatan ayah dan anak...eeehhh...apehal aku emosi...huhu...sejak2 anak aku dah kenal orang...aku bangga biler tengok die akan tetap pilih aku kalau aku yang panggil...walaupon saat tu ayah nyer ade depan mate...:)
ReplyDelete