Finally dapat jugak keluar berholiday bersama famili kecilku.
Happy oh!!
Walaupun holiday cuma dalam Labuan jugak, tapi bila masuk hotel terus feeling macam ada kat Bali. Hahaha. Nak yang gempak aje kan.
Mulanya kan plan nak ke Kota Kinabalu, tapi disebabkan baru-baru ni ada kes feri ke KK terbakar, so aku jadi takutlah pulak. Memang ada lagi 2 feri lain untuk bawak ke KK tapi risau weh...dalam kepala ni dok bayang-bayang camne lah kalau tentiba feri yang aku naik tu pun terbakar jugak. So kita tukar plan lah, bercuti di Labuan jek. Ok jugak what?
Kami bercuti di Tiara Hotel Labuan.
Memang best hotel ni.
4 bintang katanyaaa.. Haha.
Tapi sumpah best.
Bilik yang besaaaaarrr. 10 orang masuk tido pun tak de hal aku rasa.
Bilik air pun besar. Setiap kali nak mandi, kitorang mandi berjemaah terus 3 beranak. Besar kekdahnya. Haha.
Memang puas hati untuk bilik.
Environmet keliling pun sangat best.
Itu yang aku cakap bila masuk je kawasan hotel ni terus tak rasa kami berada di Labuan. Padahal rumah dengan hotel 15 minit dah sampai. Kalau rasa memalam nak tengok masterchep tapi kat hotel takde chanel 104, boleh jek balik rumah kejap tengok TV. Pastu balik semula ke hotel sambung holiday. Haha. Takde keje pulak aku nak buat gitu kan. Kau ngadap je lah apa cerita yang ada kat TV hotel tu.
Aidi macam mana Aidi??
Waahhhh..anak teruna aku tu jangan ditanya. Macam budak baru nak up je aku tengok. Terkinja sini, terkinja sana. Habis 1 bilik dia geledah.
Kejap dia masuk bilik air main-main kat situ.
Kejap dia main naik turun tangga. Kebetulan pulak dalam bilik tu ada 2 3 anak tangga. Memang syoklah budak tu asah bakat turun naik tangga. Terer pulak tu. Entah bila dia jumpa tangga sebelum ni aku pun tak tau.
Kalau tengok kat gambar bawah ni pun dah boleh bayang betapa happynya Aidi dapat tido hotel.
Laki aku pulak tengah-tengah malam pukul 10 gitu merengek lapar lagi. Padahal baru sejam lepas balik dari dinner. Dia ter tengok menu-menu room servis terus jadi lapar balik katanya. Padahal makanan room servis tu tau je lah macam mana kan? Semua pun melampau. Air coke setin pun sampai 8 hengget!!!
Gila.
Tapi dah suami kesayangan merengek-rengek nak makan..so aku allowed je lah. Dengan syarat dia belanja. Haha.
Kami pun pesanlah pizza. Dah pizza je aku rasa berbaloi sikit harganya. RM23 untuk medium size. Oklah kan, standar harga kedai lah. Kalau menu lain..sorrylah. Burger pun sampai belas-belas hengget. Tak kuasa!
Dan kini tibalah masa untuk cerita part paling best masa holiday.
Mandi kolam!!
Yeay!!
Aku....elok je lepas sampai hotel, masuk bilik, letak beg, teruuuuusssss "abaaaannnggg, jom kita mandi kolam jom".
Tak menyempat!
Incik suami baru nak rebah badan ke katil, nak fefeeling orang kaya dapat tidur tilam empuk aku dah ngajak mandi. Haha.
Siap pakej merengek-rengek tu nak mandi. Mengalahkan Aidi. Jadi mandi kolam lah kami petang tu.
Best ohh kolam kat sini.
Bersih.
Tak terlalu dalam untuk aku yang memang hanya pandai berendam ni. Haha.
Air paras pinggang. So oklah untuk bawak Aidi. Aidi pun duduk dalam pelampung boat dia. Oh lupa, pelampung itik tu terus tak guna sebab aku macam tak yakin. Kan pelampung tu macam bocor-bocor sikit, so abahnya belikan sebijik boat baru untuk teman Aidi berenang. Hehe.
Aidi memang macho sangat duduk dalam Air.
Sikit pun tak nangis.
Dia memang brave boy.
Dah duduk dalam air, kepala sebooookkkkk lah terteleng-teleng memandang budak-budak yang sama-sama dalam kolam tu. Nak buat kawan lettew. Tak padan dengan kecik, ada hati nak friend dengan budak besar. Aidi...Aidi..
Aidi ni bila kita letak dalam boat dia tu...dia punya muka macam ada riak-riak bosan sikit. Yelah, kaki je dalam air, mana ada feel ye tak?
Cuba kau bawak dia keluar dari boat, letak dia berdiri kat tangga kolam tu. Uiiii kemain happy. Siap dia meniti-niti sepanjang tangga tu. Cer tengok gambar kat bawah ni, gambar bawah sekali yang tengah-tengah tu, ha tu dia tengah meniti la tu. Aku tak pegang pun dia, dia sendiri pegang tepi kolam tu and berjalan dari hujung sana sampai hujung sini. Ada abahnya amikkan video, tapi makcik tak retilah nak upload video kat blog ni. Huhu.
So far, dapatlah 2 kali mandi kolam. Sekali petang hari pertama tu, 2nd time pagi lepas breakfast hari kedua.
Memang kalau ikutkan tak puas.
Tapi kau tak reti-reti nak check out??
Haha.
Aku tanya incik suami...dia happy tak?
Haaaaaaaappppy sangat!!
Memang best.
Seronok dapat keluar bercuti dengan famili.
Aku rasa...kalau ada rezeki, aku nak bawak Aidi tido sini 2 bulan sekali.
Ewaaahhhhhh!!!
salam..yong..berapa rm charge room kt sana..adik ipar lin baru je dok labuan..dia skrg nie dok homestay x silap..ujung bulan nie baru pindah msk umah sewa..
ReplyDeleteHaslinda...saya amik pakej weekend gateaway, dapat deluxe room + buffet breakfast + buffet dinner = RM308. Kalau rate bilik sahaja tak pastilah pulak berapa. Cuba tgk kat website dia..www.tiaralabuan.com
ReplyDeleteMcm best je...tggu ank besa sikit lahh :)
ReplyDeletehamboih. kelakar lah kot nak patah balik uamh semata2 nak tgk masterchep ko! hihihihi...lawa pelampong aidi, siap ada stereng, yg mikha non-hadosss ;P
ReplyDeletetapi walau air keruh2 pon tanak naik ko. sekali angkut naik terketar2 macam mandi air ais...rasakan! :)
wowwee bestnye dpt bercuti cenggitu..teringin jgk nk pegi tp xtau nk ke mne..uhuhu
ReplyDeletewuwu seronoknya, dh nmpaklah training cup aidi, kaler biru kan..hehe, comel aidi minum, mcam aish terdongak2..:)
ReplyDelete