MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Sunday, April 17, 2011

ADA BUNYI-BUNYI DARI DALAM PERUT. APAKAH???


Adalah satu nikmat bila malam-malam incik suami bentangkan tilam toto 3 lapis depan TV buat sang isteri baringkan diri sambil menonton konsert Akademi Fantasia yang sudah tidak fantasi lagi.

Bantal pulak habis semua aku hangkut *err bukan aku, incik suami yang hangkutkan. Manjaaa katakan. heh*. Satu kat kaki, satu atas badan, dua atas alas kepala *ye bantal di rumah cuma ada 4 biji saja*


Tambah sorga bila incik suami susah-susah aje bancuhkan susu anmum buat santapan mama dan baby.


Nak bagi romantik situasi lagi,


Secara tentiba incik suami meletakkan telinganya di perut isteri. Katanya nak dengar apa baby buat kat dalam tu. Heh.


Dalam hati aku sumpah la takkan dapat dengar apa-apa, anak baru 6 minggu kot.



Tapi..tapi....tapi....no no no. Jangan pandang rendah pada kebolehan incik suami.



Sebab....







Beliau dengar baby bercakap kat dalam tu.


Baby cakap apa?


Baby cakap "eeeiiiikkkkk".



Agak-agak aku nak percaya tak?


Alahaiiii laki den.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...