MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Monday, April 18, 2011

RESEPI AGAR-AGAR OREO



Okeh. Hari ni mood baik nak kongsi resepi dengan kamu semua. Siapa rajin nak try, bolehlah try. Kalau tak jamu mata cukuplah. Huhu.


Masa besday incik suami hari tu kan aku ada buatkan AGAR-AGAR OREO kan? Pastu ramai la pulak yang menanya resepi termasuklah mama aku kat Ampang nun. Heh, bila mama yang bak chef keluarga pun sibuk menanya resepi maka harus di reveal resepi tersebut di sini.


Cara nak buat agar-agar ni pun sonang sangat. Aku yang buta kuali ni pun boleh buat apa lagi mengkeme mengkeme yang hebat terbabooo gitu.


Udah ler, rentikan mengarut. Moh kite terus ke dapor.




AGAR-AGAR OREO




Bahan:

1. 1 paket agar-agar *cap apa pun bolehlah*
2. 12 sudu besar gula *kencing manis tanggung sendiri.hehe*
3. setengah tin susu sejat *aku rekemen susu cap ideal*
4. 15 sudu besar milo/serbuk koko *aku guna milo aje*
5. 1 paket biskut oreo *tumbuk jangan sampai terlalu hancur*
6. Air

Cara buatnya:

1. Masak agar-agar dengan air sampai mendidih
2. Masukkan gula dan susu, kacau hingga mendidih.
3. Masukkan milo/serbuk koko, kacau sebati.
4. Tuang separuh daripada bancuhan dalam loyang dan biarkan sekejap. Lebih kurang 5 minit atau sampai beku sedikit. *aku takde loyang, guna tupperware jek*
5. Taburkan biskut oreo atas bancuhan tadi.
6. Panaskan semula balance bancuhan yang ada dalam periuk tadi, kemudian tuang atas biskut oreo.
7. Sejukkan sebentar sebelum masuk dalam peti sejuk.
8. Tunggu beberapa jam sebelum korang boleh melantak dengan rakusnya. Heh.





Sekian.


5 comments:

  1. nak try lah buat..hehe..kalaw bnde2 cm ni dibah suka la..kalaw masak sorry lah..hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing..kne try ni..hehehe:D

    ReplyDelete
  3. thanks a lot..leh la try nanti..yeah!!!

    ReplyDelete
  4. kita try google sebab nak carik resipi utk buat agar-agar oreo & finally jumpa blog ni....terima kasih!!!.....kita dah cuba buat dan Alhamdulillah jadi...tengs for sharing :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...