MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, April 25, 2010

BAJU SANDING DAH TAK KETAT DAH...huhu

Minggu ni memang best. White bedroom set aku sudah selamat sampai! Yeehhaaaaa!

Wah bilik tido aku yang selama ni sepah lerak tetiba berubah menjadi laksana bilik tido di rumah baru. Huhu. Tapi jangan tak tahu, separuh pengsan aku dan famili mengemas bilik dan rumah sepanjang hari ni. Segala mak nenek perabot-perabot dalam bilik aku tu kena pindah masuk ke bilik belakang. Pastu segala bagai lemari dalam bilik belakang nak kena angkut bawak simpan ke dapur pulak. Aduhai....penatnya jangan cakap la. Tapi takpela, sebab aku yang nak kawen maka aku la kena penat lebih. Redha je la...huhu.

Di sini aku tepek sipi-sipi gambar bilik tido baru aku. Tengok gambar katil je la k, tunjuk semua kang muntah ijau pulak korang. Hehehe..

Tada!



Set bedroom aku biasa jek. Bukan english style ke apa ke. Aku pilih mengikut kemampuan. Takmau la bazir-bazir hanya kerana satu set bilik tidur. Sian mak banyak abis duit ke aku sekarang ni. Huhu..Lebiu Mak!


Tapi serius, aku sangat sangat puas hati. White bedroom set dengan dinding warna putih memang buat bilik tido comel aku nampak lebih luas. Sampaikan ramai kata bilik aku lebih luas dari bilik sebelah, padahal sebenarnya sama besar je pun. See, ilusi yang sungguh berkuasa. Huhu.

Okey, setel dah bab set bedroom.

Lepas dah setel kemas bilik baru *bilik lama sebenarnya, bedroom set je baru.huhu*, mak ajak aku pergi Dios, fitting baju sanding aku. Ingat lagi tak peristiwa mengerikan bila mana baju sanding aku tetiba mengecik dengan sendirinya??? Huhuhu..memang gila kentang ngerinya. Baju sanding tak muat beb. Sape tak panik?? Gemuk la lagi, padan muka aku. Hahaha..

Tapi leganya fitting kali ni sebab baju dah muat kat badan. Siap terasa longgar-longgar skit kat beberapa bahagian. Hahaha..*nak jugak kata diri dah mengecik walaupun cuma beberapa sentimeter.hehe*

Owh kali ni tamau tayang gambar baju dah. Nanti ilang seri. Hahaha...sebagai ganti, layanlah gambar bakal pengantin yang suka berangan sendiri ni. Zassss!




Hehehe..maafla sebab tepek gambar tak pakai tudung pulak kali ni. Gambar ni aku snap masa tgh sedap-sedap berangan sambil pakai baju sanding. Dengan kain leret-leret, baju lip lap lip lap memang perasan puteri raja la time ni. Hahaha..

Sangat lega bila baju sanding sudah muat di badan. Seminggu sebelum majlis aku akan p fitting sekali lagi. Harap-harap ada bahagian badan yang perlu dikecik kan..aminnn..

Okeyla, mau tido. Esok pagi-pagi mau berangkat pulang ke Seremban. Kembali menjadi guru bitara. Huhu..

Okey dear..nunite.

Daa!

Friday, April 23, 2010

PERLUKAN PENDAPAT KAMU-KAMU YANG COMEL LAGI BAIK HATI. hehehe

Hai Dear!

Aku tak tahu nak mula entri ni dari mana. Tadi aku dah taip panjang berjela pastu aku p delete. Ntah apa hal ntah aku ni. So bongek-bongek kena mula taip sekali lagi. Haih!

So aku tak mau mukadimah panjang-panjang. Kali ni aku nak citer pasal atucara majlis aku nanti.

Ini atucara Slot Tautan Kasih majlis aku nanti:


1.30 pm: ketibaan rombongan pengantin lelaki
1.40 pm: pengantin mengambil tempat di pelamin
1.45 pm: bacaan doa
1.50 pm: persembahan silat
2.10 pm: makan beradab
2.30 pm: majlis potong kek
2.45 pm: acara baling gula-gula
3.00 pm: sesi bergambar bersama keluarga kedua-dua pihak
3.30 pm: sesi beramah mesra dengan tetamu
4.00 pm: slot selesai..acara bebas


Amacam? Okey tak tentatif majlis aku? Ini semua angan-angan aku sorang je ni. Aku tak bincang dengan sape-sape pun. Huhuhu..Dasar "penjual ikan". Hahaha.

Tapi bila aku bagitahu kat abah yang aku mahukan persembahan silat untuk isi slot pukul 1.50 - 2.10 petang tu, omaigod...my dear abah tak setuju. Huhuhu..punah harapan ku.

Abah kata leceh kalau nak buat silat menyilat bawah khemah. Kalau tak kena gaya nanti mahu pelamin pun roboh sama kena silat. Hahaha..

Jadi bila aku pikir-pikir balik, hmmm betul jugak kata abah. Agak leceh nak buat silat. Denagn aku tak pernah jumpa penyilat-penyilat tu lagi, dengan takde rehearsal nya..owh memang ngeri untuk pikirkan risiko-risiko yang mungkin terjadi. Ada baiknya cancel kan terus. Jimat pun jimat. Hahaha.

Tapi nak gantikan dengan apa slot 20 minit tu???

Aku gantikan dengan acara merenjis okey tak?


ihsan: incik google

Mulanya aku memang tak plan nak ada acara renjis renjis dipilis ni. Tak tahulah kenapa aku tak nak. Tapi bila aku usulkan cadangan tu kat abah dan mak, mereka macam setuju. Jadi aku pun terus ter setuju sama. Huhu.

Cuma masalah aku sekarang, berapa ramai yang semolek-moleknya untuk merenjis aku dan incik tunang ni? 5 orang? 10 orang? 20 orang? berapa??

Satu lagi yang buat aku pening, siapa yang lebih patut kita dahulukan dalam merenjis ni? Pihak pengantin perempuan ke? Pengantin lelaki ke? Atau kita bahagi-bahagi sama rata sama adil?

