MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Saturday, April 23, 2011

7 MINGGU SUDAH


Alhamdulillah..

Kelmarin genap 7 minggu usia kandungan. Rasa macam baru je lagi aku kena tahan kat wad, berpanas berpeluh, jalan seinci-inci sebab sakit pinggang yang menggila yang rupanya rupanya ada benih dalam perut aku. Huhu. Memang pengalaman "manis" yang confirm aku akan story back kat anak aku nanti.

So...apa cer aku sekarang? Ada muntah-muntah? Meloya-loya? Fening-fening?


Hmmm...


Tiada


Syukur Alhamdulillah.


Baik anak mama kat dalam ni. Sangat behave sampai aku takde merasa simptom-simptom yang menyeksakan tu. Alhamdulillah. Mungkin juga aku turun mak dan mak mentua kot sebab kedua-dua mereka pun tak pernah alami morning sickness masa mengandungkan anak-anak mereka sebelum ni. Bertuah la aku ikut genetik itu. Hehe.


Sekarang pun dah pandai nak beli parenting magazine. Tapi sebab kat Labuan ni tak banyak pilihan, aku cuma jumpa majalah Pa & Ma je.

Pa & Ma keluaran Mei 2011. Dagu cover baby tu sangatttttttt cantik okey.

Itupun harga mengila tinggi. RM12.50!!! Kalau kat sememnanjung baru RM6.50, apsal bila sampai Labuan naik sampai 100%?? Tak paham aku.


Lagi apa perkembangan lain?


Sekarang ni aku adalah penggemar tegar goreng pisang sorang pakcik tu. Heh, boleh kata setiap hari mesti beli la barang dua tiga ringgit. Sedap kottt..very the maveles. Yang peliknya sebelum-sebelum ni aku bukanlah pencinta goreng pisang. Dulu kalau letak goreng pisang dengan keledek goreng sebelah-sebelah, aku mesti pilih keledek. Kalau letak sukun goreng pun aku pasti pilih sukun dulu. Tapi sekarangggg....nakkk gorengg pisangggg!!!! tak tahu nak kata mengidam ke apa. Macam pelik pulak mengidam sebab kandungan baru 7 minggu. Ke okey je mengidam time ni? Konpius.


Setakat ni itu je la perubahan yang aku perasan. Perut aku maintain lagi macam dulu. Saiz mengandung 7 bulan padahal baru mengandung 7 minggu. Apa nak buat...semulajadi. Heh.


3 comments:

  1. weeee... x saba nak dapat lagi sorang anak sedare...

    ReplyDelete
  2. Tiba2 terasa nak komen plak. hehehe...
    biasa la tengah preggy ni, benda yang tak biasa makan, jadi suka. Benda yang suka, jadi tak suka. Jaga diri ye ;)

    ReplyDelete
  3. Same like me. Sanggup tu jalan kaki pi kantin bawah semata2 nak makan pisang goreng. Heh. Masa tu pon awal2 preggy. Demi anak, kuturuti jua. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...