Disember ni..famili belah mak nak buat Famili Day kat Penang. Kat hotel mana ntah aku lupa. Tapi kat Penang lah.
Kitorang akan stay kat sana 3 hari 2 malam. Macam-macam aktiviti depa dah aturkan. Ada agenda makan-makan di Padang Kota, Sukaneka, main pantai, mandi laut, terjah swimming pool, serang kedai mamak makan nasik kandar..eh macam-macam lah senang kata. Best!! Yang tak bestnya incik suami tak dapat join. Dah kata dia tengah cuti sekarang 3 minggu, manja sangat lah kan kalau nak dapat cuti lagi hujung tahun nanti. Jadi korum tak cukup. Takpelah. Redha je lah.
Sebenarnya nak cerita...2nd night kat Penang nanti, kitorang ada special dinner. Temanya adalah GLAM!.
Perghhh!!! Tema tak beragak. Nak glamer sajer.
Jadi pepening kepala aku memikir baju aku dengan Aidi untuk dinner tu nanti.
Glam glam glam.
Harus glamer, merelip relip lip lap lip lap anakkk mamiii!!
Gituuu.
Yang leganya...baju Aidi aku dah jumpa.
Beli kat kedai kat Ujana sini jek.
Baju apa??
Ohh haruslah rahsia.
Kang kalau bagitau awal-awal kang tak seperais lah kan. Maklumlah, belog ni ramai jugak famili aku baca. Kata mak pun baca blog aku. Ahaks!!
Tapi kita bagi tunjuk jugaklah sikit.
Tu dia gaya anak bujang duduk. Huhu.
Kenapa dia dah sarung baju tu??
Sebab...masuk kedai, jumpa yang bekenan, try try...............
Terus bayar....dan pulang.
Retis sangat kan Aidi...fitting and go!! Haha.
Eh boleh teka ke baju apa tu?? Kalau boleh teka pun tak mengapa..banyak lagi make over yang mama akan buat ke atas Aidi malam tu nanti.
Aidi pasti menang pakaian terbaik.
Semangaaaattttt.
Haha!
hahahaha semangat kan..
ReplyDeletetp tak sabar nk tgk tuan bdn yg pakai