Aku kalau nak buat acara renjis-renjis ni aku nak plan betul-betul. Aku nak senaraikan siap-siap nama mereka-mereka yang terpilih untuk merenjis dan berikan pada emcee. Untuk famili aku yang terpilih, aku akan bagitahu awal-awal supaya mereka get ready bila turn mereka nak sampai. Jadi takdelah kes yang dipanggil tak menyahut. Lebih malu kalau ada suara-suara belakang sambut kata "Pak Mat takde...dia dalam toilet!". "Mak Leha tengah sibuk dodoikan anaknya nak tido kat dalam tu!".

Owh sungguh aku tak mahu mencacatkan majlis sendiri. Huhu.

Untuk pihak lelaki rasanya takde masalah sangat sebab mereka memang dah sedia duduk molek-molek kat khemah pengantin. Jadi senang.

Cuma masalah aku sekarang itulah, sape yang patot aku letak dalam senarai merenjis ni?

Mak abah aku dan incik tunang tu confirmlah tersenarai. Pastu??

Pak sedara, mak sedara belah abah dan mak sudahlah ramai. Maklumlah, abah je ada 9 beradik. Maka aku ada 8 pakcik, dan 8 makcik sebelah abah. Mak pun camtu jugak, ada 9 beradik. Aku ada 7 pakcik dan 8 makcik sebelah mak. Tok Wan dan Tok aku lagi, adik beradik aku pun mesti teringin nak merenjis Yong mereka yang comel ni jugak. Owh sepupu aku lagi...Owh fenin.

Kawan-kawan yang membaca, tolonglah bagi pandangan kamu. Aku memang out nak pikir masalah ni.

Dengan masa yang cuma ada 20 minit, berapa ramai tetamu yang boleh merenjis aku? Dan siapa yang patot aku dahulukan untuk merenjis?


Tetiba risau pulak kalau ada yang tak dapat merenjis kecik ati dengan pengantin. Uwaaaaa!!!!!!

Tolonglah hamba yang sedang dalam dilema ini....huhu

Mekasih dear!

Saturday, April 17, 2010

CERITA BEDROOM SET, BAJU NIKAH, KASUT NIKAH, DAN TUDUNG VISPERA

Sepanjang minggu ni merupakan minggu yang mencabar buat aku. Aku diduga lagi. Tak cukup-cukup dugaan menimpa diri sepanjang bertunang ni. Lepas satu, satu sampai aku pun tak tahu nak kata apa lagi.

Buat sekian kalinya incik tunang tak dapat pulang ke semenanjung. Ya. Tak dapat pulang. Aku malas nak tulis kat sini apa punca kenapa dia tak dibenarkan pulang. Sakit hati aku nanti. Yang pastinya incik tunang tak kan pulang sampailah 31 May nanti. Apa je yang boleh aku buat dengan dia time tu? Dia pulang 31 May, kami menikah 4 Jun. Memang tak dapat la merasa peluang nak berdating-dating, berdua-duaan sebagai tunangan. Ternyata, dating kat KLCC time ni merupakan dating kami yang terakhir untuk alam pertunangan ni.


November 2009...5 bulan tak jumpa weh.

Takpelah...redha je la. Mungkin ada hikmah sebalik semua ni.

Maka, tanapa tunang tersayang di sisi, aku teruskan persiapan nikah kawen aku. Minggu ni aku kena pegi booking bedroom set, jumpa Puan Vispera, amik baju nikah.

1. Booking bedroom set.
Yeaayy!! Aku dah jumpa white bedroom set idaman kalbu. Walaupun set tersebut tak semegah white set kat Famista, tapi aku puas hati. Tak perlu lah bedroom set megah-megah, bilik aku pun kecik molek jek. Bukan standard master bedroom pun. Jadi berpada-pada la. Tilam pun aku tak beli baru. Pakai je la tilam lama. Masih elok lagi. Sekarang ni pun aku tengah menaip entri atas tilam empuk aku. Tengok..masih lembut..toing!toing!toing!

Oh ye, bedroom set ni aku beli kat Kedai Tang Tat, Ampang Waterfront. Recommended.

2. Baju nikah.
Owh sungguh teruja nak tengok baju nikah aku siap sepenuhnya. Tapi malangnya masih belum siap. Tailor masih belum sempat jahit semua manik-manik pada baju. Agaknya banyak sangat kot manik yang nak dijahit, tu pasal la tak siap lagi. Huhuhu.

Tapi aku sempat la pegi tengok baju nikah aku tadi. Siap sempat try sekali lagi padahal dah try dah last week. Hahaha..gila teruja!

Minggu depan aku nak follow up lagi. Mintak-mintak siap lah baju nikah aku tu. Aminn..

3. Kasut nikah.
Omaigod!! Citer kasut nikah ni memang ngeri. Aku pegilah ke butik Pengantin Melayu kat Ampang Waterfront untuk amik kasut nikah and sanding aku sebab owner butik kata kasut aku dah siap. Maka berkobar-kobarlah aku ni nak tengok kasut aku tu.

Sekali tengok.....
.
.
.
.
.
.
.
.
Umangggg aiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini kasut ke sampan???

Gila besar!

Weh, aku tau la badan aku kategori bukan slim *tamau kata gemok.huhu*. Tapi takkan sampai kasut pun dah macam kasut gergasi dah ha.

Saiz 10 weh! S.E.P.U.L.U.H

Hok oloh.

Selama ni kalau aku beli kasut kat mana-mana kedai kasut pun tak pernah lagi aku beli saiz melebihi saiz 8. Standard kaki aku saiz 7. Kadang-kadang 6. Kalau kasut bowling saiz 4. Slim je kaki aku ni. Takdelah sampai saiz 10!

