MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, April 8, 2011

APA YANG LELAKI SUKA EH?


Harini dah 8 haribulan kan? Maknanya lusa adalah besday incik suami. 10 April 2011. Kalau ikutkan incik suami, setiap tahun 10 April is just another day. Beliau memang bukan spesis menyambut besday macam aku yang boleh memuncung panjang bila takde kek hari jadi. Heh. Tapi untuk kali ni..aku ada plan baikkk punya cilok untuk beliau.


Sebenarnya sejak 2 minggu lepas sebelum aku kena tahan kat wad lagi aku dah mula pikir-pikirkan besday incik suami ni. Tapi beliau memang tak tahu apa-apa. Sebelum masuk spital hari tu sempat aku tempah kek dari sorang home made baker kat Labuan ni. Aku order carrot walnut cheese cake bertemakan Chelsea. Laki aku minat benau dengan Chelsea. Jadi layankan aje walaupun aku peminat Liverpool. Ceh...nak jugak.


Pastu untuk makanan, aku plan nak masak yang simple-simple udah la. Aku pun bukan kategori chef nak berketung ketang beria kat dapur tu. Aku rasa kalau aku berjaya sediakan mihun singapore, goreng wedges, ayam goreng sikit, buah-buahan sikit kira jadilah tu. Meja kat rumah ni pun sekangkang kera. Kang penuh sangat pun susah jugak. Lagipun nak makan berdua jek. Haha alasan memang bersusun-susun..padahal malas. Heh.


Untuk hadiah pulak...ohhh ini memang part paling seksa. Memang dah rosak abis plan aku.


Sebelum kena tahan wad aritu, sebenarnya jauh dalam hati nurani aku memang ada rasa-rasa aku akan pregnant kali ni. Ceaa! Mana kau tahu? Pandai-pandai jek.


Heh, aku rasa je la. Ada orang kata instinct *btol ke eja ntah* aku ni kuat. Kira macam boleh ramal apa akan berlaku. Fuh..bunyi macam ada magic pulak. Jadi memang aku ada rasa aku akan pregnant. So aku decide aku nak hadiahkan UPT strip yang dah siap ada tanda double line and sepasang baju baby atau sepasang mitten pun jadilah..letak dalam kotak cantik-cantik dan itulah hadiah untuk incik suami. Senang cakap nak hadiahkan berita gembira yang beliau bakal jadi abah tak lama lagi.


Tapi.....


Manusia memang hanya mampu merancang.


Sekarang berita gembira tu incik suami dah tau awal dah. Maka plan hadiah tu dah rosak. Tapi tentang kek besday and sambutan besday tu memang beliau tak tahu lagi. Aku buat bodo je. Haha.


Petang ni aku nak ke bandar kejap. Ini je peluang yang ada untuk pegi cari hadiah untuk suami kesayangan tu. Esok beliau kerja malam..jadi kalau pergi siang, mesti beliau akan memvontoti aku. Ahad dah besdaynya..jadi petang ni harus pegi cari hadiah.


Dan sekarang aku dah pening nak beli apa..


Mula ingat nak beli jaket untuk beliau pakai-pakai naik motor gi keje. Sekali semalam masa nak hantar mak and adik aku naik flight nak balik KL, sempat pulak mak aku sambar selai jaket untuk menantu beliau yang sorang tu. Beli secara ekspress je pun kat kedai-kedai duty free yang banyak ada kat airport tu. Cantik pulak jaketnya. Incik suami sampai terkedu terkelu tak tahu nak kata apa. Bila balik rumah beria dia pakai sambil posing-posing depan cermin. Itu tandanya beliau memang suka gila la tu. Kemain bertuah lagi incik suami dapat hadiah in advance dari mak mentua .


Dan yang jadi masalah sekarang adalah aku.


Nak beli apa ni oiiiii!!


Kalau lah boleh aku balut cantik-cantik perut aku ni bikin hadiah besday untuk suami...........

4 comments:

  1. hasben kita boleh sambut besday sesama la!!sama je tarikhnya, haha

    ReplyDelete
  2. ok beli kete sebijik..hehehe =P

    ReplyDelete
  3. hahah..kalo x sempat x yah bagi pun xpe kot dear..dah tempah kek..dh masak..laki pun bukan tau nk beli ape pun..mkn kenyang perut udah~hehe

    ReplyDelete
  4. bila nak updet entry besday??nak tau pe hadiah cikgu nana bagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...