MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 2, 2010

AKU SEPASANG KASUT, KAU SEHELAI SELUAR.

Ini adalah rentetan daripada entri sebelum ini. Siapa yang belum baca bolehlah skrol down. Kalau malas, tak payah. Sambung je baca entri ni. Huhu.

Semalam aku dok membebel bersungut menyungut tentang camnelah kekdahnya nak bagi suami makan dengan cara yang paling efisyen lagi efektif sekali. Sebabnya perut kami laki bini dah melantun-lantun kembungnya. Terlebih kasih sayang mungkin. Dan aku dapat beberapa feedback dari kamu-kamu yang baik hati ni. Wahh..memang banyak tips. Terima kasih daun kayu. Insyaallah aku akan eksperimen satu persatu. Huhu.

Tapi dalam aku dok sibuk-sibuk bebel di belog ni rupanya memberi kesan pada incik suami tanpa sedar. Pasai apa? Pasai semalam tengah syok-syok kami berdua tengok tv, tetiba incik suami bersuara..




" Ayang, ayang dapat gaji nanti belikanlah abang seluar track selai. Cap Cheetah punya. "



Uiiiikk?!

Incik suami minta seluar track bottom? Hmm..memang selama ni aku tak pernah nampak selai pun seluar track beliau berlipat dalam almari. Mungkin betul beliau mahukan seluar track hanya semata-mata beliau takde seluar track dalam koleksi. Jadi aku pun...okey. Setakat seluar track berapa hengget la sangat kan. Huhu.


Lepas tu......beliau bersuara lagi.



" Ayang pun belilah kasut sukan. Beli cap Adidas. "



Uiiiik lagi aku.


Aku pulak kena beli kasut sukan. Tadi beliau nak seluar track, sekarang disuruh aku beli kasut sukan. Siap letak jenama lagi. Adidas pulak tu. Kalau agak tak mampu, Adibas pun boleh lah. Haha. Tapi apsal la incik suami tetiba pelik gini?? Beliau mahu seluar track, aku kena beli kasut sukan.


Agak-agak kamu, kenapa ya? Ada klu tak di situ??



Heh!

8 comments:

  1. jom jogging n senam
    6..7..8...
    lapan lagi..
    ngeeee

    ReplyDelete
  2. jom bersukan...huhu..
    tau dah...tul tak???

    ReplyDelete
  3. haaa..kan betul i ckp....kuncinya exercise je....makan ttp mkn...bsenam lebih sket...betul kan..hehe

    ReplyDelete
  4. Wan, beli siap2 dua pasang seluar track dan kasut sukan. Confirm suami isteri jaguh sukan pulak lepas ni ;p

    ReplyDelete
  5. wala2...sweetnya..senam bersama2...romantik gitu..hehe...chayok2!

    ReplyDelete
  6. suh joging la ptg2.. kan.kan.. hehehe.. lawak la kome nihh

    ReplyDelete
  7. tau kot.. sbb nak ajak pi besukan. bejogging maybe. hehe

    ReplyDelete
  8. incik suami sedang dalam usaha kearah healthy lifestyle.. dia nk pi bsenam la tu wan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...