Owh rupanya rupanya ada miscommunication antara owner kedai *dia yang ukur kaki aku masa tempah aritu* dengan pekerja diorang a.k.a tukang buat kasut. Nasib baik diorang kata nak betulkan kasut aku tu. Camne cara dia nak betulkan tu aku malas nak amik tau sangat. Dia nak kerat kasut ke, nak koyak kasut ke, nak buat semula ke..I don't care. Aku tau minggu depan kasut aku siap. Bayar mahal ni...*even bkn aku yang bayar.hahahah*

Owh ada satu tips, kepada b2b yang masih cari kasut nikah/sanding/bertandang, bolehlah maju ke Butik Pengantin Melayu ni. Kat sini ada banyak kasut ready made yang santek-santek. Paling penting morahhh! Tadi mak aku sempat tanya bape harga sepasang kasut songket kaler hitam silver. Tau bape harganya??? RM35 je hokey? Murah kan?

Jadi sila la singgah. *promote tanpa sebarang komisen*


4. Jumpa Pn. Vispera
Sampai ke hari ini aku masih bersyukur atas tajaan tudung nikah daripada Vispera. Sangat syukur. Sapelah nak bagi tudung cantik-cantik secara percuma weh? Huhu..

Maka hari ni aku pegi jumpa Pn. Vispera untuk bincang tentang design tudung dan veil nikah aku nanti. Mulanya plan nak jumpa kat Jusco Maluri, alih-alih Puan Vispera mintak aku terus ke rumah beliau jek. Nasib lah aku memang familiar area situ. Kalau tak sesat larat la jawabnya. Haha.

Hmmm..Puan Vispera (PV) ni memangla sangat baik, peramah, comel pulak tu. Ini bukan bodek ye, tapi memang realiti. Hehehe..Beliau akan sentiasa tolong untuk bagi pendapat tentang design tudung yang camne kita suka, amik kira pandangan kita, keinginan kita dalam sesi perbincangan tersebut.

Dan oleh sebab PV sudi nak hadiahkan tudung dan veil ni secara percuma, maka aku pun taknaklah banyak sangat songeh. Lagipun aku ni bukan reti sangat nak design-design ni. Aku ikut jek. Apa yang cantik untuk aku, aku pakai jek. Ada orang baik hati nak taja tudung pun dah kira bertuah badan comey montel ni dah. Huhuhu.

Lepas bincang-bincang pot pet pot pet barang beberapa ketika, akhirnya aku dah jumpa tudung dan veil idaman aku. Walaupun bukan design terbaru ke apa ke tapi aku cukup puas hati. Sangat cantik pada mata dan jiwa aku. Paling penting mampu membuatkan aku verangan jadi puteri pada hari nikah nanti. Hahahahaha..perasan tak hengat!

Err nak tgk?? Sikit je boleh la ek...

Tada....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ngeee...sipi-sipi je cukuplah. Dapatkan gambaran je. Hehehe..

Tapi serius koleksi tudung Vispera memang lah tersangat santek. Memang boleh rambang mata. Tak percaya? Sila ke sini. Tengoklah dengan mata kepala kamu sendiri. Pasti terpegun.

Cuma aku tak pasti berapa harga yang PV amik untuk tempahan. Nak tanya tadi..tapi segan. Ngeee...


Hokey gurls, cukuplah sampai sini je. Aku sudah keletihan. Incik tunang pun sepanjang hari membizi dengan latihan menembak. Kejap tadi aku call dia kata dia tengah ada latihan bom plak. Hadoi!! Inilah padahnya bertunang dgn tentera. M16 dan bom tangan itu umpama kekasih hati pengarang jantung beliau. Aku??? Tak ubah macam jantung pisang je agaknya..Huhuhu..


Daaa!

Thursday, April 15, 2010

ANAK AKU KE??

Err nak tanya sikit, pernah tak kamu-kamu berangan punya baby? Ngeee....

Jangan tipu kata tak pernah. Yang baru bercinta seminggu dua pun kadang-kadang dah mula membayang-bayang wajah anak sendiri. Yang dah bertunang dan bakal kawen tak lama lagi makin kuatlah imaginasi tentang baby. Apalagi yang dah kawen, owh tiap hari berdoa berusaha agar cepat-cepat dikurniakan rezeki. Betul tak? Hehehe..

Jujurnya aku pun selalu jugak verangan punya anak sendiri. Owh bukan aku sorang, incik tunang pun dah pandai verangan pegang title 'abah' dah.*iye, dia mahu anak-anak dia panggil dia abah ye*.

Kadang tu bila bersembang pot pet pot pet tentang anak dengan incik tunang memang best. Mungkin ada yang kata "apa gatal sangat ko ni jah, belum kawen lagi bawak-bawaklah bersabar nak cakap pasal anak". Huh, ada aku kesah? Rasanya tak salah nak bersembang tentang anak. Bak kata omputih, famili planning. Hahaha.

Sila jangan terkejut kalau aku kata incik tunang dah reserved satu nama dah untuk anak lelaki dia. Huhuhu..Bersemangat tak semangat gula-gula hati aku. Untuk nama anak pompuan pulak dah ada dalam peti simpanan aku. Hahaha..gila semangat jugak.

Dan semalam, aku terjumpa satu site yang boleh create wajah sorang baby comey hasil gabungan rupa aku dan incik tunang. Owh memang teruja habis aku nak tengok muka anak aku. Hahaha..

Okey, kalau rupa aku cenggini.
.
.
.




Dan rupa incik tunang cenggini.
.
.
.



Maka hasilnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa!!!



Comey tak?

Owh aku sangat kagum dengan kecomelan baby ni. Tak sangka gabungan wajah aku dan incik tunang mampu menghasilkan rupa sekiut dan semiut ini. Sungguh aku jatuh hati.

Bila aku tunjuk gambar ni kat incik tunang, ayat pertama yang keluar dari mulut dia ialah...."muka baby tu sebijik macam muka abg kan?"

Perghhh!! Tak agak-agak. Dia nak sapu bersih semua asal-usul kecomelan baby tu. Padahal pipi tembam baby tu sah-sah ikut pipi aku. Memang tak syak lagi. Idung baby tu pun sebijik idung aku. Pun tak boleh disangkal lagi. Yang lain-lain tu mungkin la ikut 'abah' dia. Hahaha..

