Thursday, October 4, 2012
Entri Untuk Sepupu Kesayangan.
Aku ada seorang kazen.
Ini kategori kamceng gila punya kazen.
Nama beliau Athirah. Eh dia da blog jugak tau. Klik SINI kalau nak baca blog dia.
Kami sebaya. Aku tua sebulan je dari dia. Athirah ni tengah sarat mengandung. Dah masuk 38 minggu. Tengah tunggu hari je kata orang. Due date khabarnya 18 Oktober.
Tapiiiii....
Tentiba semalam dia bagitau doc suruh bersalin awal. 8hb ni kena bersalin. Awal 10 hari.
Wooaaaa!!
Dulu aku siap terlajak hari, dah ini kena awalkan pulak. Pasai apa? Pasai doc kata baby dia besar. 38 minggu estimated berat baby 3.4 kg. Kalau tunggu sampai overdue dikhuatiri baby akan membesar lebih lagi bagaikan johan kekdahnya. Hehe.
Jadi kazen kesayangan aku ni tengah risau-risau panik la kan. Biasalah kan, nak bersalin memang berdebar macam nak menikah. Haha.
Aku rasa ada dua benda yang paling dia risau tu.
Satu, takut dengan rasa sakit kena induced.
Dua, takut tak dapat bersalin normal.
Kaaannn kak kan? Ke silap? Hehe.
Kak...........*eh aku memang panggil dia kakak even kami sebaya dan even aku sebenarnya lebih tua. Huhu*
Disebabkan kakak adalah kazen kesayangan. Paling kesayangan antara kesayangan yang ada, jadi jujurnya Yong pun dapat rasa risau berdebar apa semua macam kakak rasa.
Walaupun yang nak meneran, nak menahan sakit apa semua tu kakak, tapi yong dah dapat rasa sakitnya.
Sebab apa? Sebab kita kan genngggggg. Hehe.
Kak..
Camnilah.
Kak, jangan risau sangat pasal bersalin normal ke kena induced ke apa. Biarkan je semua prosedur tu ikut flow. Ikut apa yang terbaik untuk diri kita and baby.
Kalau kita terlalu set mind AKU NAK BERSALIN NORMAL, AKU TAK NAK CZER, AKU TAK NAK INDUCED apa semua..itu yg akan buat kita stress dan bertambah sakit.
Yong nasihatkan..kakak just enjoy moment-moment akhir sebelum bersalin.
Pergi manicure..pedicure..
Cuci rambut, set rambut ke apa..
Shopping sampai lebam...
Makan sampai sendawa 3 kali..
Santai-santai tengok TV..
Apa sajalah..janji boleh buat kakak happy. Kalau makan apam balik tu boleh buat kakak happy, ha makanlah apam balik tiap hari. Heh.
Paling mujarab banyakkan berjalan. Boleh mudah bukak kan jalan.
Isnin nanti...bila pergi hospital buat VE. Ingat tau, JANGAN KEMUT, JANGAN ANGKAT PUNGGUNG, JANGAN MELAWAN. Relax sajork. Confirm tak sakit.
Lepas tu kalau doctor kata kena induce...maka induced lah.
Kalau doc kata kena czer..maka redhalah.
Ingat semuanya yang berlaku ada hikmah.
Bayangkan....bestnya seronoknya kalau baby A ada depan mata.
Bestnya..bestnya..bestnya dapat peluk cium anak sendiri.
Best sangat kak.
So jangan takut bersalin okey!
Aja aja fighting!!
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau mudahkanlah proses bersalin sepupu kesayanganku.
Janganlah kau berikan azab sakit yang tidak tertanggung olehnya.
Kau selamatkanlah kedua-duanya Ya Allah.
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Mengetahui.
Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bagusla kamu advised ur kazen...betul sgt, jgn pikir nanti takut lg stress..ntsnstm 20
ReplyDeletegood luck kat kazen awak.. :D
ReplyDelete