Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Ewaaaaahhh..skema sangat intro aku hari ni. Haha. Amacam hari raya korban mengkeme tahun ni? Ada meriah? Raya aku tahun ni biasa-biasa je lah. Penuh kesederhanaan..tawaduk gitu. Hehe.
Raya haji kali ni aku memang takde kesah sangat hal persiapan baju ke langsir ke apa, recycle je lah yang lama punya. Untuk Aidi je aku beli selai t.shirt baru. Itu pun last minit cari sebab tentiba mama dengan abah Aidi terkinja nak pakai sedondon kaler ungu, jadi carilah untuk Aidi selai t.shirt ungu TAPIIIIIIIII pakainya adalah 15 minit je di pagi raya sebab kendian budak bertuah tu berak selambak habis kena baju raya. Haihh!!
Gambar raya memang tak nyempat nak amik sebab aku bizi sangat.
Ewaaahhhh..
Macam buat open house je bunyi kan? Haha.
Orang tak reti masak cam aku memang selalu gini. Orang lain goreng bihun 15 minit boleh siap, aku sejam baru siap. Haha.
Tapi raya ni takdelah aku goreng bihun je kan, aku masak spesel la sikit. Itupun selepas 3 4 kali call mama kat Ampang tanya resepi. Mama pulak bagi resepi bunyi macam benda tu mudah.com.my sangat nak masaknya. Dia bagi senarai bahan and cara masak jek. Kuantiti bahan.....hurm ayat standard mak mak.."kamu agak-agak je lah.". Ceh.
Nasib baik darah masterchep ada dalam diri. Ahaks!!
Setelah bertungkus lumus dari jam 5.30 pagi sampai 9.30 pagi...maka terhasillah menu-menu ini.
Roti jala yang tidak dijala.
Coi sangat acuan roti jala aku macam tersumbat. Sudahnya aku buat dadar je mcm buat kuih ketayap tu. Lantaklah..janji sedap. haha
Kalau ada roti jalan, mesti ada kari kan? So..inilah my first ever kari daging.
Haha kantoi tak pernah masak kari daging sebelum ni. Inilah pertama kali. Mujur menjadi.
Kendian aku masak Ayam merah.
Ini biasalah aku masak. Tapi masak sekali bebanyak sampai 2 ekor sekali masak memang tak pernahlah. Ini first time. Berpeluh ketiak jugaklah ayam-ayam ni kerjakan aku. Haha.
Dan lauk-lauk di atas sedia dimakan dengan nasik minyak.
Ini lagilah first time dalam hidup ni membuatnya ni. Periuk nasik kat rumah ni dah lah ceconet. Maksimum boleh masak 4 pot setengah jek. Aku gatai nak try masak 5 pot setengah, sudahnya memang ye penuh periuk sampai aku kena keluarkan sikit nasik. Kecik-kecik periuk pun boleh jugak10 orang makan bertambah. Hehe.
Pencuci mulut aku buat agar-agar marble jek.
Ini pun first time.
Deyy, berapa banyak first time daaa.
Haha.
Orang tak reti masak memang gini la ye, semua pun first time. Tapi kalau takde first time mana nak datang yang 2nd 3rd 4th 5th time semua tu kan? Hehe.
Kalau ikut kata pengkritik aku *incik suami*, dia kata semuaaaaaanya sedap. Eleh..mentang-mentang semalam malam jumaat. Ahaks!!
Aku rasa nak kata sedap sangat tu idak le kot. Tapi boleh lah nak buat tetamu terjah meja makan and makan bertambah.
Anak buah incik suami si Amsyar tu pun sibuk nak komen.."sedap mak lang..sedap." Hehe.
Alhamdulillah lah.
Sedap ke tak sedap ke..semua ni aku sediakan dengan penuh kasih sayang. Cewaaahhh!
Jadi tamatlah cerita raya korban tahun ni. Gambar raya takde, biziiii kan. Haha.
Tapi takpe.
Esok kami nak pergi go go go holiday!!!
Yeayy!!
Boleh snap gambar banyak-banyak
Holiday kat Labuan ni jek. Hotel pun 10 kilometer je dari rumah. Tempat keje incik suami jauh lagi aku rasa. Hehe.
Tak kesahlah.
Janji keluar dari rumah, bermalam di hotel, hirup udara fresh, mandi swimming pool, makan buffet dinner, kalau sempat boleh kita hanimum kali kedua. Eh?? Haha.
Swimming suit Aidi dah beli. Bukan brand Ogival ke apa eh. Ni brand cap ayam jek. Tapi ada mama kesah? Aidi mandi pakai sepender je pun boleh. Haha.
Pelampung kepala itik pun dah ada. Ni lama dah beli masa balik raya puasa hari tu. Beli kat kampung. Pelampung kepala itik, sama macam pelampung aku masa kekecik dulu. Tapi rasa macam nak kena cari pelampung baru sebab yang ni mcam bocor pulak. Bila tiup dia kembang elok. Macam takde bocor pun. Tapi 5 6 jam lepas tu dia mula kempis slowly. Entah dari mana angin keluar tak taulah. Entah-entah itik ni kentut tak? Muahahahah!!
Eh kenapa gambar teleng pulak ni. Adeh.
Sooooo...
Beg dah siap packing.
We're ready for holiday!!!
Yeaaayyyyy!!!
No comments:
Post a Comment