Memang teruja betul dapat tengok wajah olok-olok baby kita. Terasa macam dah punya anak sendiri dah ha padahal anak kucin pun takde. Hahaha.

Kepada kamu-kamu yang teringin nak tengok wajah 'anak' masing-masing, bolehla ke sini:

www.morphything.com

Pasti kamu teruja tengok rupa wajah baby comey kamu.

Enjoy ya!!


p/s: Ingin diingatkan bahawa aktiviti ini hanya untuk suka-suka. Ini hanyalah fantasi, bukannya realiti.

Sunday, April 11, 2010

LUNAS HUTANG GAMBAR SEMALAM

Hai dear!!

Hari ni aku nak lunaskan hutang gambar semalam. Semalam macam nak gila mencuba jaya transfer gambar ke laptop tapi tak berjaya. Haih!

Pastu hari ni aku mencuba jaya lagi.

Yess!! Berjaya.

Maka di sini, dalam entri ini aku mahu menunaikan janji untuk menepek gambar baju nikah dan kad kawen aku. *macam ada yang nak tengok jek*

Tadaa!!!


Gambar ini di snap oleh ibunda dengan jayanya. Huhu.


Ngeeee....ini baju nikah separa siap aku. Owh dah tak seperais lagi dah. Huhu..Tengok kemain teruja aku. Siap ber peace peace yo bagai. Hahaha.

Macam yang aku kobar-kobar dalam entri ini, aku sangat suka dengan baju nikah aku ni. Mungkin ada antara kamu-kamu yang kata "alah...baju biasa jek,xde apa pun". Yep, aku tahu itu. Design baju cumalah kebaya labuh biasa yang dah berduyun-duyun orang pakai tak kira masa. Material kain juga bukan kategori ratus-ratusan ringgit semeter harganya. Memang dari segi zahirnya takde apa yang boleh dibanggakan dengan kebaya putih ini, tapi aku yakin betul yang hati aku memang sudah jatuh chenta dengan si kebaya labuh ini. Agaknya semua b2b pun punya perasaan yang sama. Jatuh cinta pada busana nikah mereka. Betul ke? Sukati aku je wat hipotesis. Huhu

Hmmm..mungkin detik ini tailor aku tengah tungkus lumus jahit manik pada baju. Bergigihlah wahai puan tailor. Saya yakin betol! bahawa kamu mampu jadikan baju nikah saya sebijik macam baju nikah yang slalu muncul dalam mimpi saya. Hehehe..

Next week kita tengok hasilnya okey?


Okey mari kita tengok kad kawen pulak.

Taraaa!!!





Ini adalah kad pilihan bonda. Aku hanya menurut kata. Cantik di mata mak, maka cantiklah di mata aku. Kad ni aku tempah kat MS Fast Print. Kedainya terletak kat ground floor Ampang Point mall. Generally servis MS Fast Print ni bagus. Kad siap cepat, sesuai dengan nama company "Fast Print". Huhu..

Aku bercadang nak ikat reben kaler putih atau silver pada kad ni. Tapi tak semua la, mungkin dalam 100 keping je kot. Itu pun kalau aku ada masa. Aku ni memang cenggini, bersemangat kemain. Itu nak buat, ini nak buat, sudahnya terbengkalai begitu sahaja. Huhu.

Owh satu lagi. Kepada kawan-kawan blogger sudi-sudilah kiranya tinggalkan nama dan alamat kamu di peti komen ya. Ada sampul wangi bakal menerjah peti surat rumah anda. =)

Daa!!

Saturday, April 10, 2010

BAJU NIKAH HAMPIR SIAP..KAD KAWEN DAH SIAP

Penat penat penat.

Dah berkali-kali cuba nak bluetooth gambar dari fon cikai aku ni ke laptop tapi asik asik gagal jek. Haih!

Apalah malang nasib. Time aku berkobar-kobar nak bagi makan entri ni la bluetooth wat hal. Kamu pun tahu kan, apalah maknanya bagi makan entri tanpa gambar, tak kenyang. Tapi aku dah give up.

Dan sebabkan aku dah give up, maka terhasil lah entri tanpa gambar ini.

Layankan aje.

Cerita 1: Baju Nikah aku Hampir Siap! Yeehaaa!

Hari ni aku pegi menziarahi Kong the Great Tailor atau nama kontotnya Kong, si tukang jahit baju nikah aku *kontot ke?*. Owh memang teruja bila tengok baju nikah aku tergantung elok. Hati dah melonjak lonjak dah. Tapi rupanya tak siap sepenuhnya lagi. Kong belum jahit manik-manik kat baju tu lagi.

Tapi aku peduli hapa, aku tetap mahu mencuba fitting. Walaupun baju penuh jarum-jarum peniti yang diguna susun susun letak bunga-bunga lace, ada aku kesah? Aku tetap nak sarung baju nikah aku. Huhu..

Dan hasilnya.


Tada!!!!

*maaf gambar ditangguhkan*

Owh santek! Santek!

Aku suka baju nikah aku.

Sebenarnya sejak aku jadi anak dara ni aku tak pernah tempah baju kebaya. Tak tau mana datang kekuatan untuk tempah baju kebaya untuk majlis nikah aku. Tapi bila aku tengok baju tu elok terletak pada badan aku, owh aku cukup teruja. Rasa macam takmau tanggalkan baju tu dari badan. Hahaha..

Mak pun kata baju tu cantik untuk aku yang debab ni. Melihat mak gembira, aku pun berganda-ganda la gembira. Sekarang tinggal tunggu tailor nak jahit manik jek. Insyaallah Minggu depan baju nikah aku siap. Weeehooo!!

Kebetulan pulak Sabtu depan aku ada temujanji dengan Puan Vispera untuk bincang mengenai design tudung nikah aku. Jadi bolehlah aku angkut baju nikah aku pegi jumpa Puan Vispera. Harap-harap dengan kehadiran baju lengkap, mudahlah untuk Vispera design tudung nikah terbabomm yada yada untuk aku. Owh tenkiu Vispera kerana sudi menaja tudung nikah saya. Lebiu!


