MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, April 18, 2011

1ST CHECK UP: NAMPAK BABY DEGUP DEGAP..OHH INDAHNYA!


Hari ni adalah hari appointment dengan doktor kat Hospital Labuan. Yep, memang masa discharged dari wad hari tu doktor dah siap-siap buat appointment nak jumpa dengan aku hari ni. Mahu buat follow up terhadap kesihatan aku dan baby mungkin.


Appointment jam 10.30 pagi, tapi aku jam 9.30 pagi dah keluar dari sekolah. Padahal sekolah dengan hospital sebelah pagar jek. Kalau terer aku panjat je pagar tu dah boleh sampai hospital dah. Tapi itu kalau berani la...sebab aku tak berani maka aku hangkut la Hunda aku pegi hospital sama.

Incik suami dah ready tunggu luar pagar sekolah dengan motor. Beliau escort dari belakang jek. Ceh, kata sebelah pagar....pun nak escort ke? Mengadaa!!


Sampai hospital tempat pertama aku tuju haruslah KANTIN. Belum breakfast lagi ni. Kang nanges baby dalam perut siapa susah? Akuuuu jugak. Jadi harus pekena nasik lemak kantin hospital dulu. Nasik lemak kat sini memang slurppppppp! Heh.


Aku malas nak cerita pasal menunggu ni. Letih. Turun naik aku nguruskan semua. Kejap kena keluar ke sana amik nombor giliran, pastu masuk sini balik, pastu naik atas buat urine test, tunggu result, pastu turun sinun balik, pastu tunggu nurse panggil amik tekanan darah and berat badan dan berat badan adalah maintain dari dulu ye. Masih mingle-mingle nombornya di situ. Suka!! *padahal dah cukup membadak dah berat aku.*


And lastly barulah dipanggil ke bilik doktor.


Err tadi aku kata appointment aku jam 10.30 kan? Cer teka kul berapa aku dapat masuk jumpa doktor?


Cer teka cer teka...





JAM 12.45!!


Habis khatam majalah pa & ma yang ada kat ruang menunggu tu aku baca. Lama!


Tapi sebab nak pastikan baby dalam perut ni sehat walafiat, aku gagahkan jua. And finally.....


Aku dapat tengok si buah hati aku melalui ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Subhanallah..


Rasa macam magis. Aku nampak clear baby degup degap kat dalam kantung tu. Mungkin itu denyutan jantung baby. Entahlah..aku pun tak pasti. Tapi bila nampak keajaiban itu...hati aku rasa macam LEGAAAAAA sangat. Hati rasa macam tenang bila tahu baby sedang sehat baik-baik saja kat dalam perut mama dia. Syukur alhamdulillah.


Dan saiz baby adalah sangat kicik....4.4 milimiter. Jenuh aku ukur nak bayangkan saiz baby. Last-last aku bayangkan baby adalah sebesar biji kacang jek. Hehe.


Ha satu lagi, sebabkan aku dah selalu baca rakan-rakan blogger yang dah preggy selalu makan segala mak nenek vitamin dan asid folik sepanjang pregnant, maka aku tanpa segan silu telah meminta vitamin-vitamin tersebut dari doktor.



Ye, aku sendiri mintak..bukan doktor yang nak bagi. Heh. Mungkin sepatutnya masa buat check up kat klinik kesihatan nanti baru doktor akan bagi semua vitamin tambahan tu, tapi ahhh fedulik hapa aku..aku nak jugak makan sekarang. Demi menjamin baby membesar hebat bagai johan. Hehe


Lepas ni dah boleh bukak buku fink. Rupanya buku pink tu tak perlu tunggu 3 bulan untuk bukak. Nurse kata once kita dah disahkan pregnant, dah boleh pergi mana-mana klinik kesihatan terdekat untuk bukak buku pink. So dalam minggu ni aku akan usung incik suami untuk bukak buku pink tu.


Mana tahu dapat jumpa baby lagi.


Heh

7 comments:

  1. sweetnya..
    patut mamanya rajin dah update blog..
    ni mesti aura beby ni..

    ReplyDelete
  2. eh eh congratz dear.... tau2 dah pregnant kan...ok start from now onwards kena byk rest, jgn buat kerja berat2, take care urself k... wow, tak sabar nanti baby besar...

    ReplyDelete
  3. hihi..bau iron tu sgt meloyakan..boleh makan pil2 tu dengan jus oren sikit....

    ReplyDelete
  4. tahniah! cepat ye dapat dengar degupan jantung baby :)

    ReplyDelete
  5. waaaa u dah pregnant eh??congratssss!xprasan pon post sebelom ni..nwy jaga diri tau!;)

    ReplyDelete
  6. yonh, dah pregnant? congrats yer...jg diri k :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...