Cerita 2: Kad kawen siap!

Owh ini satu lagi benda yang buat aku tarik nafas lega arini. Kad kawen aku dah siap. Memang pantas dan pintas MS Fast Print Ampang Point buat keje memang sangat efisyen. Cepat pantas pintas. Hahaha..

Mana gambar kad??

Owh ada ada...jangan risau. Berkeping-keping aku snap. Tapi sebab fon aku *ke laptop aku* bengong sebentar, tak mahu menerima sebarang transaksi bluetooth buat masa ini maka gambar-gambar kad kawen aku masih elok tersusun rapi dalam fon aku.

Nanti bila dah ok aku pasti akan tepek gambar kat beloh ternakan ni.


Cerita 3: Esok mahu berjimba ke Nilai 3.

Yep, esok mahu berjimba bersama keluarga ke Nilai 3. Benda yang nak dibeli:

1. Runner katil
2. Carpet utk letak depan pelamin bawah khemah
3. Carpet/tikar untuk hall rumah
4. Bunga pahar 200 cucuk.

errr..

5. Aku yakin betol pasti ada benda-benda yang takde dlm senarai pun kitorg beli sama nanti. Suspek terdekat adalah kain pasang. Hahahha..


Cukuplah untuk malam ni. Tak best la tulis belog takde gambar. Macam masak megi tak bubuh telur. Hehehe..

Esok aku sambung story-mory lagi k.

Daaa..

Friday, April 9, 2010

PERSAMAAN SUKAN IKAT KAKI DENGAN ALAM PERTUNANGAN

Beberapa hari lagi genap 10 bulan usia pertunangan aku dengan incik tunang. 10 bulan yang bukan sikit-sikit dugaan pancarobanya. Terlalu banyak ujian sampai jiwa aku sikit lagi nak rebah. Pastu boleh buat lagu bertajuk...Separuh jiwaku Rebah. Huhuhu.

Sungguh, aku dan incik tunang betul kena sumpahan keramat "bertunang ni banyak dugaannya". Dugaan datang dalam pelbagai rupa dan bentuk pulak tu. Ada yang datang dalam bentuk lelaki menggoda jiwa, ada yang muncul bagaikan gunting yang ingin memutuskan tali cinta dengan kejamnya, ada yang datang dalam rupa perut kapal terbang yang membawa incik tunang terbang ke Labuan tanpa notis, ada yang menyerupai koperal misai lentik takmau bagi incik tunang pulang ke semenanjung, pendek kata memang dugaan itu muncul dalam pelbagai versi, saiz, bentuk dan warna. Huhu.

Mata aku ni pun dah selalu sangat menjadi "niagara waterfall jadian" bilamana dugaan menunjukkan muka. Seriusnya kat sekolah tadi pun aku boleh menangis sedu sedan. Sebab apa?? Sebab dugaan yang sekian kalinya telah menunjukkan dirinya. Aku memang tak kuat, yang aku mampu adalah menangis untuk tenangkan hati. Maka menangis la aku kat sekolah tadi. Harap-harap takde budak-budak yang nampak. Huhu.

Kadang-kadang terpikir jugak, kenapa alam bertunang aku tak indah macam orang lain. Owh sekejap, aku tak kata aku selalu berperang dunia dengan incik tunang *sekali sekala tu wajibla*, hubungan kami baik tapi penuh ranjau onak berliku. Huhu.

Ibaratnya macam main sukaneka ikat kaki tu. Ada dua individu yang saling mempercayai, diikat dengan janji *anggap tali yang diikat kat kaki tu sbg tali pertunangan*, then kena bersama-sama berjalan menuju destinasi *iaitu kahwin*.

sumber ihsan:incik google

Sesetengah orang mampu berjalan dengan lajunya ke destinasi mereka. Kadang tu siap ada yang boleh berlari secara seirama lagi. Alangkah mudahnya laluan mereka.

Tapi aku??

Aku dengan incik tunang ni macam kes kaki diikat, jalan terjungkit-jungkit, sorang keluar kaki kanan, sorang keluar kaki kiri. Sudahnya keceperrr kecepukk gedebuk tergolek dok macam nangka busuk. Hadoi!! Sangat sakit.

Tapi tak putus asa, cuba bangun berdiri dan teruskan langkah. Tangan masing-masing saling berpaut tanda kami masih memerlukan dan percaya satu sama lain. Cuma kadang-kadang anasir-anasir luar buatkan kami seperti hilang punca. Aku cakap kiri, dia kuar kaki kanan, dia cakap kanan, aku kuar kaki kiri..sudahnya jatuh la sekali lagi dan lagi.

Tinggal kurang lebih 17% je lagi perjalanan yang harus aku dan dia tempuh. Berjayakah kami sampai ke garisan penamat? Atau terus tersungkur di tengah jalan??

Owh susahnya.

Aku lebih sanggup sampai ke garisan penamat biarpun badan penuh luka-luka calar-balar dek kerana jatuh bangun tadi. Biar penat sampai peluh meleleh-leleh ke kaki. Yang penting, tangan aku masih memaut pinggang dia, dia masih memaut bahu aku, dan kain yang mengikat kaki masih kukuh terikat sampailah aku dan dia tiba di situ.

sumber ihsan:incik google

Wahai dugaan-dugaan semua, syohhh syohhh syohhh la kamu dari aku dan gula-gula hatiku.

Tuesday, April 6, 2010

3 BENDA BUAT AKU GEMBIRA

Arini tak larat nak pikir ayat panjang-panjang sebagai pembuka entri. Letih menjaga kelas time bebudak ujian masih bersisa lagi. Cuma arini aku ada tiga benda yang membuatkan hatiku meloncat-loncat gumbira. Ngeeee...


Satu.
Aku tatau dah bape kali incik tunang kata nak terbang pulang ke semenanjung tapi tak jadi pulang. Memang sgt stress. Hari ni buat sekian kalinya beliau bagitau kata nak terbang pulang Jumaat ni. Dan berulang-ulang kali jugak aku tanya balik samada beliau serius ke main-main. Dan jawapannya adalah SERIUS. Yup, serius incik tunang buah hati pengarang jantung pisang akan pulang ke pangkuan Jumaat ini.



Owh sungguh gumbira!


Dua.
10 April ni merupakan besday incik tunang buah hatiku. Owh...sudah semakin dewasa kamu. Memang elok la kawen tahun ni. Hahaha.





Dan yang paling best aku dapat celebrate besday incik tunang sama-sama. Tak perlu la gunakan khidmat abang posmen untuk kirimkan hadiah kepada incik tunang. Huhu..

Aku mahu habiskan weekend kali ni bersama incik tunang. Aku mahu ke klcc tempat kitorang selalu detink metink dulu-dulu, makan roti naan cheese kat mamak bus stand Klang mcm selalu..owh bahagianya.

Hampir 5 bulan tak bertemu buat hati aku sangat rindu pada semua aktiviti-aktiviti kami dulu. Serius, sangat rindu.

Ermm..hadiah apa ek nak bagi kat dia tahun ni??


Tiga.
Petang tadi tengah bizi-bizi mengawas perhimpunan petang kat foyer tetiba ada call masuk. Owh Abg Asnor kad kawen rupanya.

sembang sembang sembang bla bla bla bla bla...

oeh rupanya kad kawen aku dah siap!

Sangat pantas dan pintas MS Print ni. Kejap je kad dah siap. Ready to pick up. Harap-harap takde sebarang kesilapan kecil berlaku pada kad. Rasanya aku dah check gila-gila dah aritu.

Berdoa takde kemalangan buruk berlaku pada kad kawen aku.

Untuk kawan-kawan blogger, dah boleh drop by nama dan alamat masing-masing supaya mudah aku pos kan kad kepada kamu.

Itu je untuk malam ni.

Konon taknak taip panjang-panjang sekali amik hang..bleh tahan berjela jgk ha.

Daa...

Sunday, April 4, 2010

INAI..TESTING TESTING 1 2 3

Arini banyak pulak aku terbaca entri tentang pemakaian inai oleh kawan-kawan bloggers. Macam citer ada, ada yang pakai curik-curik kat opis dan hasilnya merah menyala..cantik. Ada jugak yang punya cerita sedih, kulit jari mengelupas akibat pemakaian inai yang tak sesuai. Terkedu jugak. Tak pernah lagi aku dengar citer kulit mengelupas bila pakai inai tiub. Mungkin inai tu banyak kandungan kimia kot. So b2b sekalian kena lebih berhati-hati dalam pemilihan inai, termasuklah aku. Huhu.

Masa kecik-kecik dulu aku memang peminat fanatik berinai. Pantang ada orang kawen memang aku la tumpang menyibuk nak berinai sama. Kadang tu musim orang tak kawen pun aku sibuk petik daun inai jiran sebelah, pastu tumbuk-tumbuk inai tu sendiri sampai lumat pastu gigih la pakai kat jari semalaman. Comot-momot pun aku tak kisah janji aku dapat verangan jadi pengantin. Hahaha.

Tapi entah kenapa sampai satu masa, tak ingat umur bape, rasanya dalam 12 tahun kot aku macam nak pencen dari hobi berinai tak tentu masa ni. Aku pernah janji dengan diri sendiri yang aku takkan pakai inai selagi aku tak kawen. Yang kagumnya aku berjaya tepati janji aku sampailah aku mungkiri janji aku pada hari ini. Hahaha..

Yup, hari ni aku dengan gatal jari dan hati teringin nak mencuba inai tiub tu. Aku nak cuba tengok samada warnanya cantik atau tak kat jari aku. Mana tau kulit aku pun alergik dengan inai tiub ke..senang kalo dpt detect awal.

Nak cari inai pun tak susah. Dalam umah aku ni memang boleh kata tiap masa ada inai tiub sebab mama memang suka inaikan jari kaki dia atau rambut untuk tutup uban. Hehehe. So ada belen-belen inai lebih tu aku rembat la.

Ini inai lebih-lebih yang ada dalam umah. Mama kata dia beli kat Mydin. Harga RM1.50 jek setiub. Murah. Jimat.



Pakai kejap jek..dalam 15 minit. Sambil layan ABP. Huhu..


Pakai kat kuku jek. Hajat hati memang nak pakai dengan kulit-kulit jari sekali tapi risau kang banyak pulak soklan cepukmas dari anak murid nape cikgu tetiba berinai satu jari pulak. Jadi ada baiknya aku pakai kat kuku jek dulu.


Dan hasilnya..



Hmmm..merah tu memang merah tapi tak sekata. Tak tahulah kalau aku yang tak reti pakai. Hahaha..

So aku nak tengok dalam seminggu ni warna inai ni tahan ke tak. Kalau agak-agak esok pun dah bertukar jadi warna oren, memang nan ado la aku pakai inai tiub ni. Aku pilih pakai inai daun macam zaman kecik-kecik dulu. Mama pun dah sanggup nak tebalkan muka amik daun inai kat halaman rumah jiran. Huhu..

Minggu depan aku nak cuba pakai inai daun pulak. Nak tengok sejauh mana terbaboom yada yada hasilnya. Kalau inai daun pun tak bape best, aku nak kirim inai Mekah la kat mak. Mak kan nak g umrah bulan depan. Ngeee...

Kawan-kawan blogger kalau ada cadangan bernas untuk inai ni sharing sharing la yek?

Daaa....

HAPDET SEMINGGU

Weeeehoooo....Weekend datang lagi dengan aktiviti terbaru KaWeNnN KaWeNnN....hahaha..Pagi-pagi dah merapu.

Tapi yes, weekend datang lagi. Maka bermulalah segala mak nenek persiapan nikah kawen aku buat sekian kali. Kalau ikut pada jadual yang aku buat di sini, minggu ni aktiviti aku adalah seperti berikut: *mcm nota sekolah jek ha*


1. Beli cat.
Dalam entri lepas, aku ada citer tentang kekeliruan tentang warna cat yang harus aku beli. Dan aku terima banyak respon dari kawan-kawan blogger. Owh sungguh berterima kasih. Setelah ditimbang kira pendapat-pendapat kamu, mintak pendapat ahli keluarga yang lain buat sekian kali, maka aku berjaya dapatkan warna cat idaman aku. PUTIH.

Hehehe...tak sangka mak bersetuju dengan warna itu. Sangat suka. Biarla orang kata warna putih itu apa yang ada, biasa jek, tapi hati aku suka. Nokhtah.

Kami juga beli sekali cat-cat untuk dinding hall, dinding luar rumah dan siling. Cat untuk pintu rumah dan pintu bilik-bilik tidur tak dapat di putuskan lagi kerana terdapat banyak kecelaruan warna di situ. Hehehe..


Selesai bab beli cat...Lega.

2. Confirm kad kawen.
Minggu lepas Abg Asnor Kad kawen ada hantar draf kad kawen melalui emel. Dia suruh aku double check wording, spelling semua. Ada jugak la silap sikit-sikit dan aku dah mintak Abg Asnor betulkan. Beliau pun dan tunjukkan 2nd draf (3rd sebenarnya) kat aku dan aku dah check berkali-kali untuk pastikan tiada kesalahan ejaan di situ.

Aku teringan cerita sorang kawan blogger ika bila ejaan nama "ALLAH" boleh tersilap menjadi "ALLAT". Owh sungguh gila. Nasib baik Ika sempat perasan sebelum distribute pada guests. kalau tak....hohohoho..tak dapat dibayangkan paniknya.

Oleh sebab itu, aku menjadi lebih berhati-hati. I dont want banana fruit two times. Hahaha.

Jadi kiranya aku dah confirmkan kad kawen. Kad bahagian luar pun dah di print. Tinggal nak print kertas bahagian dalam jek. Maybe next week siap kot.

3. Jumpa tailor.
Sebenarnya jumpa tailor ni nak pegi hantar kain untuk buat baju adik ipar aku untuk dipakai masa kenduri aku nanti. Baju famili lain semua dah siap dah, tinggal baju dia je tak anta lagi. Nasib baik Kong the great tailor tu masih mahu terima tempahan.

Aku sempat tanya pasal baju nikah aku, tailor cakap dia dah gunting kain, dan bunga-bunga pada lace untuk ditampal pada bahagian-bahagian tertentu pada baju. Makna kata sekarang ni memang baju nikah aku on progress. Harap-harap hasilnya menjadi cantik. Berdoa janganlah ada kemalangan buruk berlaku pada baju nikah aku. Huhu..

Oh ye, sempat suruh tailor amik ukuran badan aku yang terkini.

Jeng jeng jeng...ukuran pinggan menyusut 1 inci. Hoooyehhh!!! *1 inci je pun..*

4. Tempah kasut nikah
Baru-baru ni sedang asyik main dengan incik google, aku terjumpa satu kedai yang amik tempahan kasut pengantin kat Ampang Waterfront. Aku sebenarnya takdelah pernah terpikir nak tempah kasut khas untuk pakai kawen nanti. Ingat nak beli ready made jek. Tapi bila bukak site butik tu *klik sini* hati ni tiba-tiba teruja mahu menempah kasut.

Owh lupa nak bagitau, saiz kaki aku memang pelik. Lebar macma daun tapi pendek macam pensel kontot. Sungguh buruk. Dahla tu, saiz kaki besar sebelah. Aku memang selalu ada masalah kasut belah kiri longgar, kasut kanan ketat. Haih.

Jadi aku dengan mak pun melilau la mencari kedai Pengantin Melayu tersebut dan jumpa. Kedainya terletak kat atas Restoran Ani sup Utara cawangan Ampang Waterfront.

Ini business kad mereka.


Kalau nak beli kasut yang ready made pun ada. Nak beli kain lace, kain sutera, tanjak, tengkolok, baju melayu semua pun ada. Pelamin pun ada kau. Layanan memang tip top. Baik sangat owner kedai tu.


Harga tempahan kasut pun kira ok la. Bawah RM100. Err harga bawah RM100 tu kalau ikut design kasut aku la kot. Kalau kamu-kamu mahu kasut lebih glamer da boom yada yada aku tak pasti la pulak berapa. Tapi tentunya tak mahal sangat.

Aku tempah dua pasang kasut. Satu kasut nikah, satu kasut sanding. Asalnya nak tempah sepasang je kasut warna putih yang boleh dipakai untuk majlis nikah, sanding, dan bertandang. Jimat. Tapi tetiba owner kedai tu suggest aku buat kasut nikah guna material kain sampin songket Incik Tunang. Owh ye lupa pulak, aku hantar tempah baju nikah incik tunang kat kedai ni sekali. Then aku mintak diorang tolong jahit tepi kain sampin incik tunang. Tetiba diorang macam teruja tgk kain sampin tu. Kata diorang cantik dan akan menjadi sangat cantik kalau aku buat kasut. Nanti bila bergambar nampak sedondon la kasut aku dengan sampin incik tunang. Huhu..Hakikatnya aku tau itu adalah taktik marketing. Tapi bila mak terus nampak setuju, maka aku pun setuju je la. Dua pasang kasut weh..sape tak nak? Hehehe..


5. Survey bedroom set.
Alang-alang dah sampai ke Ampang Waterfront tu, kami terus survey bedroom set kat area situ jek. Memang kat situ banyak kedai perabot. Dulu masa adik lelaki aku kawen pun beli perabot kat situ jugak. Punyalah gigih masuk kedai keluar kedai, survey bagai-bagai akhirnya mak berkenan dengan set bedroom kat kedai yang pertama sekali kitorang masuk. Huhu..White bedroom set complete dengan katil, almari 5 kaki with top, dressing table yg sangat berbaloi, side table and kerusi solek harga bawah RM2300. Rasanya boleh tawar lagi tu. Nanti la bila betul-betul nak beli dah nanti mak nak mintak kurang lagi. Mana tau dapat harga RM2k? Huhuhu..

Tilam aku nak pakai tilam sedia ada jek. Rasa rugi jek beli tilam baru sebab tilam yang ada ni pun takdelah buruk lagi pun. Tilam bukan murah tau, paling cikai pun RM499! Owh rugi.

6. Aktiviti tiada dalam agenda. Hehehe.
Awalnya kami melilau ke Ampang Point. Mak nak ambil sunglass yang dia tempah last week. Lilau punya lilau punya lilau alih-alih terlalu depan Carlo Rino. Tetiba je mata macam tertumpu kat hand bag yang diorng display kat depannnnnn kedai. Uiks, macam cantik jek. Tengok harga jap. Uiks, takde mahal sangat. Ada less 40% lagi tu. Ish macam suka jek. Mak pun kata cantik.




Tak decide lagi nak beli ke tak hand bag tu tapi dah pusing-pusing keliling kedai cari kasut
yang matching. Hahahaha...Tetiba mak tunjuk satu kasut ni, owh catik. Heel pun tak tinggi sebab aku memang alergik pakai kasut tinggi-tinggi. Dan itu jugaklah salah satu reason kenapa aku tempah kasut nikah dan sanding aku tadi. Hehehe..



Harga kasut pun tak mahal. Harga tepek pun tak cecah RM100. Ada less 20% lagi tu. Owh memang dalam bajet aku. Hati terasa melonjak-lonjak nak beli dan mak dengan murah hatinya tolong bayarkan. Hehehe..

Nanti aku akan claim balik kat incik tunang. Yela, patotnya dia yang belikan sebab ini hantaran dia untuk aku. Tapi mak dah belikan dulu. Apa punya teknik da...

Satu lagi, kami sempat meyelit p kedai Pak Habib. Hehehe..Habib tengah sale ni. Aku pun belek-belek la cincin berlian yang ada..Owh sungguh rambang mata. Tapi taste aku bukanlah yang mahal harga dua tiga riban tu. Aku tau harga gitu berat untuk incik tunang. Aku mahu cincin yang harga bawah 1k jek. Biarlah tak cecah ribu pun tapi sentimental value tu la yang penting. Kan kan??

Dan yang bestnya aku jumpa cincin idaman kalbu. Owh sangat cantik cincin tu. Tambah cantik bila tersarung di jari manis aku. hahaha..perasan. Harga pun seperti yang dirancang. Harga asal RM1000 +++ la jugak tapi after less 40% jadilah bawah RM1000. Tapi aku taknak beli lagi sebab kami dapat tahu 29 April - 2 May nanti akan ada jualan Ekstravaganza. Time tu sale memang gila-gila dan banyak lagi design baru. Kalau sekarang cincin berlian sale 40%, masa jualan ekstravaganza nanti diskaun untuk cincin yang aku berkenan tu jadi 50%. Owh perbezaan 10% untuk cincin amatlah bernilai. Harus tunggu dengan tabah 29 April menjelang. Huhu..

Mak ai..panjang ek entri kali ni. Ni kira hapdet untuk seminggu. Nanti kena tunggu weekend akan datang pulak baru aku akan hapdet lagi. Hehehe

Minggu depan projek ke Nilai 3. Weeehooo..

p/s: mak ada kata nak bawak kami ke genting kota keriangan menghiburkan hati. Dapat tido sana satu malam jadila..*teruja*

Friday, April 2, 2010

KENA SELIA OLEH PENYELIA

Hai kawan-kawan!

Bertemu lagi kita di hari dan waktu yang sama dalam rancangan Cikgu Cikgiiiii.....

Hahahaha..gilo.

Dah sudah, tok sah nak melalut.

Nak tulis entri tulis je la, tak perlu nak berangan jadi pengacara bagai. Huhu..Arini aku nak share pengalaman 1st time aku di observed oleh penyelia aku sepanjang praktikal sebagai guru bitara kat SMK Seremban Jaya ni.



Gila ko, hari Rabu ptg kul 6.45 baru lecturer aku sms kata "tomo come to your school". Perghhh! Tak agak-agak. Nak datang observe pukul 1.40 esoknya. Memang gedebuk gedebak kejap la dalam dada. Huhu.

Nasib baik aku memang dah ready sentiasa. Tiap kali mengajar aku pastikan rancangan mengajar aku complete, alat bantu mengajar tersedia, dan aku kuasai content yang aku nak ajar. *macam bangga dengan diri sendiri kejap.hahaha..abaikan*. Maka penyakit "parkinson" aku takdelah kritikal sangat. Aku cuma perlu sediakan mental je nak menghadapi lecturer aku tu nanti.

Aku kena observe pukul 1.40 petang, dalam pukul 1 petang tu aku sempat berlari-lari cari anak murid aku untuk tinggalkan pesanan azimat ni:

"arini lecturer cikgu datang. Dia akan observe cikgu masa kelas kamu. Maka, kamu-kamu semua kena turun ke bilik masakan sharp 1.40. Pakai tie kemas-kemas, bawak buku teks dan nota. Pls, jangan lambat!"

Owh memang arahan yang tegas di situ. Tetiba si ketua kelas (mereka panggil formen) bersuara...

"cikgu, arini kitorang kena berlakon ye cikgu?"

Hahaha...aku dalam tak sedar main angguk je. Yep, kamu kena berlakon jadi anak murid terhebat abad ini. Takde dah anak murid paling baik atas muka bumi melainkan kamu jek. Huhu...

Tapi memang sungguh, budak-budak tu kemain berlakon lagi. Semuanya baik jek. Kelas senyap, respon baik, buku semua bawak, memang kagumlah. Hehehe..

Dan atas kerjasama yang padu lagi jitu dari anak-anak murid aku, maka aku berjaya mendapat komen yang membina dari lecturer aku..*Owh sungguh lega..*

Paling best bila ayat keramat ni kuar dari mulut lecturer aku...

"U ARE MY A's STUDENT"

Perghhhh! BAHAGIA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...